2016-01-29

THE PILGRIMS / SIL KHANNAZ - ACHTUNG RIDERS THUNDER ROAR TOUR 2016


Dua kumpulan muzik berpengaruh, THE PILGRIMS dan SIL KHANNAZ dijadualkan bersatu dalam satu siri jelajah menyusuri beberapa bandar utama di sekitar pantai timur, utara dan juga selatan tanahair. Jelajah ini dinamakan ACHTUNG RIDERS THUNDER ROAR TOUR 2016 di mana mereka bakal mengadakan persembahan dan tampil dalam gig-gig yang telah/akan diatur di lokasi-lokasi tertentu. 

Selain beraksi di pentas, THE PILGRIMS dan SIL KHANNAZ turut mengambil peluang ini bertemu dan beramah mesra dengan para peminat (yang mungkin selama ini sukar untuk menyaksikan mereka sekiranya gig berlangsung di Kuala Lumpur), urusan promosi dan edaran rilisan-rilisan terbaharu masing-masing; "Achtung! Riders" dan "Thunder Roar" (difahamkan juga "Thunder Roar" bakal tersedia dalam format piringhitam 7") serta jualan produk seperti t-shirt dan sebagainya.

ACHTUNG RIDERS THUNDER ROAR TOUR 2016 akan bermula di kawasan Pantai Timur di mana THE PILGRIMS dan SIL KHANNAZ akan membuat penampilan di Dungun pada 12 Februari diikuti Kuantan pada keesokan harinya. Kembara ini kemudiannya bersambung pada awal bulan Mac untuk beraksi di Pulau Pinang pada 5 Mac dan 6 Mac di Ipoh pula. Sebelum itu, mereka akan singgah sebentar di Parit Buntar dan Alor Setar pada 4 Mac untuk majlis "meet & ride" semasa dalam perjalanan ke utara Semenanjung.

THE PILGRIMS dan SIL KHANNAZ dijangka turut berada di selatan pada 16 April bilamana kedua-dua band otai ini turut menyertai acara Muar Metal Fest di Muar, Johor. ACHTUNG RIDERS THUNDER ROAR TOUR 2016 dijadualkan berakhir dan ditutup pada 15 Mei di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Berikut adalah itinerari penuh siri jelajah (akan dikemaskini dari masa ke semasa) yang dimaksudkan:

12/02/2016 [JUMAAT]
Lokasi: Musecca Studio Live Hall, Dungun, Terengganu
Masa: 4 petang
Tiket: RM35
Band Lain: Torch, Nosferiel, Verminator, Sahaya, Hegemony dan The Aggravation
Maklumat: facebook.com/events/1696365423972910

13/02/2016 [SABTU]
Lokasi: Dewan Lipis, Grand Continental Hotel, Kuantan, Pahang
Masa: 4 petang
Tiket: RM35
Band Lain: The Lonely King, Off Note!, Troublesome, Kompass, IVVIIV dan Rodeng Boys Club
Maklumat: facebook.com/events/212596615746603

04/03/2016 [JUMAAT]
Meet & Ride di Omaq Char Koay Teow, Parit Buntar, Perak (5 - 7 petang) dan Terrace 48 / Pekan Cina, Alor Setar, Kedah (9 - 11 malam).

05/03/2016 [SABTU]
Lokasi: Soundmaker Studio, Pulau Pinang
Masa: 4 petang
Tiket: RM35
Band Lain: Dissectomy, Angkara, Dark Nirrajim dan Sarcophynx
Maklumat: facebook.com/events/662060683934784

06/03/2016 [AHAD]
Lokasi: Insider Satellite, Ipoh, Perak
Masa: 4 petang
Tiket: RM35
Band Lain: Scum, Inbeliever, Kill My Bride dan Bunuhdiri
Maklumat: facebook.com/events/160472187666960

16/04/2016 [SABTU]
Lokasi: Dewan Persatuan India, Muar, Johor
Masa: 2 petang
Tiket: -
Band Lain: Kemolorg, Central Disposal, Farasu, Puakerysm, Mu-Aru, Exothermix dan Eyes Popping Out
Maklumat: facebook.com/events/881443741972218

15/05/2016 [AHAD]
Lokasi: Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur
Masa: 3 petang
Tiket: RM65
Band Lain: Infectious Maggots
Maklumat: facebook.com/events/492292410954838

INFORMASI:
facebook.com/thepilgrimsrock
facebook.com/Sil-Khannaz-44886560846
facebook.com/MAMAT-Records-663147283827614

30/01/2016 - THUNDER IN THE NORTH BORNEO

TARIKH: 30 JANUARI 2016 | LOKASI: SERI SULAMAN HALL, TUARAN, SABAH | MASA: 8MLM - 11MLM | TIKET: RM200 [EARLY BIRD RM150] | BAND: LOUDNESS (Jepun) / DESIRE / LANGSUYR / ARTEFACTS | ANJURAN: THE KOMPLOT


INFORMASI:
facebook.com/thunderinthenorthborneo

INFECTIOUS MAGGOTS - EDISI TERHAD T-SHIRT "DEEP WITHIN OUR GRIEF FACTORY, MILK RUNS RED"

Bagi menyokong sumber kewangan dalam proses rakaman dan pengeluaran album terbaharu (dipercayai album terakhir bersama Fathul), INFECTIOUS MAGGOTS mengeluarkan t-shirt limited edition bertemakan album pertama mereka "Deep Within Our Grief Factory, Milk Runs Red" (keluaran 1993). Pra-pesanan untuk sesiapa yang berminat mendapatkan t-shirt ini akan berakhir pada 5 Februari 2016 dan difahamkan akan tiada ulang-cetak!


Plastisol Ink dicetak Hadapan dan Belakang (design misteri/surprise) | Harga: Gildan Premium RM49 / Gildan Ultra RM55 / Long-sleeve Gildan Premium RM59 | Pada yang telah memesan dan membayar untuk t-shirt "Extinction..." sebelum ini akan diberi harga diskaun: Gildan Premium RM39 / Gildan Ultra RM45 / Long-sleeve Gildan Premium RM49 | Semua harga telah termasuk kos pengeposan.

Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh 25 Januari - 5 Februari 2016 di MAYBANK 164128555127 [Fathullah Luqman Yusuff]. Dimaklumkan kerja cetakan t-shirt pada 6 - 12 Februari dan penghantaran pos bermula pada 15 Februari 2016. Bagi yang berminat untuk mendapatkan t-shirt eksklusif ini, sila kemukakan tempahan, saiz, nama penuh dan alamat kepada Fathullah Luqman [facebook.com/fly1972] atau WhatsApp/SMS 016-6723227.

INFORMASI:

GRUNDAR DEATH FEST #4 - OFFICIAL T-SHIRT & HOODIE

Bersempena penganjuran kali ke-4 acara GRUNDAR DEATH FEST di Embrace Hall (Johor Bahru) pada 26 Mac 2016 akan datang, pihak GRUNDAR PRODUCTION turut mengeluarkan t-shirt dan hoodie rasmi acara tersebut. Pre-sale untuk mendapatkan t-shirt dan hoodie tersebut lebih awal telahpun dibuka!


GM-TS032 Grundar Death Fest 4 t-shirt
Plastisol/Discharge Ink
Gildan Premium
S-XXL RM45
Gildan Ultra RM50
S-XXL
Tambah RM5/10 poslaju Semenanjung/Borneo


GM-HO033 Grundar Death Fest 4 hoodie
Gildan Heavy Blend
S-XL RM90
Tambah RM5/10 poslaju Semenanjung/Borneo

Pembayaran perlu dibuat sebelum 7 Februari 2016. Penghantaran akan dilakukan pada awal Mac 2016. Harga sewaktu acara dilangsungkan (26 Mac 2016) adalah RM50/RM55 untuk premium/ultra. Berminat? Sila hubungi GRUNDAR PRODUCTION.

INFORMASI:
facebook.com/grundarproduction
facebook.com/grundardeathfest

BERKAITAN:
26/03/2016 - GRUNDAR DEATH FEST #4 (2016)

KALABANGANZ - XUMANDAKAPOLYPSE BLACK N' ROLL


Album kedua KALABANGANZ telahpun terbit dan mula dipasarkan semenjak 24 Januari 2016 oleh WARMASTER PRODUCTIONS. Berjudul "Xumandakapolypse Black n' Roll", album ini menyajikan 11 buah lagu (durasi 51:33 minit) berteraskan muzikal Metal Punk Rock & Roll. Dua daripadanya adalah saduran lagu asal band RAMONES dan MISFITS manakala selebihnya lagu-lagu baru gubahan KALABANGANZ yang mana ahlinya terdiri daripada penyatuan pemuzik-pemuzik berpengalaman antaranya Mantak, Foetal Carnage, Deathevoker, Sir You Die dan Tenomizer.

Senarai-Lagu:
01. Nekroeidz Ironfistri - 4:40
02. MetalPunkBlasphem666r - 5:38
03. Bastardose - 5:34
04. Poison Lihingz - 2:46
05. The Bluesakration Shredfukk - 4:06
06. Tapai Diabolique - 3:46
07. The Dogs Eat The Striper - 5:27
08. MethoPsyko 666 - 6:00
09. The Psykodelikz Kalabanganz - 7:18
10. Somebody Put Something In My Drinks (Ramones cover) - 3:04
11. Dig Up Her Bones (Misfits cover) - 3:14


"KALABANGANZ is basically just a project band.. To escape from something that we couldn't do in our original band. We do appreciate all the support (or hate) but in the same time we didn't put any high hope towards the band's feedback. We are here just to play what we like. Shit music or not its depends on individuals ears. But why making harder of our self seeking's for the negative point? Its a freaking guitar with distortion, aggressive drumming, fuck off kind of shrieks in short it is just another freaking extreme metal music.. Just bang your fucking head then!" - kalabanganz.blogspot.com

Terokai sesuatu yang berbeza dari karya KALABANGANZ ini. "Xumandakapolypse Black n' Roll" dikeluarkan dalam format Pro-CD oleh WARMASTER PRODUCTIONS dan diedarkan pada harga RM20 (edaran tangan) atau RM25 (melalui pos). Hubungi individu berikut untuk pertanyaan lanjut dan pembelian:
Sopan Bhangshat - facebook.com/chian.bhangshat / 016-5848593
Shazwie Narbawie - facebook.com/shazwie / 012-8417522

INFORMASI:
kalabanganz.blogspot.com
facebook.com/Kalabanganz
kalabanganz666.bandcamp.com
soundcloud.com/kalabanganz
instagram.com/kalabanganz_666
twitter.com/kalabanganz
facebook.com/WarmasteR-Productions-867881753279822

TERDAHULU:
WARMASTER PRODUCTIONS: KALABANGANZ - Xumandakapolypse Black 'n' Roll

2016-01-28

27/02/2016 - SABAH THRASHMAITI 2016

TARIKH: 27 FEBRUARI 2016 | LOKASI: THRASHER HALL ROOM KARAMUNSING, KOTA KINABALU | MASA: 12TGH | TIKET: RM30 | BAND: HEREAFTER / BESTIAL HORDES / IRON SKULL / TORMENTOR / TENOMIZER / ZOMBIE BASTARD | ANJURAN: WARMASTER PRODUCTION / ARRAYA PRODUCTION / SELVMORD PROJECT / EXTREMELY HATE DISTRO


PRESALE COMBO (TICKET & T-SHIRT) - RM60 [17 DAYS OPEN] | AT DOOR: TICKET - RM30 / T-SHIRT - RM45

INFORMASI:
facebook.com/WarmasteR-Productions-867881753279822
facebook.com/ArrayaProduction696

WURUJU - MAHARAJADHIRAJA TOUR DI MALAYSIA


WURUJU buat julung kalinya dijadualkan menjelajahi beberapa buah bandar utama di Semenanjung Malaysia penghujung Januari ini. Berteraskan irama Melodic Black Death Metal, WURUJU sebenarnya sebuah kumpulan muzik usahasama dua negara serumpun; Malaysia dan Indonesia. Vokalis band Black Metal MISTIK iaitu Akey telah bergabung idea dan tenaga bersama beberapa pemuzik terkemuka Indonesia untuk membentuk WURUJU di sekitar awal 2015. Selengkapnya, jenama WURUJU diusung oleh Akey (vokal/MISTIK), Sutan Heila (gitar 1/TRAUMA), Nara (gitar 2/JIBRIEL), Ozzy (bass/GORDON) dan Levoy (dram/PROLETAR).


