2014-11-28

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.06/2014


Memaparkan berita-berita ringkas, terkini dan perkembangan semasa dari: SIAL, DIABOLICURST PRODUCTIONS, SICKNESS, THE CASKET, GRUNDAR DEATH FEST, HAFYUKAL, NIGHT ART PRODUCTION, GRINDFEST, KL BLACK FEST dan PHENOMISTIK.

SIAL
Depressive Black Metal / Ambient yang terus meningkat reputasinya SIAL sebagaimana diketahui sedang menanti rilisnya beberapa produk terbaharu, antaranya "Abadi" Promo CDR (promo kedua SIAL bagi tahun 2014), split "Delusional Sight" bersama NECROSADIK (Mexico) dan split "Simfoni Depresi" bersama IN SOLITUDE I STAND (Itali). Dalam pada menunggu keluaran-keluaran tersebut, SIAL berkesempatan menyiapkan prebiu memperdengarkan lagu ciptaan terkini berjudul Murung II.

DIABOLICURST PRODUCTIONS
DIABOLICURST PRODUCTIONS dijadualkan merilis sebuah kompilasi pada 2015 nanti disertai band-band antaranya ABHORER (Singapura), VEHEMETH (Malaysia), EVIL OATH (Belanda), TYPHOEUS (Greece), OLD THRONE (Mexico), THE HELL (Serbia), DEW OF NOTHING (Mexico), INTESTINAL ROT (Kanada), RITUAL SLAUGHTER (Usa), HELLDUST (Indonesia), INFERNAL EXECRATOR (Singapura), FRAGARAK (India), BARZAKH (Indonesia), PURGE OF ARBITRATOR (Malaysia). Pihak label juga masih menanti pengesahan dua buah band lagi yang mana belum dapat diumumkan namanya buat masa ini.


SICKNESS
Goregrind Johor Bahru SICKNESS mengeluarkan merchandise terbaharu – "Putrefying Necropsy" T-Shirt melalui label mereka GRUNDAR PRODUCTION [Kat#: GM-TS 017]. Tag: Grundar Merchs / Gildan Premium Cotton. Saiz: S/M/L/XL. Status: stok tersedia / masih ada. Harga: RM35 (edaran tangan) / RM40 (poslaju Semenanjung) / RM45 (poslaju Sabah & Sarawak). Akan datang dari GRUNDAR PRODUCTION: CHELATION INTOXICATION "Kisah Si Kanibal Penjual Sate" T-Shirt [Kat#: GM-TS 018].


THE CASKET
Band Death Metal THE CASKET yang baru sahaja mengeluarkan album debut "Rise The Undead" pada 1 November 2014 lepas kini melancarkan pula pengeluaran t-shirt official band berkenaan di bawah produksi dan cetakan JENAZATH MERCHANDISE. Tempahan untuk memiliki t-shirt (tertulis The Zombie Repulsive Unit: Destroy, Dominate & Doomed bersama cetakan artwork menarik di bahagian hadapan dan belakang) tersebut telah mula dibuka sejak 1 Disember 2014.


GRUNDAR DEATH FEST
Festival Brutal Death / Grind / Gore terbesar di selatan tanahair GRUNDAR DEATH FEST dijadualkan kembali untuk siri ke-3 penganjurannya pada 7 Mac 2015 akan datang! Untuk siri kali ini yang dirancang berlangsung di Sports Cafe City Plaza, Johor Bahru, 4 buah band telahpun mengesahkan tempat; UNVEILED (Brutal Death Metal Johor Bahru), PANIC DISORDER (Dynamic Death Metal dari Jakarta), DAMOKIS (Grindcore Johor Bahru) dan GORESLUTS (Death-Grind Kuala Lumpur). REHEARSE (Death Metal Serdang) dan THE CASKET (Death Metal dari Sabah) juga antara yang dijangka mengisi slot.


HAFYUKAL
Rilisan semula EP 2013 "Sumangat Tok Janggut" dari HAFYUKAL melalui label baru BLOODY BAT PRODUCTION kini sudahpun berada di pasaran pada harga RM10 (edaran tangan) + RM4 posdaftar / RM6 poslaju Semenanjung / RM10 poslaju Sabah/Sarawak. Kelainan edisi rilisan semula ini yang dicetak terhad 50 salinan berbanding versi asal adalah penggunaan artwork baru sebagai penghias kulit hadapan. Kepada yang berminat untuk merasai pengalaman muzikal Culturalistica Folk Metal bawaan HAFYUKAL, boleh hubungi facebook.com/MTDProduction (agen edaran rasmi BLOODY BAT PRODUCTION) untuk mendapatkan salinan anda!

NIGHT ART PRODUCTION
Label bertapak di Taiping, Perak – NIGHT ART PRODUCTION baru sahaja melancarkan rilisan terbaharu iaitu DEMONIFICATION "Hell Will Be Yours" dalam format Pro-Tape. Seterusnya dalam perencanaan keluaran label ini adalah BLASPHEMYTH "Ave Hubal" yang merupakan rilisan semula demo kedua band satanic Death Metal asal negara Morocco ini. "Ave Hubal" dijangka rilis pada Disember 2014 terhad 100 salinan. Kemudian diikuti pengeluaran semula demo "Y.I.K.I.T.A" dari salah-satu lagenda Black Metal Perak ZUBIRUN di mana rilisan ini nanti turut memasukkan lagu dari promo dan beberapa bonus tambahan. 

