2014-12-30

INSULTOR - DEMONIC SESSION (DEMO 2014)


INSULTOR terbentuk sekitar tahun 2007 dan pertama kali diketengahkan dalam satu rilisan 4-way split "For Lust..." (bersama ELEKTRON, DWELLERS dan UNBLESS, keluaran ASTRAL LORE PRODUCTIONS) berbekalkan sebuah lagu 'Demon Prevails'. Setahun kemudian, INSULTOR atas kerjasama Astral Lore Productions telah mengeluarkan "Ritual Damnator" Demo 2008. INSULTOR sebenarnya telah wujud lebih awal di mana mereka menggunakan nama IMPERIA.

Pada penghujung tahun 2014, INSULTOR kembali bangkit di mana mereka melahirkan sebuah demo berformatkan pro-tape melalui label NEBULOUS BLACK TYRANT. Demo tersebut berjdul "Demonic Session" memuatkan 3 lagu rakaman terbaharu INSULTOR, dirakam secara live sekitar November 2014. Turut termuat dalam kaset ini 3 buah lagi lagu yang dikutip dari rakaman atau rilisan mereka yang terdahulu. Berikut adalah senarai lengkap lagu-lagu yang ditampilkan dalam "Demonic Session".

SIDE A
1. Vengeance
2. Wolf Of Hatred
3. Black Seed

SIDE B
4. Demon Prevails*
5. Satanic Blood*
6. Rise**

*Diambil dari Ritual Damnator (Demo 2008)
**Diambil dari Eastern Massacre Compilation


INSULTOR - "Demonic Session" (Demo 2014) dikeluarkan terhad 66 salinan sahaja dan beredar pada harga RM10 (tidak termasuk kos pengeposan). Anda di luar sana harus segera mendapatkan demo ini dan alami sendiri kekejaman Black Metal buatan band yang kini terdiri daripada Axxecutor (gitar), Hatred (vokal), Thy Beast (bass) dan Zekyuntur (dram). Hubungi: Hashim Insultor.

Nota: Demo-Tape ini mula beredar secara rasmi pada tarikh 27 Disember 2014 bilamana INSULTOR beraksi sebagai band pembukaan di acara Nebiula Production 20th Anniversary Party di Blackbox, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

LAKHUSISTIC - UPACARA PEMUJAAN (DEMO 2014)


LAKHUSISTIC adalah nama baru yang muncul dalam scene metal underground tempatan pada penghujung tahun 2014. Beraliran Ritualistic Black Metal, LAKHUSISTIC telah melancarkan materi sulung mereka "Upacara Pemujaan" Demo 2014 pada 28 Disember 2014 di mana mereka tampil buat kali pertama di atas pentas dalam acara KL BLACK FEST 2014 berlangsung di Alt HQ Fahrenheit 88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


"Upacara Pemujaan" mengandungi 4 buah lagu yang dikatakan menampilkan kualiti rakaman 'raw' bagi menampakkan lagi arah halatuju muzikal bawaan LAKHUSISTIC. Demo CDR ini dikeluarkan hanya terhad kepada 50 salinan sahaja dan dijual pada harga cuma RM5 edaran di tangan atau RM10 melalui pos. Hubungi: Akhiroth Ov Heyrold (vokalis LAKHUSISTIC).

2014-12-24

PHENOMISTIK - PRA-PESANAN "AS-SAHAR" DIBUKA!


Nama PHENOMISTIK kedengaran janggal namun anggotanya bukanlah dari kalangan mereka yang ganjil di telinga anda; One Barchiel dan Akhzareth. Mereka adalah bekas anggota AS SAHAR yang sepakat menubuhkan PHENOMISTIK demi mengembalikan ingatan dan pendengaran kepada format asal bunyi dan muzik band lagenda Eastern-Oriental Extreme Metal tersebut. Ujudnya PHENOMISTIK bakal mengubat kerinduan para peminat terhadap landasan dan aura sebenar alunan mistikal nusantara yang pernah anda nikmati dari rilisan-rilisan awal AS SAHAR; "Meditation Embun Pagi" dan "Phenomistik" terutamanya.


