2017-01-05

GEDEBE REKORDS: SATAN'S SPERM "KLITORIST GOATLUST" TAPE



Label baru GEDEBE REKORDS telah meriliskan produk pertamanya berupa kaset untuk band SATAN'S SPERM berjudul "Klitorist Goatlust". Material ini dikatakan telah terperam dan tertangguhnya pengeluarannya, sekitar lebihkurang 3 tahun. SATAN'S SPERM mungkin satu nama yang agak asing dalam scene tempatan namun difahamkan ia adalah projek ahli-ahli band yang cukup terkenal dengan tema porno dan gore (identiti sebenar dirahsiakan buat masa ini) cuma untuk projek ini mereka menghalakan muzikalnya ke arah Black Metal. Rilisan ini terhad! Dapatkan dari: fb.com/wan.matt.

INFORMASI:

2017-01-01

28/01/2017 - SUARA BAWAH TANAH VOL.1

TARIKH: 28 JANUARI 2017 [SABTU] | LOKASI: RUMAH API, AMPANG | MASA: 4PTG | TIKET: RM18 | BAND: HELLISHLINTHAR / BUNUHDIRI / ABC YOUTH / EXOTHERMIX / KRUSTY / ABU NOT DEAD / FAT RABBIT / KREACION / KASRAKASS / ANARKIAN | ANJURAN: IMPENETRABLE DARKNESS


INFORMASI:

07/01/2017 - MAMAT FEST 2017

TARIKH: 7 JANUARI 2017 [SABTU] | LOKASI: BLACK BOX, PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS, KUALA LUMPUR | MASA: 2:30PTG | TIKET: RM50 | BAND: HUMILIATION / TERROR SQUAD (Jepun) / BRAIN DEAD / CARBURETOR DUNG / COSMIC VORTEX (Indonesia) / GORESLUTS / BLIND TRIBE / SENJAKALA (Brunei) / MALAPETAKA | ANJURAN: MAMAT RECORDS


Nota: Tiket RM50 (PERCUMA Mamat Fest Woven Patches / Mamat Fest Woven Wristband / Band Patches / Kalendar 2017 / Stickers / dll). Potongan Diskaun 10% untuk semua pembelian barangan Mamat Records pada hari tersebut sahaja. Dapatkan juga T-Shirt rasmi Mamat Fest sepertimana diiklan di bawah.


INFORMASI:

2016-07-13

28/07/2016 - MAGRUDERGRIND: LIVE IN JOHOR BAHRU

TARIKH: 28 JULAI 2016 [KHAMIS] | LOKASI: EMBRACE HALL, JOHOR BAHRU | MASA: 7:30MLM | TIKET: RM30 | BAND: MAGRUDERGRIND (USA) / HALAL / -X- (Singapura) / HELLEXIST / JENGLOTH (Indonesia) | ANJURAN: HUMAN ERROR SYNDIKATE


INFORMASI:
facebook.com/Bigmouthbooking

SPARROW - "HASUTAN" ALBUM MINI 2016


Kumpulan muzik Heavy Metal dari Ipoh, SPARROW telah muncul kembali dengan sebuah album mini berjudul "Hasutan". Ini adalah rilisan kedua dari band ini setelah mengeluarkan sebuah EP iaitu "Peperangan" sekitar tahun 2012. Keluaran menerusi Dysmedia Production, "Hasutan" memuatkan 5 buah lagu baru sepertimana senarai berikut:

1. Hasutan
2. Semangat Batu
3. Takdir Insan 'Rohingya'
4. Mahsuri
5. Bumi Palestine

Dapatkan album mini SPARROW "Hasutan" keluaran TERHAD ini sekarang pada harga RM30. Pastikan anda beli salinan yang original. Dalam pada itu t-shirt SPARROW "Ipoh Heavy Metal Band" turut dikeluarkan dan dijual pada harga RM40.


PROMOSI HEBAT: Dapatkan CD "Hasutan" + T-Shirt + HADIAH MISTERI dengan harga ISTIMEWA cuma RM50 sahaja di mana anda jima RM20 dari jumlah harga asal. Tawaran eksklusif ini khas untuk 100 TEMPAHAN TERAWAL sahaja! Tempahan boleh dibuat sekarang terus kepada Jasni Nan - fb.com/jasni.nan (vokalis) di mana pesanan anda akan diperolehi pada awal Ogos 2016.


