2016-01-29

THE PILGRIMS / SIL KHANNAZ - ACHTUNG RIDERS THUNDER ROAR TOUR 2016


Dua kumpulan muzik berpengaruh, THE PILGRIMS dan SIL KHANNAZ dijadualkan bersatu dalam satu siri jelajah menyusuri beberapa bandar utama di sekitar pantai timur, utara dan juga selatan tanahair. Jelajah ini dinamakan ACHTUNG RIDERS THUNDER ROAR TOUR 2016 di mana mereka bakal mengadakan persembahan dan tampil dalam gig-gig yang telah/akan diatur di lokasi-lokasi tertentu. 

Selain beraksi di pentas, THE PILGRIMS dan SIL KHANNAZ turut mengambil peluang ini bertemu dan beramah mesra dengan para peminat (yang mungkin selama ini sukar untuk menyaksikan mereka sekiranya gig berlangsung di Kuala Lumpur), urusan promosi dan edaran rilisan-rilisan terbaharu masing-masing; "Achtung! Riders" dan "Thunder Roar" (difahamkan juga "Thunder Roar" bakal tersedia dalam format piringhitam 7") serta jualan produk seperti t-shirt dan sebagainya.

ACHTUNG RIDERS THUNDER ROAR TOUR 2016 akan bermula di kawasan Pantai Timur di mana THE PILGRIMS dan SIL KHANNAZ akan membuat penampilan di Dungun pada 12 Februari diikuti Kuantan pada keesokan harinya. Kembara ini kemudiannya bersambung pada awal bulan Mac untuk beraksi di Pulau Pinang pada 5 Mac dan 6 Mac di Ipoh pula. Sebelum itu, mereka akan singgah sebentar di Parit Buntar dan Alor Setar pada 4 Mac untuk majlis "meet & ride" semasa dalam perjalanan ke utara Semenanjung.

THE PILGRIMS dan SIL KHANNAZ dijangka turut berada di selatan pada 16 April bilamana kedua-dua band otai ini turut menyertai acara Muar Metal Fest di Muar, Johor. ACHTUNG RIDERS THUNDER ROAR TOUR 2016 dijadualkan berakhir dan ditutup pada 15 Mei di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Berikut adalah itinerari penuh siri jelajah (akan dikemaskini dari masa ke semasa) yang dimaksudkan:

12/02/2016 [JUMAAT]
Lokasi: Musecca Studio Live Hall, Dungun, Terengganu
Masa: 4 petang
Tiket: RM35
Band Lain: Torch, Nosferiel, Verminator, Sahaya, Hegemony dan The Aggravation
Maklumat: facebook.com/events/1696365423972910

13/02/2016 [SABTU]
Lokasi: Dewan Lipis, Grand Continental Hotel, Kuantan, Pahang
Masa: 4 petang
Tiket: RM35
Band Lain: The Lonely King, Off Note!, Troublesome, Kompass, IVVIIV dan Rodeng Boys Club
Maklumat: facebook.com/events/212596615746603

04/03/2016 [JUMAAT]
Meet & Ride di Omaq Char Koay Teow, Parit Buntar, Perak (5 - 7 petang) dan Terrace 48 / Pekan Cina, Alor Setar, Kedah (9 - 11 malam).

05/03/2016 [SABTU]
Lokasi: Soundmaker Studio, Pulau Pinang
Masa: 4 petang
Tiket: RM35
Band Lain: Dissectomy, Angkara, Dark Nirrajim dan Sarcophynx
Maklumat: facebook.com/events/662060683934784

06/03/2016 [AHAD]
Lokasi: Insider Satellite, Ipoh, Perak
Masa: 4 petang
Tiket: RM35
Band Lain: Scum, Inbeliever, Kill My Bride dan Bunuhdiri
Maklumat: facebook.com/events/160472187666960

16/04/2016 [SABTU]
Lokasi: Dewan Persatuan India, Muar, Johor
Masa: 2 petang
Tiket: -
Band Lain: Kemolorg, Central Disposal, Farasu, Puakerysm, Mu-Aru, Exothermix dan Eyes Popping Out
Maklumat: facebook.com/events/881443741972218

15/05/2016 [AHAD]
Lokasi: Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur
Masa: 3 petang
Tiket: RM65
Band Lain: Infectious Maggots
Maklumat: facebook.com/events/492292410954838

INFORMASI:
facebook.com/thepilgrimsrock
facebook.com/Sil-Khannaz-44886560846
facebook.com/MAMAT-Records-663147283827614

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...