Di bawah nama PHENOMISTIK, One Barchiel yang kini lebih dikenali sebagai Wan As-Sahar (vokal/gitar/bass) dan Akhzareth (dram) dijadualkan merilis sebuah mini album berjudul "As-Sahar" melalui MARINERS MUSIC (Singapura). "As-Sahar" disediakan dalam format Digipak Pro-CD dijangka berada di pasaran pada Januari 2015 dalam kuantiti pengeluaran yang agak terhad. Pra-pesanan atau tempahan awal untuk mendapatkan mini album ini telahpun dibuka difahamkan sehingga 2 Januari 2015. Harga: RM30 (Semenanjung) / RM35 (Sabah/Sarawak).


Kemukakan pesanan anda kepada terus kepada Wan As-Sahar di WhatsApp +6596182633 atau di facebook.com/wan.assahar. PHENOMISTIK "As-Sahar" MCD juga boleh diperolehi dari wakil-wakil edaran; OLDGOATCORPSE PRODUCTIONS, SETH RECORDS / METALWARPAGE MAGAZINE dan EASTERN VOICE PRODUCTION

INFORMASI:

FROM POP TO METAL FESTIVAL 3

TARIKH: 3 & 4 JANUARI 2015 | LOKASI: INSIDER SPACE, KOMPLEKS MALURI, CHERAS | MASA: 2PTG | TIKET: RM20 UNTUK 1 HARI / RM30 UNTUK 2 HARI | BAND: SEPERTI SENARAI DI BAWAH | ANJURAN: INSIDER SPACE


HARI 1: 03/01/2015 (SABTU)
ZIP ZIELLER / MODESCAPE / AOT / MADDAME / POPKONSPIRASY / KARRAK / BELACAK / KOLBENFAUST / RUMPLESKIN / SILENT'DRA / 66ROADS / OAG (penampilan istimewa)

HARI 2: 04/01/2015 (AHAD)
MELAYU / Y2K / ARTEFACTS / NERVEDLESS / UPON ARRIVAL / MTA / PUAKERYSM / DAMAGE / JALAN SEHALA / LOST CONTROL / FORBID TRACTION / MIND MUTILATION / MODREAD

INFORMASI:

VIDEO MUZIK: OXIDICIDE - KERA JAHANAM



Band: Oxidicide | Lagu: Kera Jahanam | Genre: Thrash Metal | Arahan: Miji | Rakaman: Miji / Mior / Firdaus | Suntingan (Video & Bunyi): Firdaus | Penerbit: tupaitv | Tarikh Terbitan: 13/08/2012


INFORMASI:
facebook.com/Oxidicide

BLAZT PROMOTION: SIAL "ABADI" PROMO 2014


SIAL menutup pengkaryaan mereka bagi tahun 2014 ini sebuah sebuah rilisan Promo CD-R berjudul "Abadi" diterbitkan dan dipasarkan secara rasmi pada 15 Disember 2014 di bawah kendalian BLAZT PROMOTION [Kat#: B1403] terhad kepada 33 salinan sahaja! Melalui rilisan promo "Abadi" ini, SIAL yang berkonsepkan muzik Depressive / Ambient Black Metal mengetengahkan 3 buah lagu baru yang belum pernah dikeluarkan dalam mana-mana rilisan sebelum ini. Senarai lagu adalah sebagaimana berikut: 

01. Masanya Sudah Tiba – 4:08
02. Abadi – 4:24
03. Freezing Moon (Mayhem cover) – 2:22


SIAL ditubuhkan pada penghujung 2013 oleh Nyawa (vokal) dan Misteri (instrumen). Di peringkat awal, duo ini memainkan muzikal Minimal Noise Black Metal yang kedengaran mentah dan kotor di samping elemen depresif. Pada tempoh ini mereka merilis promo pertama "Mati" dan kesinambungannya sebuah demo "Mati II". SIAL kemudiannya diperkuatkan oleh kehadiran Jiwa pada pertengahan 2014, bergerak secara trio dan merilis "Nyawa" EP 2014 dan kontribusi dalam kompilasi The Death Of Analog Psycho Part 2. Misteri kemudiannya mengendurkan penglibatannya akibat halangan masa dan komitmen lain namun SIAL terus berkembang sebagai sebuah unit Depressive / Ambient Black Metal melalui keanggotaan Nyawa (vokal) dan Jiwa (instrumen). Rilisan-rilisan terbaharu antaranya "Pengukir Nada Dari Makam" (split) dan "Kebahagiaan Selepas Mati" (split) seakan momentum titik mula evolusi SIAL dalam genre Dark Ambient / Depressive Black Metal. 


