2014-10-31

CENTRAL DISPOSAL - OFFICIAL T-SHIRT 2014 | KEMASKINI


CENTRAL DISPOSAL melaporkan proses penghantaran poslaju t-shirt yang telah ditempah melalui pra-pesanan batch pertama dibuat secara berperingkat dalam tempoh 31/10/2014 hingga 9 November 2014. Ini bagi membolehkan pembeli mengenakan t-shirt tersebut semasa KL Metalcamp: Thrash & Burn 2014 di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara pada 16 November nanti di mana CENTRAL DISPOSAL dijadualkan berkongsi pentas bersama MUNICIPAL WASTE.


Bagi yang belum memiliki t-shirt CENTRAL DISPOSAL dan ingin mendapatkannya, pra-pesanan batch kedua kini dibuka di mana tempahan bermula dari 31/10/2014 hingga 30 November 2014. Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, t-shirt boleh dipilih samada tag GILDAN ULTRA ataupun FRUIT OF THE LOOM dan samada design HITAM ataupun PUTIH. Setiap helai t-shirt berharga RM50 (tidak termasuk kos poslaju). Hubungi Jeff Disposal untuk tempahan dan pembayaran.

Debut self-titled full-length CENTRAL DISPOSAL masih ada diedarkan pada harga RM20. Pihak band turut menawarkan sistem diskaun pembelian secara combo diberikan sebagai penghargaan mereka terhadap anda!

Combo 1: CD + Tee = RM65 (jimat RM5)
Combo 2: 2 Tee (Black & White) = RM90 (jimat RM10)
Combo 3: CD + 2 Tee (Black & White) = RM105 (jimat RM15)

INFORMASI:

TERDAHULU:

2014-10-30

MUAR METAL FEST II - OFFICIAL T-SHIRT


Sehubungan dengan berlangsungnya acara MUAR METAL FEST II pada 1 November 2014 di Dewan Persatuan India, Muar, pihak penganjuran melalui kerjasama KAHAK PRODUCTION telah mengeluarkan t-shirt rasmi gig tersebut. Barangsiapa yang berminat bolehlah membuat pesanan di mana t-shirt ini boleh diperolehi pada harga mampumilik RM30 sahaja! Untuk urusan tempahan dan bayaran, sila hubungi saudara Muhammad Izzul Jazli Kamarudin di laman facebook beliau: Ejoy Mutineer

28/03/2015 - SABAH DEATHFEST III

TARIKH: 28 MAC 2015 | LOKASI: KARAMUNSING ROOM | MASA: 1PTG | TIKET: RM40 | BAND: HUMILIATION / JASAD (Indonesia) / UNVEILED / AKAGRISH / USUS / DISOBEYED / MUNTAH DARAH / REACTORIZER | ANJURAN: EARBLAST RECORDS


INFORMASI:

01/11/2014 - KERAMAT DURJANA FESTIVAL 2014

TARIKH: 1 NOVEMBER 2014 | LOKASI: ALT HQ, KUALA LUMPUR | MASA: 3PTG | TIKET: RM30 | BAND: NARATU / RADIATA / INCRIES / THE EIGHTYFOUR / THY REGIMENT / DAARCHLEA / INCARNATION / FARASU / ENDZEIL / MASSACRE CONSPIRACY / CASSANDRA / TRES EMPRE / KIDS ON THE MOVE / ARTEFACTS / ART OF TEARS | ANJURAN: THE PEOPLE OF KERAMAT DURJANA



INFORMASI:

LIVE: HUMILIATION - BLOODSHED FEST 15 (2014)


HUMILIATION Live @ Bloodshed Fest 15
17 October 2014 in Dynamo, Eindhoven

LIVE: HUMILIATION - IN FLAMMEN OPEN AIR 2013

VIDEO MUZIK: FIRASAH - SI PENANGGAL


Uploaded on Mar 2, 2010 | 'Si Penanggal' is the first single and promotional video from Malaysian Rock Kapak / Heavy Metal band FIRASAH. | Production Team di Metal-X Studio, Damansara Damai: Deth Sabian, Ahmad Arafat dan Ahmad Humaizi punya Lighting. | "Forged in Metal" compilation is out now, March 2010, on Blower Records. | http://www.myspace.com/firasah | http://www.blower-records.com

VIDEO MUZIK: DAARCHLEA - THE GREAT EXTINCITON



Video muzik rasmi untuk The Great Extinction, sebuah lagu pada susunan terakhir dipetik dari album pertama DAARCHLEA berjudul "Suns" yang mana telah dikeluarkan pada 27 Ogos. 2014. Selain daripada disediakan dalam bentuk fizikal CD, "Suns" juga boleh diperolehi dalam format digital di i-Tunes, Amazon dan Spotify. Emel DAARCHLEA di daarchleaofficial@gmail.com untuk sebarang pertanyaan, info band, tempahan acara dan undangan, barang dagangan, pembelian CD, wawancara, ulasan dan lain-lain.