Video Muzik Bumi Palestine yang dipaparkan di atas hanya untuk tujuan promosi sahaja. Nantikan video muzik RASMI yang bakal dimuatkan ke laman YouTube pada tarikh pelancaran album mini "Hasutan".

Tunggu apa lagi. Rebutlah peluang terbaik ini!

INFORMASI:
facebook.com/band.sparrow
facebook.com/dysmediaproduction

TERDAHULU:
SPARROW - PEPERANGAN EP 2012

06/08/2016 - FALSIFIED KUALA LUMPUR

TARIKH: 6 OGOS 2016 [SABTU] | LOKASI: RUMAH API, AMPANG | MASA: 5PTG | TIKET: RM20 | BAND: TOOLS OF THE TRADE / BLOOD LEGION / BRAINCËLL / DAIGHILA / LONG LIVE THE EMPIRE / ABRASION / HELLEXIST / TAPESTRY / PUNAHRANAH / PIRI REIS | ANJURAN: RUMAH API


INFORMASI:
rumahapi.weebly.com
facebook.com/klpunkhouse

30/07/2016 - SARAWAK METAL REGIME 2016

TARIKH: 30 JULAI 2016 [SABTU] | LOKASI: TINGKAT 3, PARAMOUNT HOTEL, NO.3 LORONG 9A, JALAN KAMPUNG DATO, SIBU | MASA: 12:30TGH | TIKET: RM20 | BAND: VOCIFERATION ETERNITY / NONSERVIAM / LARRONG / ERECTUS / MILITANT ATTACK / MARKTOULYBRA / CALDERA / TAHI SUCI | ANJURAN: MENJREX NERTO PRODUCTION



SARAWAK METAL REGIME 2016 OFFICIAL T-SHIRT | Kuantiti: terhad 99 helai | Cetakan: Plastisol Excalibur Ink | Fabrik: Soft Premium 180/190gsm | Harga: RM35 (dijual pada hari berlangsungnya acara) | Pre-order: 01119834434.

INFORMASI:
facebook.com/Sarawak-Metal-Regime-1748487098708811
facebook.com/pages/Paramount-Hotel/251161558306745

30/07/2016 - STRAIGHT TO YOUR FACE ROUND 6

TARIKH: 30 JULAI 2016 [SABTU] | LOKASI: KUCHING CIVIC CENTRE TOWER, LEVEL 2 | MASA: 11:30PG | TIKET: RM50 [PRE-SALE RM35] | BAND: MAGRUDERGRIND (USA) / WORMROT (Singapura) / ETERNAL REST (Australia) / SKINNED (USA) / WYNKEN DELIRIUM / A MILLION EVIL FACES / PATH TO SURVIVE / KANSERGERUK / FUZZ MUFF / DANCE ON YOUR GRAVE / BRONCO BUSTER / SYMFOTRA / MYOPIA | ANJURAN: THORNWIRE RECORDS


INFORMASI:
facebook.com/events/929231550466028
facebook.com/STYFEVENT
facebook.com/thornwire.recs

30/07/2016 - SOUTHERN CHAOS II

TARIKH: 30 JULAI 2016 [SABTU] | LOKASI: THE ROCKIN JAMZ HALL, NO.152/02 JALAN SIERRA PERDANA 1/4, MASAI, JOHOR BAHRU | MASA: 3PTG | TIKET: RM30 | BAND: THE EXPIRED / NEFTARAKA / BRAWK / CORONATION / BOOT AXE / JBH / MU-ARU / SINDRAZ / SPIDERWAR / NORTHDARK / KIDS IN CHARGE / VOICETEROUS




Nota: Untuk dapatkan t-shirt acara Southern Chaos II, sila hubungi facebook.com/myo.darulehsan.