Setiap pembelian CD-R single "Abadi" ini akan turut diberikan helaian informasi (berbahasa Inggeris) memuatkan biografi dan diskografi (setakat Disember 2014) band SIAL. Dapatkan "Abadi" yang dipasarkan pada harga hanya RM5 (edaran tangan) atau pesanan mel (melalui poslaju) sila tambahkan RM6 (Semenanjung) / RM9 (Sabah/Sarawak). Berminat? Pesan di: facebook.com/blaztpromotion.

INFORMASI:

DELUSI - "INFINITI" SINGLE 2014


"Infiniti" pada dasarnya adalah keluaran fizikal single kedua dari projek Dark Ambient tempatan DELUSI bagi tahun 2014 susulan kepada rilisan single pertama "Fatamorgana" sekitar bulan Jun lalu. Motif pengeluaran single ini adalah strategi promosi dan introduksi DELUSI di mana Single CD-R ini diedarkan secara PERCUMA, diberikan terutamanya kepada pembeli-pembeli produk lain dari DELUSI atau FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION. Selain daripada lagu berjudul Infiniti itu sendiri, single ini turut menyelitkan lagu Nostalgia, sebuah saduran lagu asal NOCTURNAL DEPRESSION.


Dikeluarkan pada 5 Disember 2014, DELUSI "Infiniti" Single CD-R 2014 dikeluarkan terhad 11 salinan oleh FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION [Kat#: DF.005]. Segera hubungi delusiproject@gmail.com atau facebook.com/delusiproject sebelum kehabisan stok!


DELUSI adalah sebuah projek muzikal Dark Ambient diasas dan dilaksana secara sendirian oleh Jiwa (semua gubahan dan rakaman) semenjak April/Mei 2014. Runut bunyi kelam, suram dan muram karya DELUSI terhasil dari inspirasi band/projek seperti BURZUM, MORTIIS, LUSTMORD, NEPTUNE TOWERS, AGHAST, NOX ARCANA dan seumpamanya. Tema/mesej DELUSI adalah misteri 4 unsur alam; tanah, air, api dan angin serta sisi gelap manusiawi terutamanya perihal kebuntuan, kemurungan dan keterasingan dalam hidup dan mati.

INFORMASI:
delusiofficial.blogspot.com
facebook.com/delusiproject
delusiproject.bandcamp.com
youtube.com/user/delusiproject

DELUSI / SATURN FORM ESSENCE - "BIMASAKTI" SPLIT 2014


Irama kelam karya DELUSI mula diperkembangkan ke benua Eropah bilamana projek solo galasan Jiwa (semua gubahan dan rakaman) bersatu dalam rilisan berkembar Split CD-R berjudul "Bimasakti" bersama SATURN FORM ESSENCE, sebuah projek Space Drone/Ambient dari Rivne, Ukraine. SATURN FORM ESSENCE dikendalikan oleh Sergiy Fjordsson, individu yang juga di sebalik band Depressive Suicidal Black Metal ternama, MOLOCH.

"Bimasakti" yang bertemakan misteri angkasaraya dan galaksi memuatkan 6 buah lagu (4 dari DELUSI dan 2 dari SATURN FORM ESSENCE) di mana durasi keseluruhan split ini adalah sekitar 75 minit. Berikut adalah senarai lagu yang ditampilkan:

DELUSI
1. Kejora - 6:51
2. Bimasakti - 8:33
3. Nur - 6:23
4. Kabur - 9:21
SATURN FORM ESSENCE
5. Vibrations of Solar System - 25:36
6. Sirius - 17:37


DELUSI / SATURN FORM ESSENCE "Bimasakti" Split CD-R 2014 dikeluar dan diedarkan oleh Fatamorgana Music Production [Kat#: DF.004] secara rasmi pada 5 Disember 2014, terhad kepada 15 salinan sahaja! Anda yang berminat boleh mendapatkan materi ini hanya pada harga RM (tidak termasuk kos pengeposan) dengan cara menghubungi delusiproject@gmail.com atau di laman facebook.com/delusiproject.