Dalam rangka tour Maharajadhiraja 2016 di Malaysia ini, WURUJU akan tampil membuat persembahan di tiga lokasi terpilih iaitu Melaka pada 29 Januari, diikuti Kajang (Kuala Lumpur) keesokan harinya dan hari terakhir 31 Januari 2016 di Pulau Pinang. Mereka akan turut disertai beberapa band tempatan sebagai aksi pembukaan dan sokongan. Rujuk pautan-pautan berikut untuk perincian informasi di lokasi-lokasi yang dimaksudkan:

29/01/2016 - MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (MELAKA)
30/01/2016 - MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (KUALA LUMPUR)
31/01/2016 - MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (PULAU PINANG)

Tour ini adalah peluang baik buat penyokong-penyokong muzik metal tempatan mengenali lebih dekat keujudan dan keunikan WURUJU. Ayuh merapat!!!

INFORMASI:
facebook.com/events/1035565829796902
facebook.com/wurujunusantara

2016-01-26

27/01/2016 - HAIL THE TRUE MMXVI

TARIKH: 27 JANUARI 2016 | LOKASI: KOTA BHARU, KELANTAN | BAND: INFERNAL CURSE (Argentina) / NOSFERIEL (Terengganu) / BLASPHMACHINE (Kota Bharu) / KRAGOTH (Kota Bharu) | ANJURAN: KELANTAN METAL ARMY


INFORMASI:
facebook.com/kelantanmetalarmy
facebook.com/groups/kelantanmetalarmy

2016-01-22

31/01/2016 - WURUJU: MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (PULAU PINANG)

TARIKH: 31 JANUARI 2016 | LOKASI: SOUNDMAKER STUDIO, PULAU PINANG | MASA: 4PTG | TIKET: RM30 | BAND: WURUJU (Indonesia/Malaysia) / VIOLATOR / SARCOPHYNX / INFERNAL VOID / WAKEUPSLEEPING / EXOTHERMIX | ANJURAN: GERVKSILVNG PRODUCTION


INFORMASI:
facebook.com/wurujunusantara
facebook.com/Soundmakerstudio

BERKAITAN:
29/01/2016 - WURUJU: MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (MELAKA)
30/01/2016 - WURUJU: MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (KUALA LUMPUR)

30/01/2016 - WURUJU: MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (KUALA LUMPUR)

TARIKH: 30 JANUARI 2016 | LOKASI: SOUND X STUDIO, KAJANG | MASA: 4PTG | TIKET: RM30 | BAND: WURUJU (Indonesia/Malaysia) / NARATU / SARCOPHYNX / KREACION / AS I END / OXIDICIDE | ANJURAN: GERVKSILVNG PRODUCTION


INFORMASI:
facebook.com/wurujunusantara
facebook.com/Soundxstudio

BERKAITAN:
29/01/2016 - WURUJU: MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (MELAKA)
31/01/2016 - WURUJU: MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (PULAU PINANG)

29/01/2016 - WURUJU: MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (MELAKA)

TARIKH: 29 JANUARI 2016 | LOKASI: ADAM STUDIO, MELAKA | MASA: 8MLM | TIKET: RM15 | BAND: WURUJU (Indonesia/Malaysia) / MARADASUTMA / NIRRAJIM / EXOTHERMIX / KARRAK | ANJURAN: GERVKSILVNG PRODUCTION / ADAM STUDIO


INFORMASI:
facebook.com/wurujunusantara

BERKAITAN:
30/01/2016 - WURUJU: MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (KUALA LUMPUR)
31/01/2016 - WURUJU: MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (PULAU PINANG)

24/01/2016 - COMEBACK CHAOS

TARIKH: 24 JANUARI 2016 | LOKASI: PENVIA STUDIO, PJS5, TAMAN MEDAN, PETALING JAYA | MASA: 5PTG | TIKET: RM25 | BAND: NERVO CHAOS (Brazil) / MIDNIGHT CIGAR / PUNAHRANAH / OXIDICIDE / TERSSALAHH / FADED FACE | ANJURAN: GUDANG RECORDS


INFORMASI:
facebook.com/GudangRecords

IVVIIV - EP PERTAMA BAKAL DIRILISKAN!



IVVIIV yang berdiri atas maksud DEAD adalah band Black Metal terbaharu lahir di bumi Pahang! Nama mereka telahpun mula meniti di bibir penggemar seni muzik gelap kebelakangan ini setelah mereka muncul di beberapa siri gig. Bagi memperteguhkan keujudannya, IVVIIV kini di landasan untuk menerbit dan mengeluarkan EP sulung mereka diberi judul "Endless Morbidity". Nantikan!

INFORMASI:

2016-01-19

16/04/2016 - MUAR METAL FEST III

TARIKH: 16 APRIL 2016 | LOKASI: DEWAN PERSATUAN INDIA MUAR, JALAN SULAIMAN, MUAR, JOHOR | MASA: 2PTG | TIKET: RM30 | BAND: THE PILGRIMS / SIL KHANNAZ / KEMOLORG / CENTRAL DISPOSAL / FARASU / PUAKERYSM / MU-ARU / EXOTHERMIX / EYES POPPING OUT | ANJURAN: GAH PRODUCTION / KOMUNITI PEMUZIK MUAR



INFORMASI:
facebook.com/events/881443741972218
facebook.com/gerakanalamhitam
facebook.com/KomunitiPemuzikMuar
facebook.com/groups/104756799630185

02/04/2016 - METAL INVADER 2016

TARIKH: 2 APRIL 2016 | LOKASI: DUSTHALL STUDIO, SEBERANG JAYA, PERAI, PULAU PINANG | MASA: 2PTG | TIKET: RM25 [PRESALE RM20] | BAND: PSYCHOPATHY (Thailand) / TRAGICA / PURGE THE ARBITRATOR / FACE DOWN FALL / CRYO INFERNO / ESCAPE FROM ALCATRAZ / ENVEIL / MURDER / MAGNITIZDAT


INFORMASI:
facebook.com/studiodusthall

2016-01-12

BLOODY BAT PRODUCTION - BB004: IMPIOUS BLOOD - TEMPLE OF FLESH, PILLARS OF BONES [RE-ISSUE]


Rilisan asal "Temple of Flesh, Pillars of Bones" adalah dalam format CD-R bertarikh 9 Mei 2013 secara independen oleh pihak band IMPIOUS BLOOD. Material ini kemudiannya dirilis dua kali dalam format kaset oleh sebuah label tempatan NEXRO RECORDS sekitar tahun 2013 diikuti versi INFERNAL KOMMANDO RECORDS (label Peranchis) pada awal tahun 2015. Ekoran sambutan menggalakkan serta masih adanya permintaan, kini sebuah lagi label tempatan BLOODY BAT PRODUCTION diberi mandat untuk mengeluarkan semula satu-satunya demo dari IMPIOUS BLOOD tersebut.