INFORMASI:

VIDEO MUZIK: MISTIK - WARFAAT

HERRIOT - TALKS ABOUT NEW ALBUM


Personally I think this new release is a total different monster than our previous albums. I really think in term of arrangements, this is by far the most aggressive compositions that we have ever done. It is more in-your-face and i love the new sound. This album is different, and in a good way. Although lacking in soul-grippin-mellow-ish parts, it is a sincere album. We still have a slow tempo song as we agreed that it is a must add on for Herriot. From the beginning it is in a way, a tribute to Malay Rock. I truly can't wait to present to you this freakin awesome of a release! We stayed true to our root... we stay true to metal. If you fukkin want a trendy bullshits, look else where. We hope to stay this way for a long time. Stay true and support! Hail. - Chen Herriot.

Tracklist:
1. The Mechanics of Self
2. Set to Burn
3. For All The Memories
4. Animated Existence
5. The End (Will Set You Free)
6. The Flame Of Discontent
7. Riders Of The Black Storm
8. Utopia's Burning
9. Exit Wound


From left to right: Adlan (guitar), Azim (guitar), Zar (bass), Chen (vocal), Mukriz (guitar) and Fariz (drums). WE ARE MELODIC DEATH METAL.

INFORMASI:

BERKAITAN:

2014-10-28

PERPETUAL - "GRIND OVER BORNEO" SPECIAL TOUR EDITION CD


Jagoan Harsh Grindcore Sabah PERPETUAL telahpun selesai menjayakan siri GRIND OVER BORNEO TOUR 2014 mereka sekitar September lalu. Sepanjang persinggahan mereka di beberapa destinasi dalam siri jelajah tersebut, PERPETUAL turut mengedarkan CD edisi khas istimewa tour tersebut "Grind Over Borneo". CD tersebut masih tersedia dan masih boleh diperolehi dari pihak PERPETUAL dipasarkan pada harga RM15 sahaja (telah termasuk kos pengeposan). 


"Grind Over Borneo" Special Tour Edition CD ini mengandungi satu seleksi lagu-lagu PERPETUAL dirakam antara tahun 2000 hingga 2013 yang pernah dimuatkan dalam beberapa keluaran Split Tape dan CD sebelum-sebelum ini. Album sulung PERPETUAL "Grind Your Mind" CD berharga RM20 juga masih ada lagi jika anda belum memilikinya. Hubungi PERPETUAL di laman facebook mereka atau terus SMS ke talian 013-8724406 (Zam) sekiranya berminat, sebelum kehabisan stok!

INFORMASI:

BERKAITAN:

BLACK DEMONS - BLACK ROCK & ROLL MADNESS


Telah terbit dan mula diedarkan! BLACK DEMONS - "Black Rock & Roll Madness" EP 2014 dalam format pro-tape dikeluarkan oleh BLOOD OF WAR RECORDS. BLACK DEMONS adalah band dari Batu Pahat, Johor yang memainkan muzik metalpunk di bawah pengaruh Venom, Motorhead, Midnight dan sepertinya. Kaset EP ini mengandungi 6 buah lagu, termasuklah sebuah cover lagu dari Venom. "Black Rock & Roll Madness" rilis secara rasmi pada 25 Oktober 2014 bersempena kemunculan BLACK DEMONS di acara FOOD NOT BOMBS (A Benefit Show For Food Not Bombs KL) berlangsung pada hari tersebut di Rumah Api, Ampang. Hubungi BLOOD OF WAR RECORDS di e-mel bloodofwar_records@yahoo.co.uk kiranya berminat mendapatkan EP ini.


INFORMASI:

2014-10-26

PERPETUAL - Perpetual New T-shirt!