INFORMASI:
delusiofficial.blogspot.com
delusiproject.bandcamp.com
facebook.com/saturnformessence
voyagesalongtheplutoniumpath.blogspot.com

THRASHIT - OFFICIAL T-SHIRT


THRASHIT t-shirt will be out by end of December 2014 limited 35 pieces only! | 100% cotton | Fabric Gsm: 190 | Available Sizes: S / M / L / XL | Style: Baseball T-shirt, Three Quarter–Sleeve | STRICLY NO PRE-ORDER / PRE-SALE ACCEPTED | Released by: Disco Destroyers Music.

CONTACT:
facebook.com/pages/Disco-Destroyers-Music-MY/233387796863438
facebook.com/pages/Thrashit/394419960578399

NIGHTWOLF - OFFICIAL T-SHIRT


Book your size now at NO CHARGE before 31st December 2014. Official NIGHTWOLF t-shirt in limited quantity. Printed on foursquare 190gsm black and white shirt. Total DIY silkscreen printing and limited to 30 pcs only! Size only from S to XXL. Price (excluding postage): RM30 (Malaysia) / USD9 (world). Merchandise released by Hellforced Records.

CONTACT:

2014-12-20

IMPURITUALIZING UPON DIABOLICURSED DAWNATIONS Satukan Dunia!


IMPURITUALIZING UPON DIABOLICURSED DAWNATIONS bukan sekadar nama sebuah kompilasi tetapi ia juga usaha berani, murni dan kegigihan DIABOLICURST PRODUCTIONS menyatukan metal dari pelbagai pelusuk benua dalam satu rilisan. Dari nama-nama besar yang telah dikenali hinggalah ke nama-nama kecil yang baru membina empayar, kompilasi ini pastinya membawa nama-nama tersebut lebih berkembang dan merebak ke serata dunia. 

Bukan sahaja kejayaan DIABOLICURST PRODUCTIONS menghimpunkan lebih 30 buah band, kompilasi "Impuritualizing Upon Diabolicursed Dawnations" turut mendapat sentuhan artis berprofil tinggi Mark Riddick (RIDDICKART) di mana beliau memberikan karya ilustrasi terbaik untuk artwork penghias kulit hadapan dan logo judul kompilasi ini. Malah judul itu sendiri cukup gah idea dari individu ternama, Rahman a.k.a Tombcrusher / Iblyss (ABHORER / IMPIETY / AS SAHAR).

Band-band bakal menyertai "Impuritualizing Upon Diabolicursed Dawnations" adalah BRAIN DEAD (Malaysia), ABHORER (Singapura), TRAUMA (Indonesia), FESTER (Norway), MELKOR (Jerman), EVIL OATH (Belanda), RITUAL SLAUGHTER (Usa), INHUMANE RITES (Brazil), SERPENTINE CREATION (Bulgaria), 9TH ENTITY (Chile), BURIAN (Itali), THE FUROR (Australia), OLD THRONE (Mexico), NEKRAD (Malaysia), INFERNAL EXECRATOR (Singapura), HELLDUST (Indonesia), SAVAGE DEITY (Thailand), EREHES (Filipina), FRAGARAK (India), ORATOR (Bangladesh), SWARM OF SERPENTS (Usa), TYPHOEUS (Greece), THE HELL (Serbia), INTESTINAL ROT (Kanada), VEHEMETH (Malaysia), BALBERITH (Singapura), BARZAKH (Indonesia), DEW OF NOTHING (Mexico), TEMPLE KOLUDRA (Jerman), FETID ZOMBIE (Usa), PURGE THE ARBITRATOR (Malaysia), EMPTYS (Indonesia) dan IN LOVING MEMORY (Indonesia).