Keluaran kali ini melalui BLOODY BAT PRODUCTION [Kat#: BB004] kembali kepada format asal iaitu CD-R dalam pakej kotak DVD. Bagaimanapun, pengeluaran semula oleh BLOODY BAT lebih istimewa! Ianya bukan sahaja menampilkan artwork baru sebagai penghias kulit hadapan tetapi lebih eksklusif ditambah sebuah lagu lain yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini (unreleased) sebagai bouns. Lagu tersebut, Void of Abominable Darkness pernah suatu ketika dahulu dirancang untuk satu projek split 7" tetapi tidak menjadi kenyataan. 

01. Intro
02. Thorns of Malice
03. Interlude
04. Impious Temple of Flesh & Bones
05. Outro
06. Void of Abominable Darkness (bonus/unreleased)


IMPIOUS BLOOD bukan calang-calang kualitinya! Projek one-man-band dari Kedah ini pembikin irama Black/Death Metal yang setanding dengan band-band ternama di negara luar. Edisi baru "Temple of Flesh, Pillars of Bones" ini sesuatu yang tiada lagi alasan untuk anda terlepas! Ianya terhad 75 unit sahaja dan setiap salinan disertai pelekat (logo band) percuma! CD-R ini telah mula diedarkan pada harga RM8 seunit. Hubungi bloodybatproduction@gmail.com atau laman facebook label tersebut sekarang!!!

INFORMASI:

BLOODY BAT PRODUCTION - BB003: SIAL / ABLASA - DEPRESSIVE OF BLACKHEART


Keluaran terbaharu BLOODY BAT PRODUCTION menemukan dua entiti Black Metal underground terkini tanahair yang sedang meningkat naik. Band-band yang dimaksudkan adalah SIAL dari Selangor yang mula dikenali namanya di bawah konsep ambient/depressive Black Metal dan juga ABLASA yang cukup berbisa dalam nuansa raw dan oriental Black Metal.

Produk berbentuk 2-way split CD-R ini diberi judul "Depressive of Blackheart" [Kat#: BB003] telahpun mula dipasarkan. Edarannya terhad 50 unit salinan sahaja dan berharga cuma RM8. Setiap band dalam split ini masing-masing menyumbangkan 3 buah lagu, sepertimana penyenaraian di bawah:


1. SIAL - Tangisan Monsun (instrumental)
2. SIAL - Tidak Selamanya Indah
3. SIAL - Ruang Gelap


4. ABLASA - Nar is Thee (fire-whispering)
5. ABLASA - Khomsah of Darkness (fire-breathing)
6. ABLASA - Mukhabbilat al-Jin (darkstrumental)

Berdasarkan rilisan-rilisan terdahulu, kedua-dua band ini memberikan kelainan dalam muzikal gelap ciptaan mereka. Bagi yang berminat dan mahu menyokong citarasa unik dari Black Metal tempatan, segeralah hubungi BLOODY BAT PRODUCTION di e-mel: bloodybatproduction@gmail.com atau laman facebook untuk dapatkan split "Depressive of Blackheart" ini.

INFORMASI:
facebook.com/BLOODYBATPROD
facebook.com/Sial.dbm
facebook.com/ablasaband

2016-01-11

16/01/2016 - NOISEFEST (CHARITY MUSIC SHOWCASE)

TARIKH: 16 JANUARI 2016 | LOKASI: SOUNDMAKER STUDIO, PULAU PINANG | MASA: 3PTG | TIKET: RM20 | BAND: DISSECTOMY / HELOISA / MELANKOLIK / PUAKERYSM / PREDICATE NOT DEFINED / ENVEIL / SILENT MIGRATION / MELAYU / FROST & REVENGE | ANJURAN: MUSIC FOR CHARITY (MSIA)


INFORMASI: 

KOMPGRAPHNER: SOROTAN VIDEO MAMAT FEST 02/01/2016


MAMAT FEST telah dilangsungkan dengan jayanya pada 2 Januari 2016 di Black Box Publika, solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Dihadiri lebihkurang 500 pengunjung, gig anjuran Mamat Records ini disertai oleh Mu-Aru, Sil Khannaz, Atomicdeath, Sicksociety, Taste (Jepun), Humiliation, The Pilgrims dan Langsuyr. Bagi yang tidak berpeluang menghadiri acara berprestij ini, tontonlah di sini sebahagian ekstrak persembahan dari setiap band | SEMUA HAKCIPTA VIDEO & EHSAN PENYIARAN OLEH LANGSUYRHD & KOMPGRAPHNER.

MU-ARU | Sumber: youtu.be/IybVHreca5M

SIL KHANNAZ | Sumber: youtu.be/vpMIvia7VdQ

ATOMICDEATH | Sumber: youtu.be/gA4iNrTsMMk

SICKSOCIETY | Sumber: youtu.be/tDuH8Hdv8zo

TASTE | Sumber: youtu.be/GR-WKP3kdFw

HUMILIATION | Sumber: youtu.be/ytLgO7y-diE

THE PILGRIMS | Sumber: youtu.be/_iXQHiwpFr0

LANGSUYR | Sumber: youtu.be/ppHR3LTzNq0

LANGSUYR | Sumber: youtu.be/XnzdVOtCmHA

LANGSUYR | Sumber: youtu.be/C_W2Q6sH96k

SUMBER & INFORMASI:
facebook.com/kompgraphner
youtube.com/user/LANGSUYRHD

BERKAITAN:
LIPUTAN: MAMAT FEST - PEMBUKA TIRAI & KELANGSUNGAN METAL 2016

THRASHIT - "Kaiser Of Evil" CD | FEBRUARI 2016


Thrash Metal mania, THRASHIT dijadualkan merilis album debut "Kaiser Of Evil" CD di bawah produksi WITCHES BREW (Jerman) sedikit masa lagi di bulan Februari 2016. Album ini nanti adalah susulan terbaik dari THRASHIT berikutan kejayaan rilisan terdahulu, "Neckbangers" EP 2014. "Kaiser Of Evil" dijangka memuatkan sejumlah 8 buah lagu berinspirasikan Teutonic Thrash 80-an! Dalam promosi WITCHES BREW ditulis:


"Vicious Thrash forged and tempered in Malaysia! Witches Brew proudly presents this debut full-length, containing 8 unrelenting tracks of raw, intense, early 80's inspired Teutonic Thrash! Following in the footsteps of the classic material from SODOM, KREATOR and DESTRUCTION this foursome pour in a good dose of Black, Punk and Speed into their molten mix! Add to that some absolutely ripping solos and you've got a dangerous Brew! Before listening, you'd better secure yourself a neckbrace! Highly recommended for fans of Teutonic Thrash, VENOM, old BATHORY, DESASTER and the like!"