INFORMASI:
facebook.com/The-Rockin-1658702031059862

29/07/2016 - MAGRUDERGRIND / SKINNED: LIVE IN KUALA LUMPUR

TARIKH: 29 JULAI 2016 [JUMAAT] | LOKASI: RUMAH API, 178 JALAN MERDEKA, KG BARU AMPANG, AMPANG | MASA: 8MLM | TIKET: RM30 | BAND: MAGRUDERGRIND (USA) / SKINNED (USA) / DAIGHILA / EXPURGATED | ANJURAN: RUMAH API


INFORMASI:
facebook.com/klpunkhouse
rumahapi.weebly.com

24/07/2016 - DAMNATION

TARIKH: 24 JULAI 2016 [AHAD] | LOKASI: PENVIA STUDIO, NO. 20-1, JALAN PJS 5/28B, PUSAT DAGANGAN PETALING JAYA, PETALING JAYA | MASA: 4PTG | TIKET: RM15 | BAND: SARAKKAS / MALAPETAKA / ANTABOGA / KREACION / INFINITERROR / EXOTHERMIX / ESCLAVE / BATTLE HYMN / KRUSTY HC / VALENCIES / TRANSITIONS / LAKES AND SNADDERS / EXPURGATED | ANJURAN: YOUNG METAL ATTACK


INFORMASI:
facebook.com/Young-Metal-Attack-241606199544896
facebook.com/penvia.studio

16/07/2016 - TAIPING HISTORICAL NIGHTMARE VOL 1

TARIKH: 16 JULAI 2016 [SABTU] | LOKASI: BIG JAM MUSIC STUDIO, NO. 11 TINGKAT 2, JALAN MEDAN SAUJANA, KAMUNTING, TAIPING | MASA: 8MLM | TIKET: RM15 | BAND: HELOISA / UNNAMED / MENAZZOR / GUTTURAL / SARCOPHYNX / CRUELEGION / BLACK REVENGE / GOATLUSTING CHAOS / KARATZ | ANJURAN: BIG JAM MUSIC STUDIO PRODUCTION


INFORMASI:
facebook.com/BigJamMusicStudio

2016-07-05

EDITORIAL: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1437H


"Lomang ist Kult. Cocah amo rondang ayam ist krieg krieg krieg."

Saya dan juga EKSTRIM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin sempena menjelangnya Aidilfitri bagi tahun 1437H ini. Mudah-mudahan ibadah puasa dan segala amalan kalian sepanjang Ramadhan yang akan menutup tirainya ini diterima Yang Maha Esa. Teruskan ibadah dan amalan kalian di bulan-bulan seterusnya untuk kita lebih dekat kepada-Nya Pencipta Sekalian Alam dan didoakan kita bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan. Saya akan berada di Tanjong Ipoh, Kuala Pilah pada hari raya pertama hingga ketiga. Jemputlah datang ke rumah menjamah lemang serta rendang-rendangnya.


Saya akhiri ucapan dan editorial kali ini dengan sebuah video muzik lagu raya terbaru "Indah Suasana Raya" dendangan artis-artis MR MADRATTS ENTERTAINMENT yang dikendalikan oleh rakan kita REXX. Sekian, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

– Sufian Mohamed Salleh, 5 Julai 2016

2016-06-04

BLAZT PROMOTION: PÏG-KRÜST / BAKTERIA - ALCOHOLIC CROCOCRUST SPLIT


Evolusi muzikal D-Beat / Crust Punk begitu pesat berkembang di seluruh Malaysia. Penubuhan band-band yang memainkan irama sebegitu kian menggalakkan bukan sahaja di Semenanjung malah di kepulauan Borneo juga. Di bandaraya Kuching, Sarawak telah dapat dikenalpasti dua band yang dilihat berbakat besar dan berpotensi tinggi dalam menjana kualiti terbaik genre tersebut dan mereka adalah PÏG-KRÜST dan BAKTERIA. 

Mereka masing-masing mengeluarkan material yang bermutu. Pïg-Krüst tampil dengan rilisan berjudul “Punk Sampai Parai” (keluaran Sukma Records) di mana garapan muziknya cukup jitu dan penuh energi. Bakteria pula mengeluarkan “Gut Raw D-Beat Assault” (di bawah kolaborasi Tempang Records dan Green Peace Distro) yang kedengaran keras, padu dan beremosi alunan lagunya. Ekoran dari 2 produk berformatkan kaset inilah tercetusnya idea diadakan rilisan split di antara mereka, terbitan sebuah label tempatan – BLAZT PROMOTION.