GRINDFEST
Barangkali ramai yang tidak begitu mengenali GRINDFEST, sebuah band Grindcore dari Sabah. GRINDFEST sebenarnya sebuah projek yang diujudkan oleh salah seorang anggota kumpulan PERPETUAL. GRINDFEST sebelum ini pernah mengeluarkan "Mass Appeal Noise" Rehearsal Tape 1998 dan "Wartime Conspiracy" Demo 2000. Setelah sekian lama menyepi, GRINDFEST dikhabarkan bakal kembali dengan material dan produk rilisan baru.

KL BLACK FEST
KL BLACK FEST dijadualkan kembali untuk edisi tahun 2014 pada tarikh 28 Disember nanti. Kali ini bakal menampilkan aksi-aksi pentas dari NOSFERATU (Indonesia), AS SAHAR (Singapura), NEFTARAKA, DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY, UNHOLY RITES, CORONATION, DAMAQ, LAKHUSISTIC dan TERSEMBUNYI. Pihak penganjurnya METAL WARRIOR PRODUCTION akan mengeluarkan flyer rasmi sedikit masa lagi di samping mengumumkan lokasi di mana acara di bakal dilangsungkan.


PHENOMISTIK
Nusantara Metal dari Singapura PHENOMISTIK terdiri daripada dua bekas anggota AS SAHAR iaitu Wan As-Sahar (atau One Barchiel) sebagai vokalis dan pemain gitar & bass serta Wan Akhzareth di posisi dram. Mereka bakal mengeluarkan rilisan sulung berjudul "As-Sahar". Ianya adalah sebuah album mini dalam format Digipak Pro-CD dijadualkan berada di pasaran pada Disember 2014 atau selewatnya Januari 2015.

Kepada mana-mana pihak band, label, zine dan sebagainya yang ingin memuatkan maklumat terbaharu dalam dokumentasi BULETIN METAL MALAYSIA edisi akan datang, sila e-mel kepada ekstrimzine@gmail.com atau mesej di facebook.com/piankvlt. Sokongilah gerakan muzik metal / underground buatan tempatan!

2014-11-27

24/01/2015 - ROCK IN KEDAH

TARIKH: 24 JANUARI 2015 | LOKASI: SHAMIM STUDIO, TAMAN MERGONG, ALOR SETAR | MASA: 3PTG | TIKET: RM20 | BAND: GORESLUTS / DAMAQ / FARASU / KEMOLORG / ANGKARA / BLACK DEMONS / BLASPHMACHINE / INSULTOR / THORNS OF HATE / PREDICATED NOT DEFINED | ANJURAN: FLYING AXE PRODUCTION



2014-11-26

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.05/2014


Memaparkan berita-berita ringkas, terkini dan perkembangan semasa dari: HELLSTORM, EXOTHERMIX, HUMILIATION, MTD PRODUCTION, DIABOLICURST PRODUCTIONS, NONSERVIAM, ATARAXIQUE, HELLEXIST, ALCHEMY OF SICKNESS dan NORIFUMI ZINE.

HELLSTORM
Perancangan asal HELLSTORM, band Heavy/Thrash Metal dari Sandakan, untuk mengeluarkan MCD sekitar tahun 2014 ini seakan tidak menjadi kenyataan! Namun setelah mendapat tawaran HELLFIRE RECORDS untuk tampil dalam satu rilisan split, mereka tidak berfikir dua kali, menerima peluang tersebut dan memutuskan untuk memuatkan kesemua 6 buah lagu baru dalam split dua-hala bersama band AXECUTER dari Brazil. "From Hell come Storm of Axecuter" adalah judul split yang bakal dikeluarkan HELLFIRE RECORDS [Kat#: HF003] terhad kepada 500 salinan sahaja! Berikut adalah prebiu singkat lagu bertajuk Speed Metal Hell.


EXOTHERMIX
Baru kembali ke tanahair setelah beraksi di acara UNITED FOR THRASH di Bekasi, Indonesia tanggal 2 November 2014, band 3-piece Thrash Metal dari Petaling Jaya EXOTHERMIX terus mengeluarkan merchandise berupa t-shirt "Thrash Mentality", mengambil sempena judul lagu di susunan ketiga dalam demo pertama "Extreme Disaster" yang dikeluarkan pertengahan Mei 2014 lalu. Thrash Mentality t-shirt tersedia dalam saiz (mengikut tempahan) dari S hingga XXL dijual pada harga cuma RM35 termasuk kos pengeposan.