IMPURITUALIZING UPON DIABOLICURSED DAWNATIONS dijangka rilis tahun hadapan, berkemungkinan sekitar Mac 2015.

INFORMASI:

AZARAKH - "TERSIRAT DISEBALIK TERSURAT" EP 2014



Atas usahasama dua label tempatan, MTD PRODUCTION dan WAKAF PRODUCTION maka terhasillah rilisan EP 2014 "Tersirat Disebalik Tersurat" dari band AZARAKH, band berkonsepkan Melodic Dark Metal dari Rembau, Negeri Sembilan. Berformatkan Pro-CDR, materi ini menampilkan keseluruhannya 6 buah trek termasuk bonus.

Senarai-Lagu:
01. Intro
02. Tewasnya Sang Khalifah Alam
03. Syair Dari Sang Pujangga
04. Keheningan Malam
BONUS
05. Wicca Of Hayagriva (Live - Hayagriva cover)
06. Syair Si Pujangga Malam (Live)



AZARAKH "Tersirat Disebalik Tersurat" EP 2014 dicetak terhad kepada 50 salinan sahaja dan boleh anda miliki pada harga RM12 seunit (tidak termasuk kos penghantaran pos). AZARAKH terdiri daripada Sanious Rakh (vokal/gitar), Nirzahul (bass) dan Vargkrath (dram).

INFORMASI:

BERKAITAN:

BLASPHMACHINE - "OATH" EP 2014 DIEDARKAN!


Sepertimana dijadualkan, 20 Disember 2014 adalah tarikh lahir untuk "Oath" EP 2014 dari jentera berat Black/Death Metal BLASPHMACHINE. Rilis melalui label United Kingdom COLD RAW RECORDS [Kat#: CRR029], "Oath" yang mengandungi 2 buah lagu baru disediakan dalam format Pro-CDR, standard jewel case berserta booklet dua mukasurat.

Senarai-Lagu:
01. Heathen Fire
02. Malleus Maleficarum



"Oath" EP 2014 ini dikeluarkan terhad kepada 66 salinan boleh diperolehi dari COLD RAW RECORDS, hubungi: coldrawrecords@gmail.com. BLASPHMACHINE juga akan mengedarkan beberapa salinan untuk pasaran tempatan sedikit masa lagi. 

INFORMASI:
facebook.com/blasphmachine
blasphmachine.blogspot.com
facebook.com/ColdRawRecords

BERKAITAN:
BLASPHMACHINE - "OATH" PROMO-EP 2014
BLASPHMACHINE - "SALVATION" RILIS JANUARI 2015

CHELATION INTOXICATION - "KISAH SI KANIBAL PENJUAL SATE" T-SHIRT


GRUNDAR PRODUCTION mengumumkan pembukaan tempahan untuk produk t-shirt CHELATION INTOXICATION "Kisah Si Kanibal Penjual Sate" [Kat#: GM-TS 018]. Menampilkan ilustrasi karya Ahmad Raimi (Faithcraft Productions), t-shirt ini menggunakan jenama Gildan Ultra (saiz S - XXL) dan Gildan Premium (saiz XXL sahaja). Tempahan boleh dibuat mulai sekarang pada harga: RM45 (edaran tangan), RM50 (poslaju Semenanjung), RM55 (poslaju Borneo) untuk Gildan Ultra atau RM40 (edaran tangan), RM46 (poslaju Semenanjung), RM50 (poslaju Borneo) untuk untuk Gildan Premium.


Kisah Si Kanibal Penjual Sate merupakan track ke-5 dalam MCD "Dismemberment (XVIII)" dari band Slamming Death Metal asal Jitra, Kedah ini yang dikeluarkan sekitar November 2013. Bagi yang belum mendapatkan mini album tersebut, bolehlah mendapatkannya juga dari GRUNDAR PRODUCTION. 

INFORMASI:

TERDAHULU:

UNVEILED - ALBUM PERTAMA BAKAL MENJENGAH!


