2015-01-20

ROCK IN KEDAH - OFFICIAL T-SHIRT


Sempena berlangsung ROCK IN KEDAH pada 24 Januari 2015 di Shamim Studio, Taman Mergong, Alor Setar, pihak MAGENTA SCREEN PRINTING / KHAOS METALWEAR telah mengeluarkan t-shirt rasmi acara tersebut. 

Kod: KMW 0007
Khaos MetalWear Official "Rock In Kedah" t-shirt
- Harga: RM40
- Tag: Gildan Premium
- Size: XS / S / M / L / XL / XXL / XXXL

Untuk pembelian, sila bayar di akaun Maybank 562357114644 (Magenta Screen Printing) dan hubungi Nahax Ov Farasu untuk kemukakan perincian nama, alamat serta saiz yang dipilih.

INFORMASI:
facebook.com/magentascreen
facebook.com/khaosmetalwear

2015-01-16

GATES OF METAL RECORDS: TEMPAHAN UNTUK SIL KHANNAZ "GERBANG KAYANGAN" LP DIBUKA



GATES OF METAL RECORDS yang bertanggungjawab dalam pengeluaran dan pemasaran SIL KHANNAZ Gerbang Kayangan 12" LP mengumumkan tempahan untuk memiliki rilisan eksklusif ini mula dibuka! Sila hubungi Mamat Rec (Gates Of Metal Records) untuk tempahan anda! LP dikeluarkan dalam 4 warna piring untuk anda buat pilihan; putih, kuning, merah dan hitam. Stok terhad 300 unit sahaja! Setiap pembelian turut menerima poster bersaiz A3. 

INFORMASI:
facebook.com/mamat.rec.1
facebook.com/pages/Sil-Khannaz/44886560846

2015-01-01

BAKAL TIBA: SIL KHANNAZ - GERBANG KAYANGAN LP



Berita baik buat seluruh warga metal tempatan di awal tahun 2015, khususnya untuk penyokong setia SIL KHANNAZ. Bakal terhasil dari pakatan kerjasama SIL KHANNAZ MANAGEMENT dan sebuah label baru GATES OF METAL RECORDS maka dijadualkan album kedua "Gerbang Kayangan" (Nebiula Production, 1997) rilis dalam format multi-coloured 12” vinyl LP terhad 300 salinan sahaja. Jangkaan pengeluaran adalah pada Februari / Mac 2015. Sediakan keperluan wang anda!

INFORMASI:
facebook.com/pages/Sil-Khannaz/44886560846
facebook.com/mamat.rec.1

VIDEO MUZIK: HEGYRA - UNTIL THE END


Band: HEGYRA | Lagu: Until The End | Album: Reenactment (EP 2015) | Deskripsi: Melodic Death Metal asal Perlis Indera Khayangan ini memulakan langkahan 2015 mereka dengan sebuah rakaman muzik video di mana HEGYRA mempersembahkan sebuah lagu baru yang dikatakan bakal termuat dalam rilisan mereka akan datang – “Reenactment” EP 2015 / Arahan: Reno Fuzni / Penggambaran: Cinta2Shoot [facebook.com/Cinta2Shoot] / Suntingan: Kehcik (Cinta2Shoot) / Jurutera Bunyi: Ardy (NARATU) / Videografi: Kechik, Petai, Shazrel & Farah (Cinta2Shoot) | Sumber: youtu.be/_lAY4sN-eRw [diterbitkan pada 1 Januari 2015] | Informasi: facebook.com/hegyra
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...