HUMILIATION
Split 7" EP bersama PAGANIZER (Sweden) adalah yang keempat dalam turutan diskografi HUMILIATION bagi rilisan berformat sedemikian. Split ini dikeluarkan atas kolaborasi dua label; BRUTAL ART RECORDS (Germany) dan DEAD BEAT MEDIA (Malaysia). Sisi HUMILIATION (Side B) dinamakan "Cata:bomB" di mana band Military Death Metal ini menyajikan dua lagu eksklusif; Into the Bunker dan Cata:bomB. Bagi yang berminat mendapatkan split 7" EP ini terus dari pihak band, bolehlah hubungi Bear Bee (vokalis). Setiap keping diedarkan pada harga hanya RM30.


MTD PRODUCTION
Sesuatu yang direncana tidak semuanya menjadi nyata! Inilah yang berlaku kepada pengurusan MTD PRODUCTION bilamana rancangan label ini untuk mengeluarkan split 2-hala EMPTYS (Indonesia) / ABVULABASHY (Singapura) berjudul "Apokalyptik NuklearWrath Kommandos" [Kat#: MTD PROD 26] yang diwar-warkan sebelum ini telah DIBATALKAN. Keputusan pembatalan ini dibuat setelah mencapai kata sepakat dan persetujuan ketiga-tiga belah pihak atas alasan dan sebab musabab yang tidak diumumkan dan hanya pengetahuan dalaman label dan band-band tersebut.


DIABOLICURST PRODUCTIONS
Berita lebih baik telah dibawa oleh DIABOLICURST PRODUCTIONS untuk anda yang menantikan lahirnya split VEHEMETH / SEREIGNOS "Easternic Tyrannical Duobolicults". Rilisan split yang menemukan dua negara tetangga ini bukan sahaja sebagaimana diperhebahkan sebelum ini disediakan dalam format Digipak CD (200 salinan), tetapi juga diumumkan bakal diadakan dalam bentuk Pro-Tape terhad 50 unit khas buat penyokong die-hard label dan band-band berkenaan. Tunggu sahaja rilisan ini yang dijadualkan menembusi pasaran sekitar Disember 2014 ini! Harga: Digipak RM30/USD10 dan Tape RM15/USD5.

NONSERVIAM
Pada 7 Oktober 2014, di atas beberapa alasan peribadi, Payden (kibod/visual) telah membuat keputusan meninggalkan NORSERVIAM, sebuah band Melo-Death Metal yang cukup berpotensi di Pulau Pinang. Walaupun pengunduran beliau tidak dijangka dan berlaku secara tiba-tiba, NORSERVIAM tidak hilang semangat dan pasti meneruskan perjalanan band ini. Malah dilaporkan mereka sedang bekerja keras menyediakan bahan-bahan baru untuk EP yang akan datang dijangka secara tentatif rilis pada awal 2015 nanti. Elemen kibod tetap menjadi keutamaan NORSERVIAM sepertimana rilis-rilis yang lalu dan juga material baru di masa hadapan. Dengan yang demikian pihak band kini sedang giat mencari pengganti yang sesuai dan berwibawa untuk mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan Payden. Sesiapa yang berminat dan berbakat harus segera hubungi NORSERVIAM.

ATARAXIQUE
Selang beberapa hari NONSERVIAM kehilangan kibodis, Progressive Metal Kuala Lumpur ATARAXIQUE pula dilaporkan kehilangan gitaris pada 13 Oktober 2014. Berita ini disahkan pihak band mengenai pengunduran diri Johan yang banyak memainkan peranan di bahagian gitar. “Dalam keadaan berat hati kami mengumumkan pemergian Johan dari band ini. Kami memahami kepentingan komitmen keluarga dan kami menghormati pilihan yang dibuat. Sebagai salah satu pemain gitar yang terbaik yang kita tahu, dan sifat rendah diri beliau yang sukar ditemui di mana-mana, kami amat terasa hilangnya sumbangan hebat Johan ke atas muzik kami. Kami telah lalui bersama saat-saat yang menakjubkan, produktif dan menyeronokkan. Kami doakan Johan segala yang terbaik dalam apa jua usaha beliau di masa hadapan. Mengenai ATARAXIQUE, kami akan maklumkan sebarang perkembangan lanjut pada masa akan datang, yang pasti band kami ini akan tetap diteruskan!”, kata pihak band dalam kenyataan rasmi mereka.


HELLEXIST*
Menikmati keseluruhan "Age Of Death" bagaikan satu tempoh yang cukup menghiburkan! Ia seakan mengajak pendengar untuk turut sama menjerit dan melompat. Lagu-lagu olahan HELLEXIST adalah himpunan irama dan suara yang jitu, kelam dan menghentam! Setiap lagu mempunyai karakter dan impak tersendiri. Semua bahagian korus lagu-lagu mereka keras dan membunuh! – Begitulah gambarannya mengenai album "Age Of Death" dihasilkan oleh HELLEXIST, Crust D-Beat/Punk Johor Bahru ini. Selain format CD/LP, "Age Of Death" masih boleh diperolehi dari label pengeluarnya, BROKEN NOISE RECORDS. Hubungi ladingsatu@gmail.com untuk maklumat lanjut.