Available Now! | Perpetual New T-shirt! | Price: Malaysia - RM 35.00 (COD) / RM 40.00 (by post) / Oversea - USD 18.00 | Price includes postage | Colour: White & Grey Green | Size: M to XXL (Asian size) | 100% cotton t-shirt | Payment: COD, Bank Transfer & Paypal | For order please PM via facebook or SMS to 0138724406 (Zam)

2014-10-25

PSYCHOTIC SUFFERANCE - 4-WAY SPLIT TAPE BOXSET | KEMASKINI



Sudah terbit dan segera beredar!! Penampilan Noisegrind Seremban PSYCHOTIC SUFFERANCE dalam 4-way split berformatkan double tape boxset bersama SETE STAR SEPT, PLATEMAKER dan GORGONIZED DORKS telahpun rilis dengan rasmi terhad 50 unit sahaja pada 6 Oktober 2014 melalui sebuah label di UK iaitu CRUEL NATURE RECORDS [Katalog: CN029]. Dalam rilisan ini, PSYCHOTIC SUFFERANCE menyumbangkan 14 buah lagu baru di mana lagu-lagunya adalah:

- You're Waging The War (0:47)
- Uprising My Ass (0:50)
- Breathing Dust (0:40)
- Carbide Booger (1:05)
- Chronic Drunk (1:08)
- Private Justice (1:17)
- Bouncing Betty (1:00)
- Satay Gagak (1:23)
- Marauder Passage (1:11)
- Clueless Newbies (1:22)
- Makan Suap (0:10)
- Profitable Slik Trick (0:54)
- Sufficiently Arrogance (0:56)
- Utterly Unfair (1:39)


INFORMASI:

BERKAITAN:

KAZANNA - UMUM KEANGGOTAAN TERBAHARU


KAZANNA baru sahaja (pada 23 Oktober 2014) melalui laman rasmi facebook mereka mengumumkan kemasukan dua ahli baru iaitu Zamir di bahagian bass dan Amy mengambil tempat menggantikan vokalis lama, Feeza.

Dengan yang demikian, band berpaksikan Symphonic Metal ini secara lengkapnya dibarisi oleh Amar Hakim (gitar/kibod), Zamir (bass), Reezal (dram) dan Amy (vokal). Line-up ini bakal membuat penampilan sulung di acara BURN IN FLAME 3 pada 21 Disember 2014 di Insider Space, Cheras.

Di samping itu mereka juga khabarnya masih di studio dalam persiapan merilis EP terbaharu.

INFORMASI:

16/11/2014 - KL METALCAMP: THRASH & BURN 2014

TARIKH: 16 NOVEMBER 2014 | LOKASI: BENTLEY MUSIC AUDITORIUM, MUTIARA DAMANSARA, KUALA LUMPUR | MASA: 7MLM - 10MLM | TIKET: RM118 (PRE-SALE) / RM130 (DOOR) | BAND: MUNICIPAL WASTE / CENTRAL DISPOSAL / SARJAN HASSAN | ANJURAN: KL METALCAMP




INFORMASI:
facebook.com/events/788246954571248
facebook.com/pages/KL-Metalcamp/208812119152270
facebook.com/kl.metalcamp
klmetalcamp.com

BERKAITAN:
THRASH & BURN 2014 - EDISI KE-7 KL METALCAMP

2014-10-23

27/12/2014 - EXTREME IST LAW II (LIVE DESECRATION 2014)

TARIKH: 27 DISEMBER 2014 | TEMPAT: ALINJIRAN GARDEN, KENINGAU, SABAH | BAND: KALABANGANZ / MASS HYPNOSIA / IRON SKULL / DESULTORY / ZOGHNITY / TENOMIZER | ANJURAN: INCONSPIRACY RECORDS / EVIL DEAD PRODUCTIONS


INFORMASI:

DAMAQ - "Nafs..." AKHIRNYA DIKELUARKAN!


23 Oktober 2014 pasti tercatat sebagai detik paling bersejarah dalam karier DAMAQ apabila tarikh ini dipilih sebagai hari rasmi rilisnya album penuh sulung dari band Symphonic Black/Dark Metal asal Kedah Darul Aman ini. "Nafs..." dijadikan judul album bermuatan 9 buah lagu dikeluarkan dalam format Pro-CD kemasan Digipak 3-panel. 