Gerombolan Brutal Death Metal UNVEILED akhirnya kembali meletakkan nama mereka di arena muzik ekstrim Death Metal Malaysia setelah lebih sedekad menyepi. Dibentuk sekitar tahun 1998, UNVEILED yang asalnya diasaskan di Kluang, Johor telah merilis dua demotape; "Obliteration" (1998) dan "Carnage By Disease" (1999), split CD bersama TRAUMA (Indonesia) keluaran Psychic Scream Entertainment pada tahun 2000 serta penampilan dalam beberapa rilisan kompilasi. 

Kembali dengan line-up terdiri daripada Feisal (vokal), Jake (gitar), Onesoulkiller (bass) dan Af Fad (dram), UNVEILED yang kini mengakhiri proses rakaman material terbaharu dijadualkan merilis album debut yang telah kian lama dinanti-nantikan, berjudul "Endless Extreme Hate" di bawah naungan label terkenal selatan tanahair GRUNDAR PRODUCTION.


Nantikan kejituan muzikal yang penuh unsur teknikal serta kebuasan dari unit Brutal Death Metal ini yang kini bertapak di bandaraya Johor Bahru. Gaya mereka pada masa ini dikatakan cenderung ke arah kacukan SUFFOCATION dan SINISTER. Keluaran UNVEILED "Endless Extreme Hate" CD [Kat#: GP012] akan turut disertai merchandise UNVEILED "Endless Extreme Hate" Official T-shirt [Kat#: GM-TS019].

Antara rangka promosi "Endless Extreme Hate" yang telah diatur adalah kemunculan UNVEILED di GRUNDAR DEATH FEST 2015, Johor Bahru (7 Mac 2015), Dusthall Studio, Pulau Pinang (8 Mac 2015) dan SABAH DEATHFEST III (28 Mac 2015). 

INFORMASI:

2014-12-18

20TH ANNIVERSARY NEBIULA PRODUCTION - FAREWELL PARTY SHIRT

Tak siapa sangka malah di luar jangka tarikh 27 Disember 2014 di mana berlangsungnya parti 20TH ANNIVERSARY NEBIULA PRODUCTION akan menjadi hari terakhir NEBIULA PRODUCTION. Label unggul yang telah 20 tahun menjana evolusi Muzik Metal Malaysia ini akan ditutup dengan rasminya! Kejutan ini amat memilukan buat anak-anak metal/underground tempatan yang selama ini membesar dan dewasa bersama rilisan-rilisan keluaran Nebiula. Tiadanya NEBIULA PRODUCTION bagai satu kehilangan besar kepada warga metal/underground tanahair. Akan tiada lagi gig dan konsert anjuran Nebiula. Bukan itu sahaja, NEBIULA HEAVY METAL SHOP yang kian lama menjadi toko muzik pilihan akan turut terkubur bersama debu dan masa! 


"Majlis Perpisahan" 20TH ANNIVERSARY NEBIULA PRODUCTION akan diadakan di Blackbox, Publika Solaris Dutamas menampilkan persembahan-persembahan dari SIL KHANNAZ & SUPERFRIENDS, ROOT & BOOTS, THE SUSPECTS AKA, LANGSUYR, VOCIFERATION ETERNITY, SAUTS ALASTOR, SRI MANGKAT (pra-ARADIA), MISTIK, SHEWOLVES, THE NATIONHEAD dan INSULTOR. Sebagai cenderahati terakhir dari NEBIULA PRODUCTION, dua design t-shirt untuk dijadikan kenang-kenangan penyokong setia label ini turut dikeluarkan. Anda boleh mendapatkannya pada hari berlangsungnya "Majlis Perpisahan" ataupun melalui pesanan pos (dihantar selepas 27/12/2014). Terhad kepada 50 helai setiap design, t-shirt berjenama Gildan, disediakan dari saiz XS hingga XXXL. RM50 setiap helai.


Terima kasih NEBIULA PRODUCTION. Sumbangan yang disediakan terhadap gerakan dan perkembangan scene Metal Malaysia tiada ternilai, cukup berharga dan namamu teratas! Semoga kembali dengan wajah dan wadah yang baru. Hubungi: Jaie Jokhannaz.