ALCHEMY OF SICKNESS*
ALCHEMY OF SICKNESS terdiri daripada Enol (vokal), Wan (gitar), Daus (bass) dan Kamen (dram) dan mereka adalah band berkonsep Grindcore dari Kulai, Johor. Di bawah naungan pengaruh muzik Agathocles, ROT, Archagathus, Unholy Grave dan seumpamanya, ALCHEMY OF SICKNESS baru sahaja muncul dengan sebuah split tape bersama WORLD DOWNFALL (Jepun) berjudul "World Sickness" keluaran bersama label BROKEN NOISE RECORDS dan OPERATION NOISE. Hanya RM8 tidak termasuk kos penghantaran pos.


NORIFUMI ZINE*
NORIFUMI Fanzine kembali dengan penerbitan isu ke-3 di mana seperti biasa zine ini memuatkan catatan peribadi dan anekdot di samping temuramah bersama Pinpin (MISGIVE) dan Benny (PENGUASA ANJING). Turut diselitkan ruangan ulasan muzik dan bahan bacaan. Harga senaskah cuma RM4 dan untuk pesanan mel perlu ditambah RM4 penghantaran melalui pos ekspres. Kepada yang mahu dapatkan zine ini, sila hubungi editornya Amran: facebook.com/xbearx.xamranx.

Terima kasih kepada Trashnoiser dari Noise From Hell di atas sumbangan informasi bertanda (*) untuk penyediaan buletin di atas. Kepada pihak band / label / dsb yang ingin memuatkan maklumat terbaharu anda dalam dokumentasi buletin akan datang, sila e-mel kepada ekstrimzine@gmail.com atau salurkan di petimasuk facebook.com/piankvlt. Sokongilah gerakan muzik metal / underground tempatan!

2014-11-25

BLAZT PROMOTION: PSYCHOTIC SUFFERANCE / TARANTULAH "CIVILIZATION OF FEAR" SPLIT 2014


"Civilization Of Fear" adalah judul bagi satu rilisan split berformatkan CD-R yang mempertemukan dua jagoan underground tempatan yang cukup sinonim dengan etika Do-It-Youself (DIY); PSYCHOTIC SUFFERANCE dan TARANTULAH. Rilis dan mula dipasarkan pada 5 November 2014, "Civilization Of Fear" mengetengahkan keseluruhannya 36 buah lagu berdurasi 55 minit secara total. Berikut adalah senarai penuh lagu-lagu yang dimuatkan:

PSYCHOTIC SUFFERANCE
01. Delete Yourself And Your Love One
02. Kelompok Jumud Pukimak
03. Savage, Selfish And Weak Radio Signal
04. Outrage And Outcry
05. Vicious Rumors
06. Antara Fakta Dan Auta
07. Track 11
08. Track 17
09. Jungle Law Is Here
10. Spaceman Culture
11. Joget Sex Kambing Hitam
12. Insane Shipyard Monster
13. Heatwaves Doctor
14. Miss Patriach
15. Diesel Pegasus Death Fume
16. Running Into Barbwire
17. Morgue Battalions
18. Sharp Broken Glass
19. Deep Wound Tea Party
20. Their Wrong Concept
21. Blood Pool Near Dumpster
22. Atomic Shamanism 2
23. Civilization Of Fear
TARANTULAH
24. Intro
25. Viva La Peace
26. Pukul Mereka Dalam Diam
27. Hak Kita
28. Durjana Si Dajjal
29. Kedamaian Jalan Hitam
30. Demokrasi Itu Dusta
31. Apa Erti Kita Kawan
32. Viva La Peace (rehearsal)
33. Pukul Mereka Dalam Diam (instrumental)
34. Hak Kita (instrumental)
35. Durjana Si Dajjal (rehearsal)
36. Outro


PSYCHOTIC SUFFERANCE adalah unit Noise Grind dari Seremban yang mula berkarya secara aktif dan produktif di persada muzik underground semenjak akhir 90-an lagi. Rilisan mereka sudah tidak terhitung dengan jari. 23 buah lagu yang disajikan PSYCHOTIC SUFFERANCE dalam "Civilization Of Fear" adalah himpunan material yang boleh dikata 'rare' sifatnya, dikutip dari beberapa rilisan split vinyl dan tape antaranya bersama Adolf Shitter, Cumsock, Sete Star Sept dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama).

TARANTULAH pula semakin tidak asing dalam arena muzik metal dan punk hari ini! Biarpun baru ditubuhkan pada 2007, band dari ibukota Kuala Lumpur ini giat membina reputasi melalui definasi Moderate Metal Punk buatan mereka. 13 buah lagu hidangan TARANTULAH dalam "Civilization Of Fear" adalah penampilan "Kedamaian Jalan Hitam (Black Peace Way)" Demo 2012 yang telah sukar diperolehi pada masa ini di samping dua lagu baru serta lagu-lagu dalam versi dan edisi yang 'rare' dan tidak pernah diperdengarkan sebelum ini.

Dikeluarkan terhad kepada 30 salinan sahaja, setiap CD split ini turut dikembarkan helaian info mengandungi biografi, diskografi dan deskripsi lagu yang disumbangkan oleh setiap band. Dapatkan segera pada harga cuma RM10 (edaran tangan) atau pesanan mel (melalui poslaju) sila tambahkan RM6 (Semenanjung) / RM9 (Sabah/Sarawak). Berminat? Pesan di: facebook.com/blaztpromotion.