Senarai-Lagu:
01. Hevn
02. Tears of Need
03. Coming for Revenge
04. Consecration in Resurrection
05. Ylham
06. Nafs
07. Onursuz Asil
08. Beware of the Last (Just Another Sin)
09. I'm the One with The Old Name


"Nafs..." dirilis melalui label NORTHERN ASTRUM PRODUCTION. Album ini sudah pasti menamatkan kemarau rindu peminat dan penyokong DAMAQ yang telah kian lama menanti rilisan baru band ini setelah hanya keluar dengan satu-satunya demotape mereka "Whisper of the Night Winds" sekitar 1998. 


Bagi yang mahu segera mendapatkan album CD ini, "Nafs..." diedarkan pada harga (telah termasuk kos pengeposan) cuma RM35 (Semenanjung) atau RM40 (Sabah & Sarawak). Hubungi e-mel damaqnafs@gmail.com atau lebih mudah berkomunikasi di laman facebook DAMAQ untuk urusan pembelian, harga borong (khas buat wakil pengedar) atau lain-lain hal. 

INFORMASI:

BERKAITAN:

08/11/2014 - THE REBEL JOURNAL : 2

TARIKH: 8 NOVEMBER 2014 | LOKASI: SOUNDMAKER STUDIO, WELD QUAY, PULAU PINANG | MASA: 6PTG | TIKET: RM12 | BAND: JMS / JANITOR / BAHAJANG / WEOT SKAM / VIRGINIA ON DUTY / KILLEUR CALCULATEUR | ANJURAN: SOUNDMAKER STUDIO


25/10/2014 - FOOD NOT BOMBS

TARIKH: 25 OKTOBER 2014 | LOKASI: RUMAH API, AMPANG | MASA: 6PTG | TIKET: RM10 | BAND: MASS SEPARATION / VIRGINIA ON DUTY / REHEARSE / BRAWK / BLACK DEMONS | ANJURAN: RUMAH API


INFORMASI:

2014-10-21

DEATH INFERNAL - PROMO CD 2014



4-anggota Death Metal dari Kuching bergelar DEATH INFERNAL telahpun menerbit dan memasarkan material sulung mereka berupa sebuah Promo CD pada 9 September 2014. Promo ini memuatkan 5 buah lagu, seperti berikut:

1. Entering The Era Of Domination
2. Chaos Upon Mankind
3. Age Of Extinction
4. Dark Betrayal
5. Death Threat


DEATH INFERNAL ditubuhkan pada September 2012 terdiri daripada Thomas (vokal), Ritchie (gitar/vokal), Gary (bass) dan Bryan (dram). Bagi yang berminat untuk mendapatkan Promo CD 2014 dari band ini, sila berhubung di e-mel deathinfernal666@gmail.com atau terus ke laman facebook mereka.

INFORMASI:

INSACRED - PROMO 2014


Kali terakhir INSACRED menghasilkan material adalah pada April 2010 di mana mereka merilis "Evocation Of The Great Abyss" EP, selain terlebih dahulu melahirkan demo "The False God" sekitar Oktober 2009. Setelah lebihkurang 4 tahun membisu (dalam ertikata rakaman & rilisan), band Death Metal asal Kuching, Sarawak ini akhirnya tampil dengan sebuah promo-CD tanpa judul, hanya diberi nama "Promo 2014". Tiga buah lagu baru dijadikan pertaruhan INSACRED dalam promo ringkas ini, lagu-lagunya adalah:

1. The Great Narakas – 4:05
2. Heralds of Evil God – 4:35
3. Eyes of Heresy – 3:44



Promo CD berdurasi keseluruhan 12:24 minit ini dikeluarkan terhad 50 salinan sahaja! Ketiga-tiga lagu dirakamkan secara live di MOCKINGBIRD STUDIO oleh band yang ketika ini dibarisi oleh Ben  (vokal), Dwin (gitar), Sai (bass) dan Voon (dram). Untuk urusan pembelian atau sebarang koresponden, sila e-mel kepada: greatnaraka@gmail.com (Voon Ching Han) atau deformity1@gmail.com (Baldwin).

TERDAHULU:

DAMAQ - "Nafs..." ALBUM YANG TERTUNDA!


Satu demi persatu ruh lama kembali bernyawa! DAMAQ salah-satu darinya yang bangkit dari tidur yang panjang! Tiada siapa menyangka band asal Kulim, Kedah ini yang dilapor terbubar di luar jangka mengumumkan bakal rilisnya album debut mereka diberi judul "Nafs...". Satu-satunya anugerah yang lahir dari lubuk DAMAQ yang ditubuh sekitar 1994 adalah "Whisper of the Night Winds" Demo 1998 terbitan/edaran NORTH POEM RECORDS.


"Nafs..." adalah hadiah kehadiran DAMAQ yang meniti semula liku perjalanan Metal Malaysia. Ia sebuah album penuh yang cukup lama tertangguh! Masanya telah hampir tiba! Album ini dijadualkan rilis pada bila-bila masa sahaja melalui label NORTHERN ASTRUM PRODUCTION. "Nafs..." menghidangkan 9 buah lagu keseluruhannya melebihi 30 minit dalam skala Symphonic Black/Dark Metal, sebagaimana senarai berikut:

01. Hevn
02. Tears of Need
03. Coming for Revenge
04. Consecration in Resurrection
05. Ylham
06. Nafs
07. Onursuz Asil
08. Beware of the Last (Just Another Sin)
09. I'm the One with The Old Name


Pengumuman mutlak berkaitan rasminya rilisan dan edaran "Nafs..." yang dikeluarkan dalam format Pro-CD digipak 3-panel akan diberitahu sedikit masa lagi. Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan ke e-mel: damaqnafs@gmail.com atau terus ke laman facebook mereka. DAMAQ adalah Zarmth (vokal), S.S.V (gitar kedua), Uthwyez (gitar utama), Armeenx (bass), dan Stygian (kibod).

INFORMASI:

2014-10-20

PURNAMWULAN - KEMBALI KE STUDIO RAKAMAN


Begitu lama arena muzik metal tanahair sepi dari perkhabaran tentang PURNAMWULAN. Mereka suatu ketika memperhangatkan fenomena Eastern Metal mengikut acuan yang sedikit berbeza dan dimensi yang mereka perkenalkan melalui "The Fullmoon over the Kliwon" Demo 1996 (rilis pada 1 Jun 1996) didefinasikan sebagai Java Celestial Ethos Metal. Dek kerana kelainan yang dipaparkan telah menarik sambutan yang begitu menggalakkan, "The Fullmoon over the Kliwon" kemudiannya berada di bawah urusan edaran oleh MEMORIES RECORDS pada 1 April 1997. Selepas itu, cerita tentang perancangan tampil dengan rilisan baru di penghujung tahun 1998 hanya tinggal khabar angin sehinggalah adanya laporan bahawa band ini telah berpecah.

Terkini, angin perkhabaran bertiup kencang membawa berita PURNAMWULAN kembali berkarya dan dilapor berada di studio rakaman. Bersandarkan kepada sedikit maklumat yang diterima, EKSTRIM berkesempatan berkomunikasi dengan Sanghyang Wulan, gitaris merangkap vokalis band asal Perak Darul Ridzuan ini. "Rakaman ini adalah untuk kompilasi sebenarnya yang akan diterbitkan oleh Akey Mistik. Lagu kami ini akan dimuatkan dalam sebuah kompilasi band Black/Death Metal sebahagian dari Malaysia dan Indonesia, akan dipasarkan secara serius di Indonesia selain pasaran tempatan", ujar beliau yang turut melaporkan status kemajuan rakaman (pada 20/10/2014) telah mencapai 70% siap.


Sanghyang Wulan juga memaklumkan bahawa kerja-kerja rakaman telah/sedang giat dijalankan di NECRO X STUDIO, di mana studio ini juga yang sama digunakan untuk rakaman band seperti NEKRAD dan VOCIFERATION ETERNITY. Tatkala ditanya apakah masih kekal dengan muzik lama atau adanya sebarang evolusi berbanding demo terdahulu, jawaban diberi: "Konsep muzik lebih kepada technical rasanya kot sebab bukan aku yang tulis lagu. Konsep lirik pun dah lain, lebih ke arah divine intervention. Purnamwulan sekarang berbeza dari segi sound dan konsep demo dulu dah takde", kata Sanghyang Wulan menggambarkan bentuk muzik terbaharu PURNAMWULAN. Kenyataan ini mungkin mengundang sedikit rasa hampa di kalangan peminat dan penyokong band ini terutamanya mereka yang merindui keasyikan Java Celestial Ethos Metal terdahulu. Namun, dari sudut positif, ini harus dilihat sebagai satu anjakan kepada kematangan PURNAMWULAN yang kembali selepas 18 tahun.

Keanggotaan PURNAMWULAN dalam kerja rakaman ini dibarisi oleh ex-UNDEAD, ex-ASTAROTH, line-up asal dan juga dua orang ahli baru menurut kata Sanghyang Wulan yang juga dikenali dengan nama Aavimarga, vokal dalam HAYAGRIVA. Rakaman terkini ini adalah petanda kepada kepulangan PURNAMWULAN yang dinanti, juga saksi kepada era baru sebuah band yang telah ujud di peta Metal Malaysia semenjak 1993.

INFORMASI:

BLASPHMACHINE - "OATH" PROMO-EP 2014


Unit Black/Death Metal BLASPHMACHINE dilaporkan menerima tawaran sebuah label berpusat di UK iaitu COLD RAW RECORDS yang bakal mengeluarkan EP 2-lagu berjudul "Oath" dijadualkan rilis pada 20 Disember 2014. Berikut adalah kenyataan rasmi dikeluarkan pihak label:

I proud to announce: BLASPHMACHINE - "Oath" EP will be released by Cold Raw Records on 20.12.2014. BLASPHMACHINE hailing from Kelantan (Malaysia) has been under the radar from the start. Born from the ashes of some death metal bands, their start to embrace obscurity and from there, they unleashed a demo and soon, a debut release. Beware!!! - coldrawrecords.com

Menurut sumber BLASPHMACHINE, "Oath" adalah keluaran berasaskan "Promo MMXIV" yang hanya diedarkan oleh band ini sepanjang menyertai FOREVER UNHOLY TOUR MMXIV sekitar September 2014 lalu. "Oath" khabarnya untuk pasaran Eropah menampilkan ilustrasi berlainan sebagai penghias kulit hadapan.

Foto: BLASPHMACHINE - Promo MMXIV

Sepertimana "Promo MMXIV", EP "Oath" turut menampilkan 2 lagu yang sama, iaitu:
1. Heathen Fire - 2:39
2. Malleus Maleficarum - 2:06


"Oath" dipercayai menjadi penutup terbaik dari BLASPHMACHINE bagi tahun 2014 dan bakal menjadi 'pemanas badan' kepada rilisnya album full-length mereka yang mana dijadualkan rilis dalam format tape melalui ANALOG AMMUNITION RECORDS (Filipina) dan format CD melalui METAL MONGER RECORDS (Bangladesh). 

facebook.com/blasphmachine
blasphmachine.blogspot.com

Label:
facebook.com/ColdRawRecords
facebook.com/AnalogAmmunition
facebook.com/metalmonger

TERDAHULU:
BLASPHMACHINE - FOREVER UNHOLY TOUR MMXIV
BLASPHMACHINE - PRADENGAR: MALLEUS MALEFICARUM
FLYING AXE PRODUCTION - BLASPHMACHINE "HELL : DEMO" CD-R
BLASPHMACHINE - HELL : DEMO (2012)

THRASH & BURN 2014 - EDISI KE-7 KL METALCAMP


KL Metalcamp presents THRASH & BURN 2014

featuring:

MUNICIPAL WASTE
CENTRAL DISPOSAL
SARJAN HASSAN

Whether you’re into punk, metal, hardcore or any of the diluted sub genres concocted in the past decade, you probably have a vein that’s been pinched by MUNICIPAL WASTE. Richmond, Virginia’s speed metal punks will be on the road this coming November hitting Kuala Lumpur by headlining KL Metalcamp: Thrash & Burn 2014. Check out the full details below.

DATE: Sunday, 16th November 2014
VENUE: Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara
TIME: 06.00 PM until 10.00 PM

ENTRANCE INFO:

EARLY BIRD - RM98
only available online from 17 October until 31 October 2014. (online purchaser receive special autograph, media & photo session with band. M&G)

PRE SALE - RM118
available from 1 November until 14 November 2014. (available online, all Rock Corner outlets and selected metal store)

AT DOOR - RM130
(available at the venue - Bentley Music Auditorium)

TICKET AVAILABLE AT:


2. Rock Corner | All outlets
- Subang Parade (Ground Floor) 03-56131139
- The Curve (Ground Floor) 03-77331139
- Bangsar Village (1st Floor) 03-22021139
- The Gardens (3rd Floor) 03-22014893
- Suria KLCC (Level 3) 03-21815560

3. Selected Metal Store
- Nebiula HM Shop, KL - 011-15448766
- Necro X, Ipoh - 019-4271054
- Dead Beat, Penang - 012-4405694
- RDL, JB +6584031231
- Ravage Recs, SG - +6597929305

For more info, log on to: 

LIFELORN - MEMOIRS


Post-Black Metal Kuala Lumpur LIFELORN kembali menghasilkan karya terbaharu, sebuah album digital berjudul "Memoirs". Tafsiran muzikal LIFELORN boleh juga dikategorikan sebagai Depressive Rock mahupun Ambient Black Metal, mengambil BURZUM (old) dan HAPPY DAYS sebagai inspirasi. "Memoirs" mempertaruhkan 8 buah lagu, mula diletakkan di laman bandcamp.com (muat-turun berbayar) semenjak 18 September 2014.


Menurut A, individu di belakang tirai LIFELORN: "Memoirs" ditujukan kepada mereka yang pernah melalui pengalaman-pengalaman traumatik, memaksa mereka mengimbau kembali detik-detik tersebut sambil memujuk mereka untuk memaafkan mereka yang pernah menyakiti mereka, atau sekurang-kurangnya mengajak mereka untuk meletakkan ego mereka ketepi untuk melihat kehadapan dengan harapan untuk masa depan yang lebih cerah. "Memoirs" boleh dikatakan sebuah album 'unblack' memandangkan pengarangnya juga seorang penganut agama tauhid. Tetapi setiap pendengar boleh menterjemah isi album tersebut dalam konteks mereka sendiri tanpa mengira batasan kaum atau pegangan.

INFORMASI:

NEBIULA PRODUCTION: HELOISA "MIRROR OF TRINITY" CLASSIC SERIES CD


November 2014 ini dijangka menyaksikan penerbitan semula satu-satunya album dari HELOISA berjudul "Mirror Of Trinity" di bawah program Classic Issue oleh NEBIULA PRODUCTION. Untuk makluman, keluaran asal album ini adalah pada tahun 1998 dan dikeluarkan semula sekitar 2003 juga dalam format kaset dengan cover artwork yang berbeza.

Sesuatu yang telah lama dinanti, NEBIULA PRODUCTION mengambil langkah untuk ulangcetak terbaharu ini HELOISA "Mirror Of Trinity" bakal menemui peminatnya dalam format cakera padat. Sekali lagi, ilustrasi berbeza akan digunapakai untuk hiasan kulit hadapan rilisan CD ini. Nantikan pengumuman rasminya rilisan HELOISA "Mirror Of Trinity" hanya melalui NEBIULA PRODUCTION.


INFORMASI:
facebook.com/heloisa.horde
facebook.com/nebiulahm.shop
facebook.com/groups/169011836465259

FLYER: LAVATORY "Morbid Terror" CD


PULVERISED RECORDS PRESENTS:
LAVATORY - Morbid Terror CD

Ugly rotting Death Metal is alive and well in the form of Malaysian monstrosity LAVATORY! The group's cryptic debut album entitled "Morbid Terror" is a cyclone of chainsawfuck riffs held in true fashion to the ancient Swedish necropolis-obsessed Death Metal soaked in a fanfare of corpses, gore and death.

With the stunningly spectral cover artwork by Swedish ghoul-lustrator Daniel 'Devilish' Johnsson (Entrails, Sorcery, Torture Division, etc), "Morbid Terror" exudes a bewitching charm that brought back the preseding Swedish Death Metal primordial atmosphere with a genuine sense of urgency.


INFORMATION:

RELATED:

KL HELLBANGERS II "BACK TO ATTACK" - OFFICIAL T-SHIRT

Sempena bakal berlangsungnya KL HELLBANGERS II - KUALA LUMPUR HEADBANGERS METALFEST 2014 di Insider Space, Cheras pada tarikh 15 November 2014 akan datang, pihak berkaitan turut mula melancarkan pre-order t-shirt rasmi acara tersebut.



Menggunakan tag Fruit of the Loom, pelanggan juga berpeluang memilih samada t-shirt berwarna hitam ataupun putih. Setiap helai t-shirt dijual pada harga RM45 (edaran tangan) atau RM50 (melalui poslaju). Sekiranya berminat, sila hubungi facebook: Muhd Fadzrien Ardhie a.k.a. CrueltyntheBeast atau WhatsApp: 010-4016157 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

Perhatian: Pre-order t-shirt ini akan ditutup pada 23/10/2014. Artwork dan design t-shirt oleh Formulas of Death Artworld.