Rilisan album THRASHIT ini pasti salah-satu produk yang dinanti-nanti penggemar irama Thrash seluruh negara! Dengarkan sampel lagu 'Kaiser Of Evil' [sepertimana di atas, di witchesbrewthrashes.bandcamp.com] yang pastinya mengundang keterujaan! Bersabar, ianya sedikit masa lagi. Jika mengikut jadual Witches Brew, ianya pada 26 Februari 2016.

INFORMASI:
facebook.com/ThrashiTNeckbangersOfficial
facebook.com/witchesbrewthrashes
witchesbrewthrashes.eu

TERDAHULU:
THRASHIT - "NECKBANGERS" EP 2014

28/02/2016 - THE GATHERING OF TERROR III

TARIKH: 28 FEBRUARI 2016 | LOKASI: K-CLUB, JALAN BAN HOCK, KUCHING, SARAWAK | MASA: 1PTG | TIKET: RM25 [PRESALE RM15] | BAND: TORCH / HEREAFTER / VELHALLA / MILITANT ATTACK / OBSELETE / DEAD SHOT / DIRE CROWN / FOXHOLE | ANJURAN: KUCHING METAL TERROR


INFORMASI:
facebook.com/Kuching-Metal-Terror-153168444742370
borneometalreligion.blogspot.com

20/02/2016 - ALL IN ONE

TARIKH: 20 FEBRUARI 2016 | LOKASI: EMBRACE HALL, JOHOR BAHRU | MASA: 4PTG | TIKET: RM30 | BAND: THE PILGRIMS / ERRORBRAIN (Indonesia) / KLUK KLUK ADVENTURE (KKA) / FADER (Singapura) / OSSUARY (Singapura) / EXPLICIT | ANJURAN: MUZIKBOX PRODUCTION


INFORMASI:
facebook.com/fadzilmuzikbox.terkutok

17/01/2016 - VOICE OF MISERY (PENANG BLACK FEST)

TARIKH: 17 JANUARI 2016 | LOKASI: SOUNDMAKER STUDIO, PULAU PINANG | MASA: 4PTH | TIKET: RM35 | BAND: INFERNAL CURSE (Argentina) / DARK NIRRAJIM / NOSFERIEL / ANTABOGA / BATTLE HYMN | ANJURAN: GERVKSILVNG PRODUCTION


INFORMASI:
facebook.com/Soundmakerstudio

2016-01-10

LIPUTAN: MAMAT FEST - PEMBUKA TIRAI & KELANGSUNGAN METAL 2016


MAMAT FEST adalah acara di mana saya kembali menjejakkan kaki di pelantar gig setelah setahun tidak kemana. Kali terakhir pada penghujung tahun 2014 pada acara Nebiula Production 20th Anniversary & Farewell Party di lokasi yang sama, Black Box Publika, Solaris Dutamas. Harsat menyaksikan Kuala Lumpur Thrashed pada 31 Oktober 2015 terbantut ekoran pembatalan saat akhir. Mamat Fest bertarikh 2 Januari 2016 ini acara julung kalinya dianjurkan sebuah label baru, Mamat Records disertai 8 buah band; Mu-Aru, Sil Khannaz, Atomicdeath, Sicksociety, Taste (Jepun), Humiliation, The Pilgrims dan Langsuyr.


Mamat Fest bermula tepat jam 3:30 petang. Pentas dihangatkan oleh Mu-Aru, unit Deathrash nusantara yang datang dari selatan, Bandar DiRaja Muar. Tidak seperti yang saya lihat sebelum ini, pada gig Budak Jahat II (17/05/2014 di Pennyland Studio, Petaling Jaya), Mu-Aru sudah berempat. Buang memberikan tumpuan sepenuhnya di posisi vokal sambil mainan bass yang digalasnya sebelum ini dipertanggungjawabkan kepada seorang pemuzik baru dalam Mu-Aru. Tahniah Mu-Aru kerana berpeluang berkongsi pentas dengan nama-nama besar dalam scene metal/underground tempatan. Rugi buat mereka yang masih leka bersembang dan berkeliaran di luar dewan sedangkan anda membayar penuh RM40 untuk menjadi saksi keseluruhan acara Mamat Fest sejak dari persembahan band pertama. Mu-Aru mengambil peluang ini seratus-peratus, memberikan segalanya; tiada erti segan-silu, penuh kegarangan dan energetik secukupnya. Set mereka dilengkapi dengan lagu-lagu dari demo “Evil Sadistic Mythology”, sebuah lagu baru dan tak ketinggalan cover mereka untuk Desaster.

Setlist Mu-Aru:
01. Returning Vengence
02. Time Will Come
03. Puaka Mythology
04. Curse Of Parit Kadir (lagu baru)
05. In A Winter Battle (Desaster)


Mengejutkan! Sil Khannaz muncul di giliran kedua. Ia tidak sepertimana acara-acara terdahulu di mana nama berpengaruh besar ini mengisi 2 atau 3 slot terakhir. Mungkin juga ini strategi berkesan untuk menarik perhatian crowd memasuki dewan lebih awal. Sil Khannaz seperti biasa, tiada kecacatan dan tak pernah mengecewakan tiap kali muncul di atas pentas. Jaie kali ini dengan gaya ala mendiang Lemmy Kilmister. Faktor usia bukan halangan buat sebuah band metal. Tenaga Sil Khannaz sentiasa muda sepertimana mereka 20 atau 30 tahun yang lalu. Pentas ini menjadi medan berterusan Sil Khannaz mempromosi EP terbaharu mereka “Thunder Roar” yang rilis sekitar September 2015 di bawah Mamat Records. Lagu-lagu baru (dari EP tersebut) memenuhi set Sil Khannaz; Stench Of The Fallen, Makar 6 dan semestinya Thunder Roar. Beberapa lagu lama dari album pertama dan kedua, antaranya termasuklah lagu berhantu Santapan Terakhir Raja Bersiong turut menjadi daya tarikan buat crowd terus head-banging dan menyanyi bersama. Jaie dan rakan-rakannya menutup set dengan satu tribute buat Motörhead, maka berkumandanglah Iron Fist menggamatkan suasana menyimpulkan betapa gemilangnya wirama Death Metal tempatan ini!