INFORMASI:

DELUSI / MOON ROE - "ASPIRASI" SPLIT CD


DELUSI, sebuah projek muzikal Dark Ambient tempatan berlokasi di Kuala Lumpur telah berpeluang menyatu bersama MOON ROE, sebuah projek Drone Dark Ambient dijana oleh seorang gadis dari Surabaya, Indonesia dalam satu rilisan Split CD berjudul "Aspirasi". Materi ini dikeluarkan pada tarikh rasmi 1 November 2014 melalui sebuah label di Indonesia, MINDLESS PRODUCTION. Harga edaran mengikut matawang Indonesia adalah IDR30000. Untuk pesanan, sila hubungi talian: 085646128420 atau facebook: Bobby Deathstars (pemilik label).

INFORMASI:

NIGHT ART PRODUCTION: DEMONIFICATION - HELL WILL BE YOURS


NIGHT ART PRODUCTION present:
DEMONIFICATION - "Hell Will Be Yours"
Album Tape 2014

Singaporean Thrashing band DEMONIFICATION back with their latest stuff under the flag of NIGHT ART PRODUCTION. Contains 8 track of thrashing aggression with great composition from their previous release. This release comes with professional manufacturing tape with pro-printed cover. Bonus for 30 first buyers who buy this from NAP, a special limited edition 38mm button will be yours. Are you ready for HELL??? DEMONIFICATION will show you how hell will be yours.



Get this stuff for only RM12 (including registered postage) or plus RM6 (for poslaju) or USD$5 from the following address:

HAILUL AKMAM YAHAYA,
LOT 11569, JALAN KAMPUNG DEW,
KAMPUNG TERSUSUN,
34700 SIMPANG,
TAIPING, PERAK - MALAYSIA.

Phone: (60)+0175874587
Email: nightartproduction666@gmail.com
Pages: facebook.com/Nightart.Production666

STILL AVAILABLE:
NOSFERIEL - BERSERK PRISM SPELL
MORTAL ADULLOUIS - BATTLEHYMN FROM THE ASGARD THRONES

EXTREME IST LAW II (LIVE DESECRATION 2014) - OFFICIAL T-SHIRT


EXTREME IST LAW II (Praise The Boarrrgrrassive Bloodhunger Live 2014) yang dijadualkan berlangsung di Alinjiran Garden, Keningau pada 27 Disember 2014 menampilkan aksi wira-wira metal Sabah terdiri daripada KALABANGANZ, IRON SKULL, TENOMIZER, ZOGHNITY, DESULTORY serta  MASS HYPNOSIA yang diundang khas dari Filipina.


Momentum acara ini turut dihangatkan dengan adanya pengeluaran t-shirt rasmi yang sudahpun dibuka untuk menerima tempahan. Tag: Gildan Premium. Saiz: S / M / L / XL / XXL. Harga: RM40 (harga normal) / RM50 (harga combo termasuk tiket). Untuk maklumat lanjut dan tempahan t-shirt, sila hubungi: 016-8058055 / 016-8404661.

BERKAITAN:

SEARCH - LIVE DI ISTANA BUDAYA


Kehangatan Konsert Lagenda Rock tanahair SEARCH di Istana Budaya pada 4 hingga 7 Disember 2014 kian memuncak! Segera dapatkan tiket di ticketpro.com.my sementara tempat masih ada. Dianjurkan oleh URBAN CREATIVE SYNERGY SDN BHD, Persembahan SEARCH yang buat julung kalinya akan tampil di pentas berprestij bertaraf dunia ini dengan konsep Rock dan Slow Rock dalam suasana yang ekslusif pastinya menjanjikan kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Peminat juga berpeluang untuk mendapatkan koleksi khas istimewa kumpulan SEARCH dari KUKUBESI STORE yang akan dijual sepanjang konsert berlangsung. Jangan lepaskan peluang bagi menyaksikan konsert berprofil tinggi ini.

INFORMASI:

06/12/2014 - TEMPEY THE GIG

TARIKH: 6 DISEMBER 2014 | LOKASI: PENNYLANE STUDIO, SUNWAY MENTARI, PETALING JAYA | TIKET: RM20 (30 tiket pertama diberi CD percuma) | BAND: ANAK LIAR / KEMOLORG / PUAKERYSM / HELLISHLINTHAR / OXIDICIDE / KARRAK / MOLESTED STYRIASIS / TONGUE TWISTER / SACWRATH / DESECRATE / DUNGEON RAGE | ANJURAN: G.A.H PRODUCTION


2014-11-23

14/12/2014 - THE BEAST GATHERING II

TARIKH: 14 DISEMBER 2014 | LOKASI: INSIDER SPACE, KOMPLEKS MALURI, CHERAS, KUALA LUMPUR | MASA: 2PTG | TIKET: RM20 | BAND: NEGATION / SICKSOCIETY / MALAPETAKA / FARASU / MIND MUTILATION / CAFERGOT / TOOLS OF THE TRADE / COMPULSION TO KILL / KARRAK / SILENT'DRA / DAYLIGHT DESCENDS | ANJURAN: PURE HATE MANAGEMENT



INFORMASI:
facebook.com/events/1526499064258812
facebook.com/purehatemalaysia

06/12/2014 - 66ROADS NEW EP LAUNCHING

TARIKH: 6 DISEMBER 2014 | LOKASI: INSIDER SPACE, KOMPLEKS MALURI, CHERAS, KUALA LUMPUR | MASA: 3PTG | TIKET: RM18 | BAND: 66ROADS / TOOLS OF THE TRADE / RESTRAINT / DAARCHLEA / DAMAGE / ROSE ON MY COFFIN DOOR / OVERRATE / DICKTRACY / REHEARSE / LOST CONTROL / MIND MUTILATION | ANJURAN: SATE TOWN HARDCORE COMMUNITY (STHC)


INFORMASI:

2014-11-21

13/12/2014 - TEROKA MINDA

TARIKH: 13 DISEMBER 2014 | LOKASI: DUSTHOMESTUDIO, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG | MASA: 8MLM | TIKET: RM25 | BAND: PURNAWULAN / PUTREFIED REMAINS | ANJURAN: TEROKA MINDA VENTURES



INFORMASI:

27/12/2014 - 20TH ANNIVERSARY NEBIULA PRODUCTION

TARIKH: 27 DISEMBER 2014 | LOKASI: BLACKBOX, SOLARIS DUTAMAS, KUALA LUMPUR | MASA: 3PTG | TIKET: RM50 | BAND: LANGSUYR / ROOTS 'N' BOOTS / VOCIFERATION ETERNITY / THE SUSPECTS AKA / SAUTS ALASTOR / SRI MANGKAT (pra-ARADIA) / THE NATIONHEAD / SHEWOLVES / MISTIK / INSULTOR / SIL KHANNAZ & SUPERFRIENDS / LOBOTOMY (feat. ANTACID) / SICKSOCIETY | ANJURAN: NEBIULA PRODUCTION



NOTA: Setiap tiket di pintu masuk RM50 akan turut menerima Nebiula 20th Anniversary CD dan Kalendar 2015 secara PERCUMA. Tiket presale RM40 boleh mula diperolehi pada 29/11/2014 di Nebiula Heavy Metal Shop, Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

INFORMASI: 

07/12/2014 - IN METAL WE CRUSH

TARIKH: 7 DISEMBER 2014 | LOKASI: EMBRACE HALL, TAMAN TAMPOI UTAMA, JOHOR BAHRU | MASA: 4PTG | TIKET: RM25 | BAND: NARSAMUM / TRAUMA (Indonesia) / CRUELTY DIVISION / MU-ARU / TERKUTOK / NOPROPHECY (Singapore) | ANJURAN: MUZIKBOX PRODUCTION & CO.


INFORMASI:

HELOISA - "MIRROR OF TRINITY" CD


Perancangan NEBIULA PRODUCTION untuk materialisasi semula album HELOISA "Mirror Of Trinity" dalam format cakera padat (di bawah program Classic Series) terlaksana mengikut jadual apabila November 2014 ini produk berkenaan sudah mula boleh didapati di toko muzik NEBIULA HEAVY METAL SHOP (di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur). Format CD ini menampilkan ilustrasi yang berbeza dari versi asal (1998) dalam bentuk kaset.

Senarai-Lagu:
01. At Dawn They Arrive
02. Lutsinar Inferni
03. Ice Eternal
04. The Fallen
05. The Anchestral
06. The Ultimate Rage
07. Princess
08. A.N.T
09. The Falling Tears
10. Dragon And The Queen


Bagi yang tiada kesempatan untuk berkunjung ke toko muzik dimaksudkan, pesanan pos boleh dibuat di mana harga jualan CD ini hanyalah RM30 (termasuk poslaju). Salurkan pesanan anda ke: facebook.com/ramzee.jokhannaz. HELOISA "Mirror Of Trinity" CD terhad kepada 300 unit sahaja pengeluarannya.

INFORMASI:
facebook.com/nebiulahm.shop
facebook.com/heloisa.horde

TERDAHULU:
NEBIULA PRODUCTION: HELOISA "MIRROR OF TRINITY" CLASSIC SERIES CD

2014-11-14

RENASCENT AXIS PRODUCTION: TAHANNUS - "SYMPHONY OF CONSECRATION" T-SHIRT


RENASCENT AXIS PRODUCTION, sebuah label tempatan yang sebelum ini merilis produk CD untuk band-band antaranya ARADIA dan IMPERIAL baru-baru ini melancarkan pengeluaran edisi terhad t-shirt untuk band Black Metal asal Terengganu, TAHANNUS. T-shirt bertemakan "Symphony Of Consecration" yang merupakan tajuk utama Demo 1997 band berkenaan dicetak kedua-dua bahagian; hadapan memaparkan artwork dari kulit demotape yang dimaksud sementara di belakang pula dicetak foto cult secara berkumpulan band TAHANNUS ini.