BERKAITAN:

2014-12-10

18/12/2014 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #10

TARIKH: 18 DISEMBER 2014 | LOKASI: THE WALL, BATU PAHAT | MASA: 8MLM | TIKET: RM12 | BAND: KONTRADIKSI (Indonesia) / ACID DISTORTION / TERSSALAHH / EYES POPPING OUT | ANJURAN: BP DRUNKARD / THE WALL


INFORMASI:

2014-12-09

BLASPHMACHINE - "SALVATION" RILIS JANUARI 2015


Enjin Black/Death Metal BLASPHMACHINE kini di landasan merilis full-length pertama mereka "Salvation" dijadualkan menjengah pasaran pada Januari 2015 nanti. Album ini bakal disedia dalam dua format; CD melalui METAL MONGER RECORDS (Bangladesh) dan juga Tape menerusi ANALOG AMMUNITION RECORDS (Filipina). Nantikan sesuatu yang kelam, azab dan membunuh!!


Sementara menunggu keluarnya "Salvation", rilisan Promo-EP "Oath" di bawah kelolaan COLD RAW RECORDS (UK) sepertimana yang dilaporkan sebelum ini akan mula beredar pada 20 Disember 2014. Tempah salinan anda sekarang!


INFORMASI:

BERKAITAN:

08/02/2015 - APOCALYPTIC FEST #1

TARIKH: 8 FEBRUARI 2015 | LOKASI: INSIDER SPACE, KOMPLEKS MALURI CHERAS, KUALA LUMPUR | MASA: 2PTG | TIKET: RM35 | BAND: WARDAEMONIC (Australia) / INFERNAL EXECRATOR (Singapura) / ILEMAUZAR (Singapura) / BALBERITH (Singapura) / LOBOTOMY / ATROCIOUS / SANTAU / CORONATION / TRIUMPH OV FIRE / LAKHUSISTIC / BEHIND THE DEATH / INSULTOR / INFINITTERROR | ANJURAN: MISANTROOPS & PURUNISTIC

21/02/2015 - CHILDREN OF THE GRAVE

TARIKH: 21 FEBRUARI 2015 | LOKASI: STOPZONE GIG HALL, LARKIN, JOHOR BAHRU | MASA: 3PTG | TIKET: RM20 | BAND: WYNKEN DELIRIUM / ELECTRIC FUNERAL / MADDAME / FINGERPRINT (Indonesia) / DEMORFORESSUS / KELADAK / NAUTILIUM / INUKA (Singapura) / ABOLITION A.D (Singapura) / BC | ANJURAN: TFHM PRODUCTION



INFORMASI:

28/12/2014 - KL BLACK FEST 2014

TARIKH: 28 DISEMBER 2014 | LOKASI: ALT HQ FAHRENHEIT 88, BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR | MASA: 2PTG | TIKET: RM35 | BAND: NOSFERATU (Indonesia) / AS SAHAR (Singapura) / DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY / NEFTARAKA / UNHOLY RITES / DAMAQ / CORONATION / TERSEMBUNYI / LAKHUSISTIC | ANJURAN: METAL WARRIOR PRODUCTION


INFORMASI:

BRAIN DEAD - "FROM THE ECSTACY" CD CETAKAN KEDUA & TERAKHIR!


BRAIN DEAD "From The Ecstacy" - album yang diterbitkan pada 1992 lebih kurang 22 tahun lalu dan pada 2010 di terbitkan semula buat pertama kali dalam bentuk CD oleh THRASHINGFIST PRODUCTIONS yang turut memuatkan lagu-lagu dari demo. Untuk versi piringhitam ianya dikeluarkan oleh NUCLEAR WAR NOW PRODUCTIONS iaitu sebuah label extreme metal terkenal dunia yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan di atas desakan yang kuat pada Disember 2014 THRASHINGFIST PRODUCTIONS mengulang cetak semula dengan design yang baru serta lagu bonus dari kompilasi Dark Live Collection 1993 serta Death and Dead Live 1993 yang pernah dikeluarkan dalam bentuk video tape!! 

