2015-08-08

AZARIATH - LAGU BARU: FORMATION FORCE


AZARIATH diasaskan di Alor Setar, Kedah dalam tahun 2000 oleh Jadd Barakth (gitar), Bani Azazel (vokal) serta Ej Agolysicc (dram) dan mereka tanpa berlengah menghasilkan pengeluaran "Storm To The Unholy Grave" Demo 2000 dalam format kaset. Rakaman pertama AZARIATH ini yang mana memuatkan 3 buah lagu difahamkan turut dibantu oleh WanderWizard di posisi bass dan Rator Flame di bahagian vokal. Hanya "Storm To The Unholy Grave" sahaja yang menjadi bukti kepada penubuhan dan sejarah awal perjalanan AZARIATH yang mana kemudiannya menyepi dan dilaporkan bubar.

Setelah 15 tahun tanpa sebarang material, AZARIATH diberitakan bangkit dari lena nan panjang dan akhirnya kembali menyusuri studio rakaman untuk penghasilan sebuah lagu baru. Dianggotai oleh barisan pemuzik terkini terdiri daripada Jadd Barakth (gitar utama/vokal), Key Wergth (bass), Rator Flame (gitar/vokal), WanderWizard (gitar) dan Ej Agolysicc (dram), AZARIATH pada 26 Julai 2015 telah memperdengarkan lagu baru yang dimaksudkan, berjudul Formation Force di laman YouTube: youtu.be/Efv9lVg4DdI. Karya ini memungkinkan adanya suatu perancangan yang lebih besar dari band AZARIATH dan ini pastinya menarik buat penggemar-penggemar muzik Black Metal berinspirasikan Skandinavia. Informasi: facebook.com/mohdyuhidzir.mohamadyusof.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...