BLOODY ANATOMIES kembali mewarnai arena muzik berat tanahair berbekalkan sebuah produk terbaharu biarpun hanya sekadar satu promo-single berjudul "Parasick". Rilisan ini [menampilkan lagu Parasick berdurasi 2:16 minit] sudah cukup mencerminkan kesinambungan hayat BLOODY ANATOMIES setelah begitu lama terhenti dari merilis, setelah rilisnya penerbitan sulung mereka Promo 2009. Untuk makluman, BLOODY ANATOMIES pernah menyertai beberapa kompilasi, antaranya Born in Darkness Compilation Vol. 6 (Trooper Art Regime Distro, 2011) dan A Blasting of Malaysian DeathXGrind Companion (Grundar Production / Angka Kematian Production, 2013) yang mana sekadar memuatkan lagu-lagu lama dari Promo 2009 tersebut.
Menariknya, "Parasick" dirakam oleh Dhomfarysa (gitar/bass), Syafeg (vokal) dan Faixal (dram) di tiga studio berasingan; gitar & bass di Brutal Lab, Ara Damansara, Selangor, bahagian vokal direkod di Studio 808 di Kota Bharu, Kelantan manakala dram di Nrocinu Studio, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Proses mixing dan mastering kemudiannya dilaksanakan di Soundwave Studio. Parasick Promo Single diriliskan secara independen oleh pihak BLOODY ANATOMIES sendiri dalam format Pro CD-R terhad kepada 100 salinan sahaja. Rilisan ini diedarkan pada harga cuma RM3 secara rasmi pada 3 April 2016 sempena penampilan BLOODY ANATOMIES di pentas acara BRUTALITY FEST di Penvia, Petaling Jaya. BLOODY ANATOMIES adalah Brutal Slamming Death Metal jika anda belum mengenali mereka!
INFORMASI:
TERDAHULU:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan