2014-09-27

PSYCHOTIC SUFFERANCE - 4-WAY SPLIT TAPE BOXSET



Ini sesuatu yang ditunggu-tunggu! PSYCHOTIC SUFFERANCE tampil dengan kesemua lagu-lagu baru dalam sebuah rilisan 4-way split tape keluaran CRUEL NATURE RECORDS (UK). Selain PSYCHOTIC SUFFERANCE, split ini turut menggabungkan band-band grind/noise seperti SETE STAR SEPT, PLATEMAKER dan GORGONIZED DORKS. 31 buah lagu keseluruhannya dihimpunkan dalam format 2 kaset berkembar (double cassette box). Artwork oleh Josh Decker. Tarikh rasmi rilis pada 6 Oktober 2014. Pra-pesanan bermula 29 September. Terhad 50 unit sahaja!

INFORMASI:

AHMAD RA1M1 "ELEKTRO QALBU PENDOSA" DEMO CD


Sebelum ini nama Ahmad Raimi hanya dikenali sebagai tulang belakang kepada band-band seperti AU REVOIR dan juga WRECKÄR namun tak ramai yang menyangka insan seni ini juga memiliki projek solo yang muzikalnya bersifat non-metal. Projek bergelar atas nama sendiri ini, AHMAD RA1M1 menyalurkan karya-karya bernuansakan Ambient dan Darkwave. 

Hari ini, 27 September 2014, AHMAD RA1M1 telah mengeluarkan sebuah Demo CD berjudul "Elektro Qalbu Pendosa" yang mana menghidangkan 6 buah lagu baru ciptaan beliau, dirakam dan diadun di Faithcraft Studio serta turut dimuatkan sebuah lagi lagu bonus. 

01. Dia
02. Gering
03. Hampa
04. Virus
05. Tempat Yang Tiada Tangis
06. Pari-Pari
07. Aku Rindu Kematian (bonus)

Lagu bonus Aku Rindu Kematian sebenarnya sebuah lagu yang telah dicipta sekitar tahun 2008 lagi dan hanya diperdengarkan di laman myspace, juga diketengahkan dalam sebuah split 3-way "Pengukir Nada dari Makam" bersama DELUSI dan SIAL diriliskan baru-baru ini.

"Elektro Qalbu Pendosa" Demo CD dikeluarkan melalui label FAITHCRAFT PRODUCTIONS [Kat#: FP0013], dicetak profesional (Pro-CD) sebanyak 100 salinan sahaja! Harga: RM16 (Malaysia) termasuk kos pembungkusan & pengeposan. Pembayaran boleh dibuat secara pindahan wang ke akaun Bank Islam bernombor 0901 0010048495 (Faithcraft Productions). Sila hubungi faithcraftproductions@yahoo.com atau talian +60192281979 untuk maklumat lanjut dan pembelian. 

Demo ini juga dikeluarkan dalam format kaset audio cukup terhad kepada 17 unit sahaja bersempena Cassette Store Day. Juga dijual pada harga RM16 termasuk poslaju. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua versi, harganya adalah RM26 (termasuk pos) akan tetapi harus menghubungi pihak AHMAD RA1M1 atau FAITHCRAFT PRODUCTIONS terlebih dahulu bagi memastikan adanya stok versi kaset ini. 

INFORMASI:

TERDAHULU:

2014-09-26

THE CASKET - DEDAHKAN ILUSTRASI DAN SENARAI LAGU CD 2014


Projek old-school Death Metal gaya 90-an dari Sabah THE CASKET dijadualkan merilis sebuah album penuh  "Rise The Undead" CD 2014 sedikit masa sahaja lagi. Mereka mendedahkan ilustrasi yang bakal digunakan sebagai hiasan hadapan kulit CD dan juga senarai lagu yang akan dimuatkan, sepertimana berikut:

1. Intro: Realm of Chaos 
2. Rise The Undead 
3. The Skeletonia
4. Virus Kematian
5. Zombie Invasion
6. Wound That Never Be Heal
7. Vaccine For My Blood 
8. Infected 
9. Slave To The Grind

THE CASKET sebelum ini pernah mengeluarkan "Dead Is Alive" EP (4 lagu) pada 1 Jun 2012 melalui EARBLAST RECORDS. "Rise The Undead" juga akan dikeluarkan oleh label yang sama. Di bawah ini adalah sampel lagu Slave To The Grind, saduran lagu asal SKID ROW.


