2014-11-13

DIABOLICURST PRODUCTIONS - OFFICIAL MERCHANDISE

Dalam masa terdekat DIABOLICURST PRODUCTIONS dilapor bakal mengeluarkan beberapa official merchandise berupa longsleeve shirt. Antara yang berada dalam perancangan label ini adalah longsleeve VEHEMETH/SEREIGNOS dan juga BRAIN DEAD.


Longsleeve VEHEMETH/SEREIGNOS berkait-rapat dengan rilisan split Digipak CD "Easternic Tyrannical Duobolicults" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi. Artwork yang sama diguna pada kulit luar digipak dicetak pada longsleeve ini, karya Art Of Sickness 666. Produk ini menggunakan tag GILDAN tersedia dari saiz S hingga XXL.


Merchandise seterusnya adalah longsleeve untuk BRAIN DEAD mengambil sempena "Eternal War" Demo 1990 karya band lagenda Death Metal Malaysia berkenaan. Artwork asal dari demo tersebut diwarnakan dan diberi sentuhan semula oleh Yudiagusta (vokalis SEREIGNOS). Produk juga menggunakan tag GILDAN tersedia dari saiz S hingga XXL.


Selain daripada dua produk longsleeve di atas, DIABOLICURST PRODUCTIONS turut memaklumkan akan mengeluarkan official merchandise untuk UNDEAD, sebuah band Black/Death Metal dari Kuala Kangsar, Perak yang pernah suatu ketika mengeluarkan dua demo; "Towards the End... The Beginning..." (1994) dan "In Terms of Destruct" (1995).

Keluaran rasmi semua merchandise ini akan dihebahkan dari masa ke semasa.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...