“This is a meeting of two uprising Punk acts from Kuching City, Sarawak; PÏG-KRÜST and BAKTERIA. The 2-way split cd-r comprising of 9 tracks (22 minutes) of impressive D-Beat / Crust Raw Punks; aggressive, chaotic & straight-in-your-face. Both band delivers the best definition to Punks Not Dead!”



“Alcoholic CrocoCrust Split” telah dikeluarkan dan mula beredar secara rasmi oleh Blazt Promotion [Kat#: B1601] pada tanggal 1 Jun 2016. Rilisan split ini adalah inisiatif menyatukan dua band berwibawa yang lahir dari bandar dan negeri yang sama, meng-gandingkan dua band terbaik atas dasar nuansa muzikal yang serupa. Keseluruhannya menghimpun-kan 9 buah lagu sebagaimana senarai berikut:

PÏG-KRÜST
1. World of Shit – 1:26
2. Kroni Didahulukan, Korupsi Diutamakan – 1:27
3. Dis-War – 2:14
4. Destroyed Society – 3:32
5. Dunia Tanpa Tuhan – 2:45
BAKTERIA
6. Ignorant Mass – 2:40
7. Secret Extermination – 2:15
8. Thought Control – 2:00
9. Mindless Act – 3:02

Pïg-Krüst yang dianggotai oleh Paul (vokal), Benben (bass), Benji (gitar), Gino (gitar) dan Weemee (dram) telah meletakkan 3 buah lagu baru dalam “Alcoholic CrocoCrust Split” bakinya 2 lagu dipetik dari kaset “Punk Sampai Parai”. Muzik Pïg-Krüst ditafsir sebagai D-Beat/Metal Raw Punk distortion. Manakala Bakteria yang telah berada dalam scene semenjak pertengahan 2007 lagi selesa dengan definasi Dis-HC Crust Gut Raw Punx. Band dibarisi Ray Bakteria (gitar / vokal), Manjan Bulat (bass / vokal) dan Paipenis (dram) memuatkan 4 lagu yang diambil dari rilisan “Gut Raw D-Beat Assault”.

Ilustrasi untuk kulit luar split berformatkan CD-R ini adalah hasil karya Röttenwörx. Terhad kepada 40 salinan sahaja, pengeluaran “Alcoholic CrocoCrust Split” turut disokong oleh label band masing-masing iaitu ROTTEN DISTRO dan HUMANOISE DIY CLOTHING. Dapatkan split ini pada harga cuma RM7 (belum termasuk kos pengeposan) dari Blazt Promotion atau wakil pengedar rasminya Deathsales Distibution – facebook.com/deathsales.

INFORMASI:

PEDAL TO THE METAL ZINE - ISU #3 (JUN 2016)



Pedal To The Metal Isu # 3 – Menampilkan laporan kayuhan jelajah Pulau Langkawi "An Evening with Funeral Pyre", repot gig Bertukang Malam-Malam 7 dan Grundar Death Fest 4, cerpen, sajak dari Wan PHENOMISTIK dan Adi Herman, cerkon, ilustrasi dari Aku Napie, wawancara bersama TORCH, DOSA dan PERPETUAL, artikel mengenai WRECKÄR, METAL MEOWLISHA, NERVOSA dan berbagai-bagai lagi yang ilmiah dan sinikal. Semuanya dalam BAHASA MELAYU. Harga senaskah: RM11 (Semenanjung) / RM13 (Borneo) termasuk pos. WhatsApp ke: 019-2281979 atau E-mel: faithcraftproductions@yahoo.com untuk urusan pembelian dan maklumat lanjut.