INFORMASI:

ALCHEMY OF SICKNESS - SPLIT TAPE BERSAMA WORLD DOWNFALL


Grind Kulai Jaya ALCHEMY OF SICKNESS akan bergabung bersama sebuah band dari Jepun WORLD DOWNFALL dalam satu rilisan split tape berjudul "World Sickness". Ia adalah rilisan bersama BROKEN NOISE RECORDS dan OPERATION NOISE RECORDS dan akan dikeluarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2014 sewaktu kemunculan ALCHEMY OF SICKNESS di acara HEAVY HARDCORE JOHOR BAHRU.


TARANTULAH - MODERATE METAL PUNK PATCH



TARANTULAH pada 18 September 2014 telah melancarkan pengeluaran patch bersulam MODERATE METAL PUNK (genre muzik yang mereka mainkan), dua warna benang iaitu putih dan merah. Setiap satu diedarkan pada harga cuma RM6 (ambil di tangan) / tambah RM4 jika melalui pesanan pos. Sekiranya berminat, sila hubungi Man Rabaxx (vokalis) di: facebook.com/man.tarantulah

INFORMASI:

11/10/2014 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #9

TARIKH: 11 OKTOBER 2014 | LOKASI: THE WALL, BATU PAHAT | MASA: 6PTG | TIKET: RM15 | BAND: NIURA (Switzerland) / HELLEXIST / BERANTAKAN / INTIFADAH (Singapura) / BENZOATE / VÄÄRISTYMÄ / A.A.D | ANJURAN: BP DRUNKARD / THE WALL


INFORMASI:

2014-09-23

BASEMENT RECORDS: VAULT "LIVE IN OSAKA" TAPE


BASEMENT MC 2014 16: VAULT – Live in Osaka TAPE | HARGA: RM8 | RILIS: 27/09/2014 - Cassette Store Day


INFORMASI:

BASEMENT RECORDS: KATHGOR "THE LORD OF INFERNAL BLASPHEMY" TAPE


BASEMENT MC 2014 12: KATHGOR - The Lord of Infernal Blasphemy TAPE | HARGA: RM9 | RILIS: 27/09/2014 - Cassette Store Day


INFORMASI:

FAITHCRAFT PRODUCTIONS: AHMAD RA1M1 "ELEKTRO QALBU PENDOSA" DEMO TAPE


FP007: AHMAD RA1M1 "Elektro Qalbu Pendosa" Demo Tape | Harga: RM16 (Malaysia) [pasaran tempatan sahaja!] | Status: BAKAL TERBIT 27/09/2014!! | Kuantiti: 17 UNIT SAHAJA!!! | Harga termasuk pembungkusan dan pengeposan | E-mel: faithcraftproductions@yahoo.com | Mobil/SMS: +60192281979 | No.Akaun: 0901 0010048495 (Faithcraft Productions - Bank Islam) | Nota: Edisi terhad bersempena Cassette Store Day pada 27 September 2014 | Pengeluar: FAITHCRAFT PRODUCTIONS

INFORMASI:

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.04/2014


Memaparkan berita-berita ringkas, terkini dan perkembangan semasa dari: HUMILIATION, DEATH INFERNAL, PSYCHOTIC SUFFERANCE, BEHIND THE DEATH, KAZANNA, DIRE CROWN, MALAPETAKA, BLOOD LEGION, RESURRECTION dan DICKTRACY.