Keluaran ini cukup istimewa kerana memuatkan kesemua lirik dari "From The Ecstacy" dan juga temuramah terkini bersama Ein Possessor!! Rilisan ini dikeluarkan terhad sebanyak 500 keping khas buat pengemar BRAIN DEAD yang ingin menyimpan karya mereka untuk dikenang dan mungkin juga memori anda pada usia remaja yang begitu ghairah dan fanatik dengan Death Metal arghhh!!!

Bagi generasi baru pula ini adalah album yang harus anda dengar dan simpan jika anda betul-betul minat dengan metal sebab ini adalah khazanah Metal Malaysia yang pernah lahir dalam pergerakan Metal Malaysia dan nusantara amnya!! Cetakan ini adalah yang terakhir, oleh itu peluang hanya datang sekali dalam hidup dan diulangi hanya sekali!!!


Yang berminat harga cuma RM35 termasuk poslaju. Sila bank-in ke akaun Maybank: 152023215278 atas nama Khirul Anuar. Selepas membuat pembayaran sila PM alamat berserta bukti pembayaran dan untuk yang bank-in RM40 (RM5 akan dikembalikan). Pesanan anda dijamin akan mendarat selewat-lewatnya 2-3 hari!! Cepat sebelum ianya habis sebab THRASHINGFIST PRODUCTIONS juga banyak mendapat tempahan dari luar negara!!

Teks Oleh / Pembelian / Pembayaran: Thrashingfist Prods (Facebook)

INFORMASI:

BERKAITAN:

AHMAD RA1M1 - EKAM SAT VIPRAH BAHIDHA VADANTI


Ekoran kejayaan dan penerimaan positif terhadap demo pertama "Elektro Qalbu Pendosa" (September 2014), pengamal eksperimentasi AHMAD RA1M1 sepertimana dijanjikan telah kembali dengan hidangan demo kedua berjudul "Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti". Demo kali ini menyajikan 4 buah lagu dirakam dan diadun di Faithcraft Studio, keseluruhannya melebihi 40 minit muzikal berkonsepkan Isolationist Ambient.

Senarai-Lagu:
1. Na Tasya Pratima Asti
2. Kalki Avatar
3. Narashangsa
4. Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti

"Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti" dikeluarkan melalui FAITHCRAFT PRODUCTIONS [Kat#: FP0014] pada 1 Disember 2014, dalam format Pro-CD terhad kepada 31 salinan sahaja! Ianya diedarkan pada harga (termasuk pembungkusan & pengeposan) RM16 (Malaysia) / USD15 (internasional). Yang berminat sila hubungi e-mel: faithcraftproductions@yahoo.com atau SMS: +60192281979.

Pembayaran boleh dibuat terus ke akaun bank: 09010010048495 (Faithcraft Productions - Bank Islam) / 112223207413 (Ahmad Raimi - Maybank) / PAYPAL: dethcrowned@yahoo.com. Bagi yang tidak berpeluang mendapatkan format fizikal "Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti", ianya bakal disediakan untuk muat-turun percuma di laman bandcamp sedikit masa lagi.

INFORMASI:

BERKAITAN:

2014-12-05

DISOBEYED - PREBIU ALBUM MINI


Black/Death Metal Sabah, DISOBEYED mengumumkan akan merilis sebuah album mini di bawah EARBLAST RECORDS pada awal tahun hadapan, sekitar Januari 2015. Mengikut senarai yang diberikan, album ini bakal memuatkan 7 buah lagu, termasuklah sebuah intro. Sepertimana senarai berikut:

01. Intro
02. May Suffering Be Upon You
03. Inhuman Warfare
04. Spear Ov Hatred
05. Extermination
06. Sentence Of Death
07. Destruction


Sementara menanti rasminya rilis album mini yang dimaksudkan, DISOBEYED memulakan promosi memperdengarkan sedutan lagu-lagu yang bakal dimuatkan melalui prebiu berdurasi 2:17 minit di laluan: youtu.be/dzJQITnXmnw.

INFORMASI:
facebook.com/Disobeyedkaos
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...