Menyusul, Atomicdeath antara aksi yang menjadi keutamaan untuk saya saksi pada petang bersejarah itu. Kekuatan Thrash/Crust Metal yang ada pada mereka ditambah pengalaman pernah menjajahi sebahagian benua Eropah beberapa ketika dahulu sangat saya hormati! Empat anak muda ini memang benar-benar berkuasa tinggi; 666% agresif dan energetik! Di lantai gig secara total panas dengan gelombang head-banging dan gelora warga metal meraikan persembahan Atomicdeath. Di puncak pentas, Faiz (vokal/bass), Kerry (gitar), Patto (gitar) dan Remmy (dram) tanpa kasihan meledakkan satu demi satu irama Crust Thrash buatan mereka. Suasana bagaikan diletus atom!! Set band ini dilengkapi lagu-lagu dari rilisan seperti “Missile Massacre” Cass.EP 2009, “Hellish Nuclear Destruction” split CD (bersama Bloodstone) 2011 dan “Re-Atomation” 7" EP 2014. Ada juga diselitkan sebuah lagu baru (yang difahamkan belum ada idea untuk judulnya) serta sebuah cover dari Driller Killer. Saya tiada kata, saya berada di hadapan dan di situ saya terpegun bangga melihat anak-anak muda ini mewarisi kecemerlangan muzik metal Malaysia. 

Setlist Atomicdeath:
01. Intro
02. Zero Tolerance
03. Hellbangers Nuclear Slaughter
04. Hell Reign on Earth
05. Forever Black Hell
06. From Out Of Nowhere (Driller Killer)
07. untitled (lagu baru)
08. Kombat Six Six Six


Sicksociety kemudiannya mengambil alih ruang pentas. Ini satu lagi band yang perlu saya tonton pada hari tersebut. Sudah terlalu banyak tahun saya tidak menyaksikan persembahan Sicksociety. Kali terakhir di acara Ekstrim Terrorism, Kota Bharu sekitar 2009 jika tidak silap. Hari ini, rasanya hanya Adib (vokalis) yang tinggal sebagai anggota asal. Sicksociety yang ada pada hari ini lebih dewasa, lebih merbahaya!! Sicksociety sentiasa ada dalam pertimbangan saya bahawa mereka adalah pencetus fenomena Brutal Death Metal di bumi Malaysia. Di pentas mereka bagaikan sang maharaja buas! Situasi bunyi berat dan padat menyelubungi segenap sudut dewan. Pesta moshing, head-banging dan slamming menghiasi lantaian gig yang kian dibasahi titik-peluh pengunjung. Suhu persekitaran naik mendadak! Nasiblah Adib selangi lagu demi lagu tujahan band ini dengan sepatah dua kata interaksi bersama crowd demi sedikit ruang bernafas untuk semua yang berada di dewan. Set dipenuhi dengan lagu-lagu baru Sicksociety yang dijadualkan merilis album debut bersama Grundar Production. Kelibat Wira Rastara (dari band Savagely Tortured dan Bunuhdiri) ketika disampaikan lagu cover dari Devourment turut mengundang kegilaan maksima penampilan Sicksociety di Mamat Fest ini. 

Setlist Sicksociety:
01. Intro
02. Purification Of Parallel
03. Kiblat Kiri
04. Impulsive Dismemberment
05. Babykiller (Devourment)
06. Arch Angelical Autopsy


Sejujurnya saya tidak pernah mendengar nama Taste sebelum ini. Terima kasih Mamat Fest kerana memperkenalkan nama ini kepada saya. Terima kasih juga buat sahabat lama saya Yutaka Kimura dari Bloodbath Records yang membawa band asal Sendai, Jepun ini ke Malaysia. Kajian saya di metal-archives.com mendapati Taste bukanlah band baru. Mereka ditubuhkan pada 1997 dan telah menghasilkan 3 full-length: “Desolation of Spirit” (2002), “Division Increase Extermination” (2006) dan “Retaliation of Discomfort Organisms” (2012). Juga atas dasar pengalaman baru bersama Taste, saya sama-sekali tidak familiar dengan lagu-lagu yang dimainkan. Petang itu, dua kali juga saya terpedaya ingatkan Takashi Harima (vokal/bass) dan teman-teman sekumpulannya telahpun memulakan persembahan, rupanya mereka sekadar menguji dan mencari sound yang mereka mahukan. Aksi sebenar Taste dimulai dengan satu intro seakan alunan tradisional orang Jepun. Tanpa lengah, Taste terus menghukum, membedal dan merobek pentas dengan Death Metal maha ganas dan maha berat buatan mereka. Mamat Fest dijadikan platform terbaik mereka mempromosi rilisan Split CD bersama dewa perang Death Metal tempatan, Humiliation yang mana secara rasmi diriliskan pada hari tersebut, keluaran Bloodbath Records. Taste menyempurnakan aksi dengan jayanya, mengakhiri sessi petang tatkala remang senja menghiasi wajah di luar dewan. Mamat Fest direhatkan seketika untuk aktiviti kesegaran dan solat Maghrib.


Sessi kedua, sebelah malam seawal jam 8:00 malam disambung oleh kemunculan Humiliation. Band ini saya percaya antara aksi yang paling dinanti ramai. Benar, penampilan Humiliation tidak pernah gagal. Mereka cukup unggul di pentas, baik dari segi lagu-lagunya mahupun penyampaian mereka secara live. Kredibiliti dan intergriti Humiliation di sebalik nuansa old-school Military Death Metal mereka tidak pernah berubah malah kian menyerlah biarpun telah bertukar ganti anggota baru kali ini. Ketika Humiliation kelihatan begitu perkasa menguasai pentas, di bawah berhadapan mereka, crowd seakan hilang segala sifat sopan; maka di sana-sini berombak-ombaklah pesta head-banging dan jerit-pekik mereka merayakan penuh puas set Humiliation. Aksi di malam yang masih muda itu bukan sahaja sebahagian promosi pengeluaran Split CD mereka bersama Taste, malah ini pemanas badan buat Humiliation yang bakal kembali menjelajahi bumi Jepun tidak berapa lama lagi.