HUMILIATION
Full-length kelima HUMILIATION "Battalion" CD 2014 keluaran DEEPSEND RECORDS kini boleh diperolehi di pasaran tempatan pada harga RM30 (tidak termasuk kos pengeposan) hanya dari vokalisnya Bear Bee [facebook.com/bear.bee.7]. Sepertimana deskripsi label pengeluar, dalam album ini HUMILIATION kembali kepada akarumbi asal muzikal berinspirasikan BOLT THROWER berbanding " Turbulence From The Deep" (2013) yang agak dipengaruhi ASPHYX.


DEATH INFERNAL
Death Metal dari Kuching, DEATH INFERNAL melancarkan Promo CD 2014 pada 9 September lepas. Dianggotai oleh Thomas (vokal), Ritchie (gitar/vokal), Gary (bass) dan Bryan (dram), DEATH INFERNAL mempertaruhkan 5 buah lagu dalam promo tersebut (mengikut susunan); Entering The Era Of Domination, Chaos Upon Mankind, Age Of Extinction, Dark Betrayal dan Death Threat.

facebook.com/deathinfernalband
deathinfernal.bandcamp.com
soundcloud.com/death-infernal


PSYCHOTIC SUFFERANCE
Noisegrind PSYCHOTIC SUFFERANCE akan terbabit dalam satu rilisan 2-way split bersama Grindgore SHITFUCKINGSHIT dari Trieste, Italy. Split dalam format tape ini dirilis oleh gabungan dua label; JESBOLIGAKURAC RECORDS (Serbia) dan NARCOTICA DISTROZINE (Itali) manakala ilustrasi pada muka hadapan sampul kaset dibuat oleh Massimiliano Zinnanti - 0rgan.deviantart.com.
facebook.com/pages/PSYCHOTIC-SUFFERANCE/135981805742


BEHIND THE DEATH
Deathcore BEHIND THE DEATH telah meriliskan sebuah demo self-titled, dilancarkan semasa kemunculan mereka di Uprising Music Fest di Menara Kementerian Belia & Sukan, Presint 4, Putrajaya pada 13 September lalu. Kira-kira setahun yang lalu (7 Ogos 2013), mereka juga telah melancarkan single berjudul Abominable Zionisme.
facebook.com/pages/Behind-The-Death/203443873013620
reverbnation.com/behindthedeath
twitter.com/BehindtheDeath


KAZANNA
Symphonic/Gothic Metal KAZANNA dilaporkan bakal kembali setelah lebih dua tahun menyepi. Sekitar Mei 2011 mereka pernah mengeluarkan sebuah EP berjudul "Will Of Heroes". Kini mereka merancang untuk merilis sebuah lagi EP di mana secara tentatif diberi judul "The Final Dimension". Salah sebuah lagu yang akan dimuatkan dalam EP tersebut adalah Angel Of The Heaven. Nantikan sesuatu yang baru dan segar dari KAZANNA jika anda meminati band-band seperti Nightwish, Epica, Within Temptation dan Kamelot.
facebook.com/kazannaofficial
reverbnation.com/kazanna

DIRE CROWN
Thrash/Death Metal DIRE CROWN terpilih sebagai salah-satu band sessi pembukaan BORNEO EXTREME FEST 2014 yang menampilkan CARCASS sebagai headline pada 13 Oktober ini. Dalam pada itu, band asal Miri, Sarawak ini dalam persiapan untuk merilis debut EP di mana beberapa lagu dalam senarai mereka adalah Avenging the Defeat, Arced Heresy, Witchery Retribution, dan [Red]volution II.
facebook.com/pages/Dire-Crown/198656263522114


MALAPETAKA
Death/Thrash MALAPETAKA akan menjelajahi Asia Selatan pada Januari 2015. Setakat ini, dua tarikh dan lokasi telahpun disahkan; 9 Januari di NEPAL DEATHFEST, Kathmandu - Nepal dan 11 Januari di ENTOMBED METAL FEST, Mumbai - India. MALAPETAKA turut diberitakan menerima anggota baru dan kini mereka terdiri daripada Boon (vokal), Ashok (gitar), Raja (gitar), Alias (bass) dan Naji (dram).
facebook.com/malapetaka.kl
facebook.com/NEPAL.DEATHFEST
facebook.com/entombedfest