INFORMASI:
facebook.com/pedatodameta
cyclingmetalpunk.blogspot.com
facebook.com/Faithcraftproductions
faithcraftmobile.blogspot.com

TERDAHULU:
PEDAL TO THE METAL ZINE - ISU #2 (MAC 2016)
PEDAL TO THE METAL ZINE - ISU #1 (DISEMBER 2015)

2016-05-31

BANGKIT! FANZINE - EDISI PERTAMA


Salam. Aku sendiri tak pernah sangka satu hari nanti aku akan tulis dan terbitkan sebuah fanzine selain dari bermotifkan Metal Ekstrim. Ramai yang mengenali aku dari awal dulu sebagai seorang “metalhead” dan editor metal untuk NATHIAS ZINE dan juga blog EKSTRIM. Semalam, 30 Mei 2016 aku lancarkan pengeluaran karya terbaru aku – BANGKIT! FANZINE isu #1. Zine ini menjurus kepada muzik Hardcore Punk secara keseluruhannya serta beberapa genera lain yang relevan dengan scene muzik DIY/independen seperti Noisegrind, Harshnoise, Thrashcore, Powerviolence dan sebagainya. 

Idea menghasilkan Bangkit! Fanzine bercambah dari blog peribadi Up The Punx (Dari Kacamata Seorang Metalhead) yang aku mulakan semenjak November 2015. Percaya atau tidak, walaupun Nathias Zine dianggap publikasi metal berat dan hitam secara total tetapi dalam isu ke-2 (terbitan November 1994) aku telah mewawancara Carburetor Dung dan band inilah satu-satunya band punk yang pernah mengisi slot dalam Nathias Zine. Dek kerana memang sudah minat aku menulis dan berkeinginan keluarkan satu fanzine yang lari dari kebiasaan metal aku, maka aku terfikir untuk “bukukan” penulisan aku di blog Up The Punx serta siarkan semula interbiu Carburetor Dung yang aku maksudkan tadi untuk tatapan hari ini.


Edisi Pertama BANGKIT! FANZINE menampilkan interbiu bersama band-band tempatan iaitu KROSOT, KLABU ASAP, JOHN MACBAREN, DISOBEY, ANGKARA, LANGGAR LARI serta label YOUTH CRIME RECORDINGS (khas berkaitan kompilasi Penentangan Berterusan) selain penyiaran semula interbiu CARBURETOR DUNG sepertimana yang aku maklumkan di atas. Isu #1 ini juga memuatkan ruangan rebiu CD, Kaset dan Literatur serta artikel, berita dan sebagainya!. Ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali interbiu bersama Carburetor Dung. 40 mukasurat saiz A5. Harganya cuma RM5 tidak termasuk kos pengeposan. Dengan yang demikian, barangsiapa yang berminat untuk dapatkan Bangkit! #1 bolehlah hubungi aku terus di: facebook.com/piankvlt atau WhatsApp: 018-9189212.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BANGKIT! FANZINE dan blog UP THE PUNX, sila layari pautan-pautan berikut:

Terimalah BANGKIT! seadanya. Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan!.

2016-05-24

Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation Bakal Gegar Hard Rock Café Melaka


Nama Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation seakan sudah selari di bibir-bibir para penggemar muzik berat tempatan. Kewujudan mereka telah sekian lama di persada muzik bawah tanah, biarpun tidak mendapat tempat di hati para peminat muzik arus perdana, itu sedikit pun tidak pernah menghentikan minat mereka untuk terus berkarya di bawah nama underground.

Jika sebelum ini pentas Hard Rock Café Melaka pernah di warnai oleh jalur muzik seumpamanya yang di bawa oleh kumpulan Brain Dead, Sil Khannaz, Necrotic Chaos dan FTG. Ternyata kehebatan aksi-aksi kumpulan tersebut berjaya mendapat sokongan di kalangan pencinta muzik berat tempatan apatah lagi ianya sedikit sebanyak membuka ruang untuk kumpulan lain beraksi di pentas yang sama.

Lantaran displin yang tinggi ditunjukkan oleh penggemar muzik sedemikian, maka pihak Hard Rock Café Melaka sekali lagi memberi kepercayaan kepada Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation untuk memenuhi slot “Live Music”. Apatah lagi ketiga-tiga kumpulan ini memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak Hard Rock Café Melaka.


Hirarki penubuhan Farasu yang bermula pada penghujung tahun 2002 menyaksikan penyatuan 2 buah kumpulan iaitu Brave In Vision dan Iron Storm. Jatuh bangun, pertukaran ahli sudah menjadi rencah buat sesebuah kumpulan yang di tubuhkan. Namun di sebalik kegagalan itu menjadikan setiap anggota Farasu menjadi semakin kuat.