RENASCENT AXIS PRODUCTION mengeluarkan produk t-shirt ini menggunakan tag FRUIT OF THE LOOM, disediakan dari saiz S hingga XXL. Kepada sesiapa yang berminat untuk memperolehi t-shirt ini yang mana diedarkan pada harga RM40 (tidak termasuk kos pengeposan), bolehlah menghubungi SMS/WhatsApp: 019-3851059 / 010-2187824 atau e-mel: renascent.axis@gmail.com ataupun terus ke laman facebook pihak label tersebut.

INFORMASI:

2014-11-13

DIABOLICURST PRODUCTIONS - OFFICIAL MERCHANDISE

Dalam masa terdekat DIABOLICURST PRODUCTIONS dilapor bakal mengeluarkan beberapa official merchandise berupa longsleeve shirt. Antara yang berada dalam perancangan label ini adalah longsleeve VEHEMETH/SEREIGNOS dan juga BRAIN DEAD.


Longsleeve VEHEMETH/SEREIGNOS berkait-rapat dengan rilisan split Digipak CD "Easternic Tyrannical Duobolicults" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi. Artwork yang sama diguna pada kulit luar digipak dicetak pada longsleeve ini, karya Art Of Sickness 666. Produk ini menggunakan tag GILDAN tersedia dari saiz S hingga XXL.


Merchandise seterusnya adalah longsleeve untuk BRAIN DEAD mengambil sempena "Eternal War" Demo 1990 karya band lagenda Death Metal Malaysia berkenaan. Artwork asal dari demo tersebut diwarnakan dan diberi sentuhan semula oleh Yudiagusta (vokalis SEREIGNOS). Produk juga menggunakan tag GILDAN tersedia dari saiz S hingga XXL.


Selain daripada dua produk longsleeve di atas, DIABOLICURST PRODUCTIONS turut memaklumkan akan mengeluarkan official merchandise untuk UNDEAD, sebuah band Black/Death Metal dari Kuala Kangsar, Perak yang pernah suatu ketika mengeluarkan dua demo; "Towards the End... The Beginning..." (1994) dan "In Terms of Destruct" (1995).

Keluaran rasmi semua merchandise ini akan dihebahkan dari masa ke semasa.

INFORMASI:

06/12/2014 - BAGAN METAL HEADBANGERS

TARIKH: 6 DISEMBER 2014 | LOKASI: INSPIRASI MAYA STUDIO, BUTTERWORTH | MASA: 2:30PTG | TIKET: RM20 | BAND: DAMAQ / FARASU / PANDORATH / B.W.O (BETTER WORTH OVERDRIVE) / CAKERAWALA / ELGRANADE / LARI MALAM / TRAGICA | ANJURAN: INSPIRASI MAYA


INFORMASI:

KHEROW - SERTAI MONSTER OF LEGEND


Black/Death/Progressive Metal Bumi Kenyalang, KHEROW dijadualkan berangkat ke Indonesia pada Disember ini untuk mnyertai dan beraksi di pentas MONSTER OF LEGEND. Festival outdoor ini bakal berlangsung di Bulungan Blok M, Jakarta Selatan pada hari minggu, 14/12/2014. Penampilan KHEROW di acara tersebut merupakan satu penghormatan besar buat sebuah band dari Malaysia di mana pentas turut dikongsi bersama nama-nama besar dari negara tetangga tersebut antaranya EDANE, NOXA, SIKSAKUBUR< GRAUSIG, RAJAM dan sebagainya selain DIRTY EDGE, band Hardcore terkenal dari kota Jakarta yang bakal melancarkan album kedua. Hebatnya KHEROW, ini adalah kemunculan kali kedua KHEROW di MONSTER OF LEGEND setelah tampil kali pertama pada edisi 2012. 


INFORMASI:

TERDAHULU:

2014-11-12

BRAIN DEAD - CETAKAN KEDUA "FROM THE ECSTACY" CD


THRASHINGFIST PRODUCTIONS yang benar-benar kental jatidirinya sebagai sebuah label metal ekstrim tempatan memberikan komitmen yang cukup baik terhadap materialisasi karya hebat album BRAIN DEAD "From The Ecstacy" (1992) bilamana label yang telah lama bergiat cergas di utara Semenanjung ini dijadualkan mencetak semula album tersebut untuk kali keduanya atas desakan permintaan ramai. Diingatkan, cetakan kedua ini adalah yang terakhir dan tiada lagi cetakan ketiga!!

Terdahulu, cetakan pertama "From The Ecstacy" dalam format CD dikeluarkan oleh THRASHINGFIST PRODUCTIONS sekitar tahun 2010 sebanyak 1000 keping dan dilaporkan telah mendapat sambutan luarbiasa dan habis diedarkan. Menurut pihak label, melalui cetakan kedua ini ianya agak istimewa di mana setiap CD dilengkapi booklet 8-halaman yang memuatkan senikata lagu, himpunan foto lama serta temuramah terkini bersama Ein Possessor. Tambah menarik, rilisan ini juga disertakan 4 lagu bonus dipetik dari kompilasi "Dark Live Collection" dan "Death and Dead Live 1993".