BLOOD LEGION
Death Metal BLOOD LEGION dari Kuala Lumpur telah merilis sebuah EP, dikeluarkan pada 26 Ogos 2014. EP berjudul "Dawn Of The Pariahs" ini hanya tersedia dalam format analog tape (kaset). Menariknya, EP ini turut memuatkan sebuah lagu cover dari kumpulan DEATH iaitu Zombie Ritual.

facebook.com/bloodlegion666
reverbnation.com/bloodlegion666


RESURRECTION
Heavy/Power Metal Kuching RESURRECTION yang diasaskan/dianggotai oleh Andy (bekas ahli SENSELESS) baru sahaja merilis single kedua mereka "I Kill Again" awal September 2014, susulan kepada single pertama "Dark Maya" (rilis penghujung Julai 2011). "I Kill Again" dalam format Pro-CDR menampilkan 2 buah lagu, termasuklah sebuah instrumental/outro. Dapatkan single ini, dijual pada harga cuma RM10 (edaran di tangan / tidak termasuk kos pengeposan) samada dari pihak band mahupun wakil pengedar rasmi mereka, EASTERN VOICE PRODUCTION. [Foto ehsan EVP]
facebook.com/andy.b.sapawi
facebook.com/eastern.voice.production


DICKTRACY
Modern/Hardcore Metal DICK TRACY melancarkan pre-order untuk pakej rilisan EP 2014 mereka berjudul "[Reboot]". EP berkandungan 6 buah lagu disekalikan dengan t-shirt (berkualiti FOTL Heavy - UK) dan sticker diedar pada harga RM45 (tambahan RM5 lagi untuk pengeposan). Pre-order ini terhad kepada 50 unit sahaja dan tawaran berakhir pada 29 September 2014. Hubungi dicktracymy@gmail.com sekiranya berminat!
facebook.com/DICKTRACY.MY
youtube.com/DICKTRACYTV

Kepada mana-mana pihak band, label, zine dan sebagainya yang ingin memuatkan maklumat terbaharu dalam dokumentasi BULETIN METAL MALAYSIA edisi akan datang, sila e-mel kepada ekstrimzine@gmail.com atau mesej di facebook.com/piankvlt. Sokongilah gerakan muzik metal / underground buatan tempatan!

27/12/2014 - BERTUKANG MALAM-MALAM V

TARIKH: 27 DISEMBER 2014 | LOKASI: DUSUN LAZIM, JANDA BAIK, PAHANG | MASA: 11PG | TIKET: PERCUMA | BAND: IMPERIAL / DEATHMONGER / SERMONT / VISITANT / NOSFERIEL / TASYIM / ANGUISH / SUFFER REMAIN / CATARRH / DAMAQ / MU-ARU / VINIIR / AL AZAZHIL / PUAKERYSM / IVVIIV / MOLESTED SATYRIASIS / HEREAFTER / TORCH / MATTRA / OXIDICIDE / KARRAK / PAWAKA / ANTOLOGI / EXOTHERMIX | ANJURAN: MUZIKOM / TEMERLOH METAL BRIGADE / ITNA TSIRHC MERCHANDISING / KL METALEGION


NOTA: Makanan dan minuman ringan disediakan, digalakkan membawa bekalan makanan dan minuman ringan dari kedai serbaneka yang berdekatan atau dari rumah anda. Untuk yang hendak bermalam sila sediakan khemah sendiri. Perbuatan yang terpesong dari tuntutan agama dilarang keras!