Demi membuktikan bahawa mereka mampu berdikari, kumpulan yang ditunjangi oleh Shah Zaini, Nahak, Ordil Jay Sven, Apai dan Mus Fidayyin tampil dengan album pertama yang berjudul “Menongkah Arus” (2010). Album yang bernadikan eastern metal ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan penggemar muzik berat tempatan. Album kedua yang berjudul “Against Tyranny” telah diterbitkan pada tahun 2015.


Kelahiran “Against Tyranny” seolah-olah membuka lembaran bagi Farasu kerana selain beraksi di dalam Negara mereka juga turut mendapat tawaran mengadakan persembahan di Indonesia. Antaranya adalah Jogja Brebeg Fest, Batam Undersickness 4, Dumai Tektonik, Daimonous Open Air dan sebagainya.

“Kami cukup teruja dan berterima kasih kepada Hard Rock Café Melaka kerana memberi ruang dan peluang kepada Farasu untuk turut sama memeriahkan siri Live Music bersama-sama 2 lagi jenama hebat yang ternyata cukup dikenali di persada muzik bawah tanah”, ujar Nahak.

“Buat peminat Farasu, Insha Allah kami akan memberikan yang terbaik untuk santapan halwa telinga anda. Kami cukup teruja apabila digandingkan di atas satu pentas bersama-sama Infectious Maggots dan Suffercation”, tambahnya lagi.


Infectious Maggots terlebih dahulu dikenali dengan nama ABC Dead, dimana ketika awal penubuhannya pada tahun 1991 ianya di barisi oleh Lan Bear, Lan Bye, Kochix, Wan Ermie dan K-Roll. Nama Infectious Maggots mula diguna pakai setelah kemasukkan Fathul yang berada di posisi vokal.

“Life Among The Ruins” merupakan demo pertama yang dihasilkan di bawah nama Infectious Maggots, demo yang membariskan 4 buah lagu ini telah menambat hati syarikat rakaman Sonic Asylum Records. Maka pada tahun 1992 album studio pertama dihasilkan dengan judul “Deep Within Our Grief Factory, Milk Runs Red”.


Album yang menjadi ikon muzik industrial ini terus menjadi pemankin kepada Infectious Maggots untuk terus bergerak ke hadapan. Lantaran itu lahirlah beberapa buah lagi album daripada Infectious Maggots, antaranya ialah Unknown dan Karat Besi Simfoni.

Lan Bear, Lan Bye, Fathul, Pie dan Jijoe akan memastikan Infectious Maggots para penggemar wirama berat tempatan akan terpaku dengan persembahan bertenaga daripada mereka. Apatah lagi penyatuan ini pasti akan memberi impak yang besar kepada hadirin yang menonton aksi-aksi hebat Maggots.


Bagi peminat muzik underground sudah tentu anda mengenali nama kumpulan Suffercation. Semenjak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1990, nama Suffercation sering meniti di bibir para peminat muzik underground.

Penyatuan anggota asal kumpulan Suffercation pastinya sentiasa dinantikan oleh penggemarnya. Jeff, Ly, Rob dan Loli adalah tulang belakang yang memantapkan muzik Suffercation itu sendiri. Album pertama “Day Of Darkness” keluaran Valentine Sound Production pada tahun 1992 sentiasa menjadi bualan peminat dari dulu sehingga kini.

Setiap album yang dilahirkan pastinya menjadi bualan serta tampil dengan konsep yang berlainan. Malah ada di kalangan peminat yang memberi reaksi negatif apabila Suffercation tampil dengan album melayu yang di lihat cukup bertentangan dengan konsep Suffercation itu sendiri.


Sehingga kini Suffercation telah hadir dengan 6 buah album, Day Of Darkness, Cryptic Existence, In Sufferance, Karisma..Rialiti..Abadi.., Pendekar dan As We Breathe..

“Buat peminat yang hadir pada 28 Mei ini, Suffercation hanya akan mempersembahkan lagu-lagu yang terdapat di dalam album pertama, Day Of Darkness. Ianya hanya eksklusif untuk peminat yang hadir di Hard Rock Café Melaka”, ujar Ly Razak.

“Pastinya kami akan memberikan sesuatu yang mengujakan, apatah lagi kembalinya vokalis asal iaitu Jeff Ilias sedikit sebanyak akan mengubat kerinduan peminat Suffercation kepada lagu-lagu yang terdapat dalam album Day Of Darkness”, tambahnya.

“Demi peminat Suffercation kini giat berlatih, biarpun ada di antara kami yang berada di luar Kuala Lumpur namun untuk persembahan di Hard Rock Café Melaka nanti, ianya bukan halangan buat kami. Apa yang penting kepuasan anda adalah matlamat utama kami”, ujar Ly mengakhiri perbualan.

Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation bakal di satukan di Hard Rock Cafe Melaka pada 28 Mei ini. Dengan tiket serendah RM40.00 anda bakal disajikan dengan santapan muzik yang sentiasa malar segar seraya mengembalikan nostalgia sewaktu anda membesar dengan muzik-muzik mereka. Showcase eksklusif ini akan bermula sekitar jam 3 petang dan berakhir pada jam 6 petang.

Pastikan janji temu anda bersama mereka, sebarang pertanyaan mahupun urusan pembelian tiket boleh layari www.hardrock.com/melaka atau datang sendiri ke Hard Rock Café Melaka. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi enquiries@hardrockcafe-melaka.com atau hubungi talian +606 2925188.

Teks & Foto kiriman: Nazghoul Azguadth – nazghoul75@gmail.com
Klip Video oleh: Gatal Tangan Project

BERKAITAN:

DEADBLASTER - PROMO 2016


DEADBLASTER adalah nama sebuah unit grind yang baharu sahaja muncul dari arena muzik ekstrim Lahad Datu, Sabah. Band ini dibarisi oleh Azmeer (vokal), Lan (gitar), Abe (dram) serta bantuan seorang sessionist Ryn (bass). Sebagai satu pengenalan, DEADBLASTER telah merakam dan mengeluar rilisan "Promo 2016" yang dilancarkan edarannya pada 8 Mei 2016 sewaktu mereka membuat kemunculan di gig HELLTHEE DAMNATION DAY.

Azmeer selaku vokalis DEADBLASTER ketika dihubungi memaklumkan bahawa band ini secara muzikalnya boleh dikategorikan sebagai Deathgrind. Beliau menamakan antaranya INGROWING, COLDWORKER dan MISERY INDEX sebagai sumber yang banyak memberikan inspirasi kepada DEADBLASTER dalam proses pembikinan lagu dan penulisan lirik. "Promo 2016" mengandungi 2 buah lagu [durasi keseluruhan 3:17 minit] seperti senarai berikut:

1. Mind Control - 1:33
2. Depression and Lust - 1:44

"Tujuan kami meriliskan promo ini agar kami dapat berkongsi minat muzik itu sendiri dengan sahabat di luar sana, juga berharap agar material baru dan ringkas ini dapat diterima oleh penggemar muzik grind yang telah mendengarnya", ujar Azmeer berkenaan objektif penerbitan "Promo 2016" ini yang mana semua lagu dirakam di Studio Chromatic, Sandakan. Promo CD-R ini dijual pada harga cuma RM3 (tidak termasuk kos pengeposan) dan boleh diperolehi dari Azmeer - facebook.com/azmeer.ahke.


EKSTRIM telahpun mendengar rilisan ini dan berpendapat ia sebuah material yang cukup bagus dibantu kualiti bunyi yang memberangsangkan. Lagu-lagunya digarap dengan baik dan tersusun dalam menghasilkan irama Deathgrind yang padat dan berat. "Promo 2016" ini adalah satu permulaan di mana bagi pihak DEADBLASTER sendiri, ianya pemangkin untuk mereka terus berkarya dan memacu perancangan untuk merilis lebih banyak material di masa hadapan.

TERDAHULU:

2016-05-19

21/05/2016 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #18

TARIKH: 21 MEI 2015 [SABTU] | LOKASI: THE WALL, BATU PAHAT | MASA: 8MLM | TIKET: RM10 | BAND: BRAINCELL / BADASS FARMER / INDECIXIVE / BLINDED HUMANITY / MEDIA SKEPTIC | ANJURAN: BP DRUNKARD


INFORMASI:
facebook.com/thewallbp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...