2016-03-13

BUNYI SEMBUNYI - "RIBUT RIBUT ITU MENJADI REDA DAN AKHIRNYA" EP


Berpengkalan di kotaraya Kuala Lumpur, BUNYI SEMBUNYI adalah nama baru yang muncul untuk memeriahkan suasana muzik tempatan. Hampir pasti nama ini tidak begitu meluas dikenali namun dalam usaha memperkenalkan diri mereka kepada umum, band yang mendefinisikan muzikal mereka sebagai instrumental symphonic rock telahpun menerbitkan EP pertama berjudul "Ribut Ribut Itu Menjadi Reda Dan Akhirnya". EP ini memuatkan 4 buah lagu sebagaimana senarai berikut:

1. Ribut Ribut Itu Menjadi Reda Dan Akhirnya - 1:49
2. Dua Utusan - 5:19
3. Lela Rentaka - 5:42
4. Bayangan Dari Kebenaran Abadi - 7:03


Mengikut catatan, EP "Ribut Ribut Itu Menjadi Reda Dan Akhirnya" yang memaparkan senilukis karya Adi Yochalis Illustrations ini dilancarkan pengeluarannya pada 12 Februari 2016. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Audio CD rilisan ini, anda bolehlah menghubungi pihak BUNYI SEMBUNYI di e-mel: bunyisembunyi@gmx.com (Fadly).

INFORMASI:
facebook.com/bunyisembunyi
bunyisembunyi.bandcamp.com

2016-03-09

PEDAL TO THE METAL ZINE - ISU #2 (MAC 2016)



Menampilkan wawancara bersama HEREAFTER, JEHOVAH THE SATYR dan UNVEILED, Tips ke Tan Yong Po, Satun, Ulasan Album & Demo, ilustrasi oleh kartunis Aku Napie, puisi, Biografi VENOM INC IRON AND STEEL, artikel mengenai muzik death metal Florida dan banyak lagi. Semuanya dimuatkan padat (font saiz 8) dalam 50 mukasurat dan kulit cetakan berwarna. Dapatkan media rasmi Pedal to the Metal ini dengan harga RM11 (termasuk pos Semenanjung Malaysia), RM13 (Borneo). Ditulis dalam Bahasa Melayu | Rilis: 8 Mac 2016.

E-mel: faithcraftproductions@yahoo.com
WhatsApp: 019-2281979

INFORMASI:
facebook.com/pedatodameta
faithcraftmobile.blogspot.com

TERDAHULU:
PEDAL TO THE METAL ZINE - ISU #1 (DISEMBER 2015)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...