21/12/2014 - BURN IN FLAME 3

TARIKH: 21 DISEMBER 2014 | LOKASI: INSIDER SPACE, KOMPLEKS MALURI CHERAS, KUALA LUMPUR | MASA: 2PTG | TIKET: RM35 | BAND: JAGAL (Surabaya Brutal Death) / NALAIS (Bali Grindcore) / NEKRAD / SICKSOCIETY / CAFERGOT / KAZANNA / MORGGORM / WHOGOESTOWAR | ANJURAN: INDONESIAN METALHEAD KUALA LUMPUR (IMKL)


INFORMASI:

2014-09-22

10/10/2014 - HEAVY HARDCORE JOHOR BAHRU

TARIKH: 10 OKTOBER 2014 | LOKASI: EMBRACE HALL, JOHOR BAHRU | MASA: 8MLM | TIKET: RM15 | BAND: HELLEXIST / TOOLS OF THE TRADE / ALCHEMY OF SICKNESS / OATH (Bandung) / NIURA (Switzerland) / VÄÄRISTYMÄ | ANJURAN: BROKEN NOISE RECORDS


INFORMASI:

SAMURAI - MENUJU JALAN PULANG


SAMURAI bakal kembali menerjah persada muzik metal negara, dijadualkan muncul di pentas MUAR METAL FEST II pada 1 November 2011 di Dewan Persatuan India, Muar. SAMURAI dianggap band underground pertama di Johor, ujud semenjak 1989 dengan nama asal NUCLEAR DEATH sebelum bertukar nama kepada OPERATION CORPSE sekitar 1992. Di bawah nama SAMURAI, mereka merakam dan merilis 3 buah album; "Pendekar Belantara" (2000), "Konfrantasia" (2001) dan "Angker" (2003).


Kemunculan semula SAMURAI di acara Muar Metal Fest turut diiringi pengeluaran album kompilasi berjudul "Menuju Jalan Pulang", sebuah himpunan kesemua lagu dari ketiga-tiga album yang dinyatakan tadi. Keseluruhannya terdapat 32 buah lagu, dimuatkan dalam dua CD berkembar dan hadir dalam format DVD case! Lagu-lagu tersebut diterbitkan dan diadun semula oleh Wan Samurai (gitaris & vokalis band ini). Harga edaran "Menuju Jalan Pulang" CD adalah RM45 termasuk kos poslaju.


Selain daripada CD, pihak SAMURAI juga turut mengeluarkan t-shirt berkaitan dengan "Menuju Jalan Pulang" ini. Difahamkan kuantitinya agak terhad, kualiti FOTL (Fruit of the Loom), stok tersedia saiz M, L dan XL. Harga sehelai t-shirt adalah RM60 termasuk kos pengeposan.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan samada CD atau t-shirt atau kedua-duanya sekali, sila hubungi facebook: Brader Buang atau WhatsApp: 019-2390463. Selamat pulang SAMURAI, lagenda Death/Thrash Tangkak/Muar!!

CENTRAL DISPOSAL - OFFICIAL T-SHIRT 2014

Rejimen Thrash Kelang, CENTRAL DISPOSAL yang meriliskan album pertama mereka penghujung Mei 2014 lalu terkini mengeluarkan t-shirt khas sejajar dengan pengeluaran album tersebut. Dua design disediakan untuk anda yang berminat memilikinya!



Harga setiap helai t-shirt adalah RM50 (manakala harga "Central Disposal" CD adalah RM20 seunit). Bagi menghargai sokongan anda terhadap CENTRAL DISPOSAL, pihak band menawarkan DISKAUN melalui pembelian secara COMBO, seperti berikut:

COMBO 1
CD + T-shirt
= RM65 (jimat RM5)

COMBO 2
2 T-shirt (Black & White)
= RM90 (jimat RM10)

COMBO 3
CD + 2 T-shirt (Black & White)
= RM105 (jimat RM15)

Harga disebutkan di atas belum termasuk kos poslaju. Pesanan melalui pos perlu tambahan RM6 (Semenanjung) / RM10 (Sabah / Sarawak). Segala urusan tempahan, pembelian dan lain-lain keterangan lanjut, sila hubungi Jeff Disposal di facebook.com/jeffdisposal atau SMS/WhatsApp ke talian 018-6607074.