THRASHINGFIST PRODUCTIONS juga memaklumkan kuantiti keluaran cetakan kedua ini hanyalah sebanyak 500 keping sahaja. Jumlah ini hakikatnya satu amaun yang begitu terhad untuk sebuah khazanah Death Metal yang terawal di rantau nusantara ini apatah lagi memandangkan pengedaran THRASHINGFIST PRODUCTIONS seperti yang diketahui bersebaran ke serata pelusuk dunia. Dengan jaminan kualiti yang jauh lebih baik dari rilisan pertama, "From The Ecstacy" CD cetakan kedua akan dirilis secara rasmi sekitar Disember 2014 pada harga ditawarkan cuma RM30 termasuk poslaju. 


Tempah salinan anda sekarang! Pesanan anda tidak memerlukan wang pendahuluan. "From The Ecstacy" adalah sebuah album wajib-milik untuk semua pencinta Death Metal tanahair. Setelah 22 tahun usia album ini, "From The Ecstacy" utuh di paksi gelombang pertama Metal Ekstrim Malaysia! Dengan kadar segera sila hubungi: facebook.com/stormingsteels,

INFORMASI:
facebook.com/pages/Thrashingfist-Prodsdistro/1432350357003397
facebook.com/pages/BRAIN-DEAD/86146964427

AHMAD RA1M1 - KEDATANGAN DEMO KEDUA


Pertengahan Oktober lepas, AHMAD RA1M1 melaporkan projek ini kembali ke studio untuk sesi rakaman terbaharu sebagai susulan kepada demo pertama "Elektro Qalbu Pendosa" dikeluarkan 27 September 2014 yang lalu. Difahamkan kerja-kerja studio telah menuju fasa-fasa akhir dan AHMAD RA1M1 dijadualkan merilis demo kedua "Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti" memuatkan 4 buah lagu baru secara rasmi pada 31 November 2014 ini, dalam kuantiti terhad 31 unit sahaja. Khabarnya juga, karya-karya AHMAD RA1M1 yang bakal diperhidangkan kali ini menjurus kepada Isolationist Ambient. Suatu yang menarik untuk dinantikan bersama.

INFORMASI:

TERDAHULU:

2014-11-11

AS SAHAR - PHENOMISTIK 12" LP


"Phenomistik" dianggap sebuah album paling berjaya dan berharga kepada keseluruhan perjalanan AS SAHAR, band Black Metal dari Kota Singa. Ia adalah cult dalam sejarah AS SAHAR dan cukup besar pengaruhnya kepada cetusan "fenomena" Eastern Black Metal sekitar pertengahan era 90'an.

Setelah 18 tahun jangkauan usia album pertama AS SAHAR itu di mana kali pertama dikeluarkan sekitar tahun 1996 melalui NEBIULA PRODUCTION, "Phenomistik" yang bersifat malar dan kekal segar untuk didengari sehingga ke hari ini mencapai satu lagi tahap statusnya bilamana diabadikan pula dalam format piringhitam (vinyl) 12". 

Phenomistik 12" LP bakal diriliskan pada penghujung November 2014 pada kuantiti benar-benar terhad 100 salinan sahaja! Pastikan diri anda berada dalam kelompok pemilik khazanah bernilai tinggi ini. Tiada peluang kedua jika ia terlepas dari cengkaman anda! Dapatkan rilisan ini pada harga munasabah RM120 (Malaysia), SGD50 (Singapura) atau USD50 (internasional) hanya dari pihak BLACKWINDS PRODUCTION.

Hubungi personal facebook Malik Hanael untuk sebarang hal pesanan, bayaran atau pertanyaan-pertanyaan lain.

INFORMASI:
facebook.com/pages/Blackwinds-Production-Distro/226003447462207
facebook.com/assaharcurse
facebook.com/AS.SAHAR.OFFICIAL

JINN MERCHANDISE: AS SAHAR "LIVE MYSTIKAL EXALTATION" T-SHIRT



Ekoran pengeluaran AS SAHAR "Live Mystikal Exaltation" CD oleh CASUS LUCIFERI RECORDS pada 13 Oktober 2014 lalu, AS SAHAR melalui kerjasama label clothing JINN MERCHANDISE merilis t-shirt eksklusif rilisan berkenaan. Pemilikan t-shirt ini pastinya menjadi penggenap dan pelengkap mutlak kepada mereka yang telah memiliki CD tersebut.


T-shirt yang hanya terdapat dalam fabrik merah dari tag GILDAN Ultra Cotton ini disediakan dalam pelbagai saiz mengikut permintaan pelanggan. Hubungi samada Hanael ataupun Jinn Merchandise untuk maklumat tentang harga, pesanan, bayaran dan sebagainya. Segera sebelum kehabisan, stok terhad!

INFORMASI:
facebook.com/pages/Jinn-Merchandise/339180872931433
facebook.com/assaharcurse

BERKAITAN:
CASUS LUCIFERI - CLR001-14: AS SAHAR "LIVE MYSTIKAL EXALTATION" CD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...