Setlist Humiliation:
01. Into The Truth And The Battle
02. Operation Python
03. Death Order
04. Liberated Area
05. Restless Fight
06. Warpath
07. Counter Offensive
08. With One Objective
09. Towards A Target
10. Battlefield


The Pilgrims kembali ke pentas dengan satu objektif. Mereka mahu crowd tahu bahawa The Pilgrims kali ini lebih thrash!! Muzik mereka tidak lagi punk-rock semata-mata tetapi lebih keras, padu dan menghentam! The Pilgrims mahu memberitahu semua bahawa mereka kembali kepada asal-usul mereka, ketika mereka bernama Hijrah yang lahir dengan demo “Pilgrimage To Nowhere” di tahun 1990 dahulu. Ini dibuktikan dalam rilisan album “Achtung! Riders” yang dikeluarkan kira-kira sebulan lebih awal dari tarikh berlangsungnya Mamat Fest. Maka itu tidak hairanlah pengisian The Pilgrims kali ini dibarisi lagu-lagu baru dari album tersebut. Pada pemerhatian saya, persembahan The Pilgrims bukanlah hambar, cuma crowd yang kurang responsif, mungkin tidak biasa dengan irama terkini dendangan mereka. Jaie (Sil Khannaz) dijemput naik untuk bersama dalam lagu pembukaan, Buka Panggung. Majlis Tari Menari, Bunohan, Kota Pincang dan sudah tentu Achtung Riders antara yang turut disampaikan. Pada satu ketika saya kagum dengan kegilaan dan kehebatan lagu Tayar Golek. Bob (vokal) seperti biasa penuh aura satira-nya. Kombat pula mengambil peluang memperjelaskan maksud “Achtung! Riders”. Kalau dalam ertikata piawai, ia bermakna “Awas! Penunggang Motosikal” atau dalam bahasa mudah, “weiii, mat motor tuuu!!”. Proses menghayati dan memahami lagu-lagu baru diakhiri oleh satu langkah bijak The Pilgrims bilamana mereka memperdengarkan lagu klasik Sua Sue Good Morning membuatkan crowd kembali ceria dan bergembira.


Langsuyr tampil di pentas sebagai band terakhir membuat persembahan. Saya kira mereka adalah headline untuk acara Mamat Fest ini. Lebih-lebih lagi tarikh ini 2 Januari 2016 sejarah baru dalam kronologi karier Langsuyr – tarikh di mana EP terbaharu “Bantaigram” (keluaran Mamat Records) dilancarkan secara rasmi. Ketidakhadiran pemain bass dalam persembahan Langsuyr kali ini bukanlah satu perkara besar yang boleh merencatkan penyampaian menyeluruh band berprestij ini. Langsuyr tetap menyengat dan berbisa di persada pentas. Apatah lagi senarai lagu yang dimainkan merangkumi kesemua rilisan-rilisan mereka; dari demo “Occultus Mysticism”, “The Eastern Cruelty” EP, album “Asyik” hinggalah ke EP terbaharu mereka yang saya sebutkan tadi. Aksi dan reaksi Azlan (vokalis) terus kekal dalam kaedah penyampaiannya yang unik dan tersendiri; gaya “sasau” dan “menggila” yang telahpun dicop mohor sebagai “trademark” identiti Azlan. Para crowd di bawah yang memang pun telah arif dengan lagu-lagu Langsuyr terus-menerus meluahkan ekspresi masing-masing; berdansa, menghangguk dan menghayunkan kepada tanpa henti tanda sokongan terhadap semua lagu-lagu mainan Langsuyr. Gema lelagu seperti Mata Ayer, My Oath For Thee dan In The Name Of Sil Khannas mengisi kepuasan semua yang hadir. Malam juga satu introduksi terbaik kepada “Bantaigram”. Sunut menutup acara Mamat Fest tatkala jarum menghampiri jam 11 malam. Hail Langsuyr!!!

Setlist Langsuyr:
01. Occultus Mysticism
02. Mata Ayer
03. Malam
04. My Oath For Thee
05. In The Name Of Sil Khannas
06. Sunut

Mamat Fest telahpun berlangsung dengan sempurna dan penuh jaya. Tahniah buat Mamat Records walaupun ini kali pertama sebuah acara berskala sederhana dianjurkan di bawah nama label baru tersebut. Biarpun ada yang berpendapat Mamat Fest sekadar kesinambungan legasi yang ditinggalkan Nebiula Production, tetapi pada saya, Mamat Records memiliki wadah tersendiri dalam membentuk kelangsungan scene metal/underground tanahair. Di Mamat Fest ini cukup jelas kelihatan himpunan generasi baru dan muka lama bersatu berkongsi satu pentas. Mamat Fest/Records telah letakkan satu tanda aras baru kelangsungan muzik metal tempatan yang pastinya mencetuskan impak kekuatan dan kecemerlangan Metal Malaysia sepanjang tahun baru 2016 ini; baik dari segi rilisan mahupun acara-acara gig & konsert. Mamat Fest/Records benar-benar membuktikan mereka teguh dan utuh di sebalik jenama Mamat itu sendiri – Muzik Arus Metal Anak Tempatan. Terima kasih.