Nota: Bagi yang telah membuat tempahan pre-order BATCH #1, tarikh akhir pembayaran adalah pada 25 September 2014. Pre-order BATCH #1 masih dibuka dengan syarat pembayaran dibuat sebelum/pada tarikh tersebut. Pre-order BATCH #2 juga dibuka (tempahan selepas tarikh 25 September). Hubungi Jeff Disposal untuk penjelasan lanjut. Pakej COMBO terbuka pada semua tempahan (pre-order) dan pembelian!!

INFORMASI:

BERKAITAN:

MISTIK - LIVE TANGERANG JAKARTA T-SHIRT



Sempena penampilan di acara TANGERANG GOLENTRANG bertarikh 21 September 2014 di Tangerang, Jakarta, Indonesia, MISTIK melalui label DIABOLICURST PRODUCTIONS mengeluarkan t-shirt eksklusif "Live Tangerang Jakarta Indonesia 2014. T-shirt berkualiti Gildan Ultra Cotton tersedia dari saiz S hingga XXL (mengikut tempahan pembeli) diedarkan pada harga RM50 (di tangan) / RM56 (termasuk poslaju ke Semenanjung) / RM60 (termasuk poslaju ke Sabah/Sarawak). Pembayaran: Akaun Maybank 1574-2906-9108 (NORDINI BT. KAMARUDDIN) / PayPal: nonee.dinie@gmail.com. Segala urusan tempahan/pembelian, hubungi: Ruy Zal (facebook) atau SMS/WhatsApp 012-4693743. Artwork oleh: Jenglot Hitam.

INFORMASI:

BERKAITAN:

2014-09-17

MIND MUTILATION - RILISAN PERTAMA DALAM PEMBIKINAN


MIND MUTILATION secara umum adalah sebuah band baru di persada muzik berat tanahair namun ahli anggotanya terdiri daripada pemuzik-pemuzik berpengalaman dari beberapa band yang cukup dikenali. Band asal Kuala Lumpur/Selangor berpaksikan Brutal Death Metal ini dibentuk sekitar 2014 dibarisi beberapa pemuzik dari band seperti ENDZEIL, DARKREGIME, SCENT OF CARNAGE dan beberapa lagi. 

MIND MUTILATION dilaporkan bakal tampil dengan rilisan pertama berupa EP atau Promo dijadualkan pada November 2014 akan datang. Difahamkan muzik mereka dipengaruhi band-band seperti Hate Eternal, Guttural Secrete, Ingested dan Decapitated. Mereka juga menjanjikan aksi yang ganas dan kejam di pentas jika diberi peluang.

MIND MUTILATION terdiri daripada Wira (vokal), Paan (dram), Hisham (gitar) dan Kamil (gitar).

INFORMASI:

DELUSI - "MANIFESTASI" DEMO 2014



DELUSI kembali dengan kelahiran demo pertama mereka setelah merilis promo 2-lagu "Fatamorgana" pada 1 Jun 2014. "Manifestasi" Demo 2014 dizahirkan pada 1 September 2014 melalui label sendiri FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION dalam format CD-R terhad kepada 16 salinan sahaja!

"Manifestasi" meneruskan evolusi pengkaryaan DELUSI melalui hidangan 5 buah lagu yang berlatarkan runut bunyian kelam dan suram Dark Ambient, depresif dan penuh emosional! Durasi keseluruhan demo ini adalah 21 minit 21 saat. Senarai lagu yang dihasilkan Jiwa (gubahan & rakaman) dalam demo ini adalah:

1. Manifestasi - 4:12
2. Igau - 3:55
3. Dimensi - 3:36
4. Jurang - 4:08
5. Fantasmagoria - 5:29



Bagi yang berminat mendapatkan "Manifestasi" Demo 2014 ini dan mahu mengenali senimuzik ciptaan DELUSI, boleh dapatkannya pada harga RM5 dengan cara menghubungi e-mel: delusiproject@gmail.com.

INFORMASI:

13/10/2014 - BORNEO EXTREME FEST 2014

TARIKH: 13 OKTOBER 2014 | LOKASI: STADIUM PERPADUAN, KUCHING | MASA: 7MLM | TIKET: RM120 | HEADLINE: CARCASS | OPENING: PERPETUAL / DIRE CROWN / DEVOURMY / KOLBENFAUST / NERAIS | ANJURAN: PERSATUAN GERAK RINTIS INDUSTRI MUZIK METAL SARAWAK / KARUNGUNI



INFORMASI:

BERKAITAN:

HERRIOT - KAMI MASIH MELODIC DEATH METAL!


"Hampir lengkap... hanya beberapa buah lagu sahaja lagi (untuk disiapkan)". Begitulah bunyinya status terkini dari HERRIOT di laman rasmi facebook mereka. Ini mungkin ada perkaitan dengan percubaan merealisasikan album "The Flame Of Discontent" yang pernah dikhabarkan sebelum ini.

"Kepada semua penyokong setia HERRIOT, kami tahu kami telah mengambil masa yang begitu panjang dalam usaha menyiapkan album baru kami. Kami mohon maaf atas keadaan ini tetapi kami jamin ianya bakal tiba. 80% (pembikinan album) telah diselesaikan. Sekiranya anda cenderung kepada In Flames, At The Gates dan Arch Enemy, anda pasti gembira dengan album baru kami ini nanti. Kami mahu berikan yang terbaik, dan kami juga mahu anda mendapatkan (sebuah rilisan) yang terbaik. Kami masih melodic death metal", menurut sumber HERRIOT.

HERRIOT yang sebelum ini telah merilis "Celestial Obelisk" EP 2000 dan "Transworld Chaos" album 2001 turut memaklumkan mereka kembali kepada format 3 gitaris. Line-up terkini terdiri daripada Chen (vokal), Adlan (gitar pertama), Azim (gitar kedua), Mukriz (gitar ketiga), Boy Abui (bass) dan Fariz (dram). HERRIOT dijadualkan turut menyertai acara CHARITY GIG FOR PALESTINE & SYRIA di hari pertama, 27 September 2014.

INFORMASI:

BERKAITAN:

MORGGORM / EXOTHERMIX - UNITED FOR THRASH



Jangan terkeliru! Ini bukan berita tentang rilisan split MORGGORM / EXOTHERMIX atas judul "United For Thrash". Dua unit Thrash Metal tempatan ini; MORGGORM dan EXOTHERMIX akan turut serta dalam acara UNITED FOR THRASH yang dijadualkan berlangsung di Wolezz Cafe, Bekasi, Indonesia pada Ahad, 2 November 2014. Sekalung budi buat pihak penganjur BLOODWAVE RECORDS di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada kedua-dua band dari Malaysia ini dan kepada MORGGORM serta EXOTHERMIX, tahniah diucapkan dan selamat mengibarkan Jalur Gemilang!!

INFORMASI:

IRON SKULL - IRONGRAVE IRONFUKK T-SHIRT


T-shirt eksklusif dari IRON SKULL, band Heavy/Thrash Metal Sabah keluaran INCONSPIRACY RECORDS.

INFORMASI:

NICROTEK / SIAL - "KEBAHAGIAAN SELEPAS MATI" SPLIT 2014


Hubungan baik dua negara serumpun Malaysia dan Indonesia tidak terkecuali dalam konteks muzik metal/underground! Ekoran komunikasi dan kolaborasi SIAL, band Depressive Black/Ambient tempatan bersama NICROTEK, Dark Ambient Black Metal dari Surabaya, Indonesia maka terhasillah Split CD "Kebahagiaan Selepas Mati", juga kerjasama produksi dua negara berkenaan; MINDLESS PRODUCTION (Indonesia) dan MTD PRODUCTION (Malaysia).

