2015-10-06

JUGRA - ALBUM PERTAMA "Jugra" DIRILISKAN

JUGRA yang telah diasaskan pada lewat tahun 2012 akhirnya tampil dengan sebuah album penuh pertama setelah sebelumnya merilis dua promo, beberapa split dan sebuah EP. Menggunakan nama sendiri "Jugra" sebagai judul, album bermuatan 8 buah lagu ini diterbitkan dan dikeluarkan pada 21 September 2015 melalui WINTER SOLACE PRODUCTIONS, sebuah label yang berpengkalan di Amerika Syarikat dalam dua format; Pro-CD [terhad 300 keping - Kat#: SolaceCD009] dan Pro-Tape [terhad 200 keping - Kat#: Solace187] khususnya untuk pasaran rasmi dan antarabangsa.

Judul-judul lagu:
01. Daulat Jugra
02. Darah & Maruah
03. Kebangkitan Bangsa
04. Bangkit Malaya...
05. ...Dan Rampas Kembali Kedaulatan Kita
06. Patriotik Metal
07. Sumpah Anak Watan
08. K.M.M.

Difahamkan, lagu-lagu untuk album "Jugra" telah dirakamkan di Mayhem Studios, Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh, Selangor pada bulan Mac - Jun 2013 oleh JUGRA yang terdiri daripada Daeng Andika (gitar, vokal, gamelan), Daeng Kepalang (bass, vokal) dan Daeng Lumania (dram). Keujudan dan pergerakan JUGRA mungkin agak kontroversi di pandangan segelintir pihak namun muzik mereka perlu diberi perhatian kerana JUGRA berfungsi atas nama Patriotik Metal.


Jugra play “Patriotik Metal” and they do it better then most of their European counterparts. This album is probably the first Malaysian black metal album to get a worldwide release in several years and is the best album to ever come from that country. Black Metal with a real influence from Death and 80's metal that hails back to the real N.W.O.B.H.M roots of the genre when heart and spirit got you deal rather then marketing gimmicks, cheap collectors items or other such things. This album, unlike a vast majority of right wing black metal albums was also recorded and mastered in actual recording studio with a focus on making a good sounding product. - Winter Solace Productions


Album "Jugra" kini boleh diperolehi dari pihak JUGRA di mana pesanan boleh dibuat terus di laman rasmi facebook mereka dan juga samada Daeng Andika atau Helqarl Aratron. Urusan juga boleh dilaksana melalui e-mel: antichristwar666@yahoo.com mahupun telefon: 011-32048592. Berikut disenaraikan maklumat harga dan urusan jual-beli album berkenaan (dagangan juga dialu-alukan).

JUGRA - Jugra (Pro-CD)
RM 20.00 (pembelian tangan)
RM 25.00 (poslaju ke Semenanjung)
RM 30.00 (Poslaju ke Sabah & Sarawak)
RM 40.00 (Pos berdaftar ke Singapura, Filipina, Indonesia & Brunei)

JUGRA - Jugra (Pro-Tape)
RM 15.00 (pembelian tangan)
RM 20.00 (poslaju ke Semenanjung)
RM 25.00 (Poslaju ke Sabah & Sarawak)
RM 30.00 (Pos berdaftar ke Singapura, Filipina, Indonesia & Brunei)

INFORMASI:

Nota: Untuk pasaran antarabangsa; Eropah, Australia, Kanada & Amerika sila hubungi WINTER SOLACE PRODUCTIONS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...