Teks dan Foto oleh: Pyan Nathias 10/01/2016

BERKAITAN:

2016-01-07

VARMT STÅL RECORDS - VSR003: ANTABOGA - Suanggi



Produk: ANTABOGA - Suanggi | Kat#: VSR003 | Format: Pro-Tape | Deskripsi: "Suanggi" pada asasnya adalah himpunan dua album awal ANTABOGA dalam satu kaset; "Mayang Mistik" (2013) dan "Mayang Mistik II (Semayam Sihir)" (2014). Re-produksi kedua-dua album tersebut dalam "Suanggi" adalah bersempena keraian 5 tahun keujudan ANTABOGA (2011-2015) yang berdiri gah bersama muzik Black Metal mistikal mereka! "Suanggi" mengambil sempena nama ilmu hitam yang digeruni di dalam kelompok ilmu sihir nusantara! | Rilis: 25 Disember 2015 | Kuantiti: Terhad 100 unit salinan sahaja! | Harga: RM13 [tidak termasuk kos pengeposan]


INFORMASI:
facebook.com/varmtasshit
varmtstal.bandcamp.com
facebook.com/ilmuHitam666

VARMT STÅL RECORDS - VSR002: RASPATUL - Devil in Renewed Birth



Produk: RASPATUL - Devil in Renewed Birth | Kat#: VSR002 | Format: Pro-Tape | Deskripsi: RASPATUL adalah unit Death Thrash dari Singapura. "Devil in Renewed Birth" pada asalnya dirilis dalam format CD pada Jun 2007 oleh Obskure Sombre Records (Kanada). Rilisan semula oleh Varmt Stål dalam format kaset memuatkan kesemua 8 buah lagu dari versi asal disertai beberapa buah lagu bonus "terdahulu-tidak-pernah-dikeluarkan" eksklusif untuk rilisan kaset ini. Kesemua lagu adalah mastered oleh James Murphy di SafeHouse, Florida | Rilis: 25 Disember 2015 | Kuantiti: Terhad 100 unit salinan sahaja! | Harga: RM13 [tidak termasuk kos pengeposan]


INFORMASI:
facebook.com/varmtasshit
varmtstal.bandcamp.com
facebook.com/Raspatul-174795735892459

INHUMAN - MERCHANDISE: EP T-SHIRT & LOGO CAP


Official T-Shirt: Gildan Premium / Discharge Ink / Saiz S, M, L, XL, 2XL, 3XL / RM50 termasuk pengeposan ke Semenanjung & Borneo | Official Cap: Logo Jahitan Sulam / RM25 termasuk pengeposan ke Semenanjung & Borneo | Pre-order dibuka sehingga 15/01/2016. Tiada ulang cetak. Cetakan hanya akan dibuat selepas tarikh tutup | Tawaran Istimewa: Untuk yang memesan sekaligus t-shirt & cap, diskaun diberikan: RM65 termasuk pos! | Kemukakan tempahan kepada:
Fen Malique - facebook.com/maffendy3

INFORMASI:

2016-01-05

26/03/2016 - GRUNDAR DEATH FEST #4 (2016)

TARIKH: 26 MAC 2016 | LOKASI: EMBRACE HALL, TAMPOI UTAMA, JOHOR BAHRU | MASA: 3PTG | TIKET: RM30 | BAND: HUMILIATION / SICKSOCIETY / SAVAGELY TORTURED / PURGE THE ARBITRATOR / SUFFER REMAIN / EYES POPPING OUT / MU-ARU / BLOODY SITUATIONS / FLAYING THE FLESH | ANJURAN: GRUNDAR PRODUCTION




INFORMASI:
facebook.com/events/1542944989329802
facebook.com/grundardeathfest
grundardeathfest.weebly.com
facebook.com/grundarproduction

2016-01-04

16/01/2016 - WITCHING HOUR II

TARIKH: 16 JANUARI 2016 | LOKASI: PENVIA STUDIO, PETALING JAYA | MASA: 4PTG | TIKET: RM25 | BAND: INFERNAL CURSE (Argentina) / INSINNER / SUCCUBUS / CORONATION / BATTLE HYMN / VI.V.I.VI (DEAD) / AL AZAZHIL | ANJURAN: NECROMANTIK PRODUCTIONS


INFORMASI:

LANGSUYR - BANTAIGRAM



Selepas “Asyik” dikeluarkan pada tahun 2006, LANGSUYR hanya sekali-sekala muncul di pentas (sedikit kerap sekitar 2011-2013), sesekali juga memuat-naik prebiu lagu baru tanpa rancangan yang kukuh tentang pengeluaran apa-apa rilisan. Pernah dahulu terdengar adanya rakaman album kedua “Bullet” (sekitar 2007) namun tergendala dan tertunda hingga kini. LANGSUYR tidak pernah hilang dari tagihan ramai penggemar muzik metal tempatan agar ada satu keluaran baru dari mereka. Nama ini telah cukup gah semenjak demo “Occultus Mysticism” lagi.

Keujudan label baru, Mamat Records rupanya bukan sekadar mahu menaik-taraf rilisan cult “The Eastern Cruelty” kepada format piringhitam 12" yang rilis tahun lalu, September 2015. Setelah 10 tahun dibuai keasyikan “Asyik”, LANGSUYR menerusi komitmen Mamat Records telah mengeluarkan material baharu mereka, sebuah EP bermuatan 4 buah lagu. EP ini [Kat#: MAT005-2M] direalisasikan dalam dua format sekaligus; cakera padat dan juga kaset.

Senarai lagu:
1. Malam – 3:23
2. Ini Jalanku – 4:20
3. Bantaigram – 5:11
4. Tunjuk Perasaan – 4:50


Dapatkan segera buahtangan terbaru LANGSUYR ini. Ia bukan sahaja menyajikan bahan yang bakal mengimbau kenangan pendengar ke atas rilisan-rilisan terdahulu mereka, tetapi juga mengubat rindu anda terhadap band yang kini terdiri daripada Azlan (vokal), Adjheez (dram), Azmaniac (gitar), Minami (bass) dan Azrym (gitar). EP yang sedang hangat di pasaran ini baru sahaja dilancarkan edarannya pada 2 Januari 2016 semasa LANGSUYR beraksi di pentas acara Mamat Fest, di Black Box, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Harga seunit CD adalah RM20 dan kaset RM15 (tidak termasuk kos penghantaran pos).


Ingat kata keramat ini: “Muzik Metal Bukan Setan.. Yang Menyetankan Muzik Itu Adalah Kamu.. Manusia!!”.

INFORMASI:
facebook.com/langsuyr
twitter.com/langsuyrband
facebook.com/MAMAT-Records-663147283827614

09/01/2016 - ATHOTORGH: RETURN TO KINGS OF THRASH


TARIKH: 9 JANUARI 2016 | LOKASI: INSIDER SATELLITE, IPOH | MASA: 8MLM | TIKET: RM20 | BAND: ATHOTORGH / SCUM / NONSERVIAM | ANJURAN: PUCKYEOPALLSTAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...