BERKAITAN:

PSYCHOTIC ART ZINE - ISU #17 | EDISI OKTOBER HITAM (2014)


Fanzine berorientasikan himpunan ilustrasi, puisi dan cerpen independen PSYCHOTIC ART ZINE kembali dengan penerbitan terbaharu iaitu isu yang ke-17, turut digelar "Edisi Oktober Hitam". Di bawah kendalian, susunan dan suntingan editornya Amir Fadli, keluaran kali ini mengetengahkan karya-karya bebas dari Azie Ixia Pelangi Hati, Mira D Kin, Mior Abdul Muneer, Zakie Azid, Kim Smiley Crow, Anakmanjoi, Uncle Slim River, Farah Lina Daim, Rifki Syarani Fachry, Somluck Sapheantong, Yusth Red Eyes, Aisyah Ibrahim, Aku Napie, Jack Giantkilla dan juga Abu Huzaifah Saharuddin.


Lebih menarik, sesuai dengan gelaran "Edisi Oktober Hitam", isu #17 dengan setebal 72 halaman mukasurat bersaiz A5 ini menampilkan kulit luar yang cukup "gelap" sifatnya. Tanpa prejudis serta di luar belenggu rasisma dan bigotri, PSYCHOTIC ART ZINE #17 amat sesuai untuk mereka yang terbuka menghayati seni melalui karya pelbagai dimensi. 


Edisi Oktober Hitam dilancarkan dan mula dipasarkan secara rasmi pada hari berlangsungnya Kuala Lumpur Zine Fest pada 18 Oktober 2014 di Dataran Undrgrnd, Plaza Dataran Merdeka, Kuala Lumpur di mana pihak PSYCHOTIC ART ZINE turut mengambil bahagian. Kepada yang berminat mendapatkan fanzine ini, segera hubungi e-mel: sickscreen_p@yahoo.com atau facebook: Amir Fadli.

INFORMASI:
psychoticartzine.blogspot.com

2014-10-18

PUTREFIED REMAINS - "NOVUS ORDO SECLORUM" PRO-TAPE 2014


14/10/2014 – Di bawah definasi Gloomy Black Death Metal, gerombolan PUTREFIED REMAINS kembali mewarnai persada muzik metal tanahair bersama kelahiran album penuh debut mereka diberi judul "Novus Ordo Seclorum". Mengikut kronologi, "Novus Ordo Seclorum" adalah rilisan ke-4 dalam senarai diskografi band asal Perak ini, setelah terlebih dahulu merilis "EERIE - Spread The Hate" EP 2012, "In Gloomy Darkness Mourning" Single 2012 dan "Split 2013" bersama DIED. 



PUTREFIED REMAINS "Novus Ordo Seclorum" dikeluarkan dalam format Pro-Tape oleh label tempatan NARROWARDS [Kat#: NARROW013] secara rasmi mula dipasarkan pada 14 Oktober 2014. Secara muzikal, PUTREFIED REMAINS meneruskan apa yang mereka telah persembahkan melalui rilisan-rilisan terdahulu dan bagi yang belum mengenali band ini, mereka mewarisi semangat lama Greek Occult Metal dipelopori band seperti NECROMANTIA, ROTTING CHRIST, THOU ART LORD dan terutamanya VARATHRON. Lapan buah lagu dihidangkan dalam album ini, seperti berikut: 

Side Putrefied
1. The Dying Lullabye
2. Evil Revelation
3. Delusion Of Reality
4. Novus Ordo Seclorum - Satanic Democracy

Side Remains
5. Silverian Hordes
6. Abandoned In A Grave
7. In Gloomy Darkness Mourning
8. Defamation Suicidal


"Novus Ordo Seclorum" marks the debut full length of Malaysian black death exploits PUTREFIED REMAINS. Confidently and proudly confined to the glorious, unforgettable vintage VARATHRON and ROTTING CHRIST trademarked Greece sounds, here are the remnants expertly evoked by those that really lived and breathe those years of distinguishable darkness. First 100 run in full color double sided cover on pro-duplicated tapes with red label, and a special gift affiliated with the band if you purchase it directly from us. – NARROWARDS

Harga (termasuk kos pengeposan): RM15 (Semenanjung) / RM17 (Sabah/Sawarak) / USD10 (worldwide). Hubungi e-mel: narrowards@gmail.com atau facebook: Narrowards Kult untuk sebarang urusan pembelian mahupun pertanyaan lanjut. 

INFORMASI:

TERDAHULU:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...