Foto Ehsan Mindless Production (Indonesia)

Split dalam format Pro-CDR ini dikeluarkan terhad kepada 66 salinan, diedarkan pada nisbah kuantiti yang sama iaitu 33 salinan setiap label. Ianya rilis tepat tanggal 1 September 2014, memuatkan 10 buah lagu keseluruhannya; 5 lagu sumbangan setiap band/artis:

NICROTEK
01. Lingsir Wengi
02. Gundul Pacul
03. Cublak-cublak Suweng
04. Gambang Suling
05. Nina Bobo

SIAL
06. Sunyi
07. Penantian Sudah Berakhir (Selamat Tinggal)
08. Iblis
09. Transilvanian Hunger (Darkthrone cover)
10. Busuk Hati



Bagi yang berminat untuk mendapatkan split ini, ianya beredar pada harga RM15 (Malaysia) / IDR30 (Indonesia). Hubungi pihak label untuk keterangan lanjut dan urusan pembelian.

20/09/2014 - RAMPAGING NIGHT

TARIKH: 20 SEPTEMBER 2014 | LOKASI: RUMAH API, AMPANG | MASA: 8MLM | TIKET: RM10 | BAND: GAUR / LAVATORY / ATOMICDEATH / KELADAK / COMPULSION TO KILL | ANJURAN: BOO HOO


NOTA: LAVATORY "MORBID TERROR" CD RELEASE PARTY

INFORMASI:

2014-09-13

PRA-PESANAN | TOOLS OF THE TRADE - "PROCLAMATION" LP


Yang dinanti kian hampir dimiliki! PRA-PESANAN atau dalam ertikata lain 'penempahan awal' album terbaharu TOOLS OF THE TRADE "Proclamation" kini telahpun dibuka! Ini adalah full-length ketiga dari unit Grindcore berkenaan, selepas "Inmate Consumption" (2007) dan "Defy" (2012). "Proclamation" dikeluarkan dalam format 12" LP melalui kerjasama Cactus Records, Kusottare Records dan Straineyes Productions.



Sebagaimana sedia maklum "Proclamation" dijadualkan rilis secara rasmi pada 3 Oktober 2014. Tempahan awal ini akan membolehkan anda yang telah lama menanti album ini dapat memilikinya sebaik sahaja ianya diriliskan. Barang diingat, cetakan pertama cukup terhad kepada 300 unit sahaja, berharga RM60 + kos pengeposan. Semua pra-pesanan diambil tindakan penghantaran pada 4 Oktober 2014. Hubungi label-label berikut:

CACTUS RECORDS - cactusdistro@gmail.com

KUSOTTARE RECORDS - kusottare_punkrec@yahoo.com

STRAINEYES PRODUCTIONS - straineyes@gmail.com


"Proclamation" keseluruhannya menghidangkan 18 buah lagu baru karya TOOLS OF THE TRADE. 12" LP ini didatangkan dalam kemasan Gatefold Jacket dan turut diberi poster bersaiz 18" x 24" secara percuma! Artwork oleh Rozarina. Dirakam di Kerbauworks di bawah kendalian dan adunan Tom Bollocks selaku jurutera bunyi. Proses mastering oleh Dan Randall di Mammoth Sound Mastering, California. Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan:

SIDE A
01. Conviction
02. Consumed
03. Mass Indoctrination
04. Blemish
05. Seeking Of Affiliation
06. Crisis
07. Suffer Now!
08. Final Awake
09. A Silent Loss
10. Vault
SIDE B
01. Bestial Ancestors
02. Empathy
03. Mankind's To Blame
04. Stagnant Culture
05. Reprisal
06. Isolation
07. Dominion Of Evil
08. Benefit & Control


Bersempena tarikh rasmi rilisan "Proclamation" ini, sebuah Release Party dinamakan PENGISYTIHARAN bakal berlangsung di Beatnik, Pandan Indah pada 3 Oktober nanti. Selain persembahan TOOLS OF THE TRADE sebagai headline, majlis turut dimeriahkan oleh aksi-aksi undangan dari OSMANTIKOS, DAIGHILA dan SARJAN HASSAN. Kemasukan percuma!!!

INFORMASI:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...