2014-08-27

01/11/2014 - MUAR METAL FEST II

TARIKH: 1 NOVEMBER 2014 | LOKASI: DEWAN PERSATUAN INDIA, MUAR | MASA: 2PTG | TIKET: RM25 | BAND: SAMURAI / HIDDEN SILENCE / TORCH / MALAPETAKA / DEMORFORESSUS / ANTABOGA / SUCCUBUS / AZARAKH / LYING KISSES / BLOODY SITUATIONS / SUFFER REMAIN / SCENT OF CARNAGE / GORESLUTS / RIGORE / KARRAK / NIRRAJIM / HELLISHLINTHAR | ANJURAN: G.A.H PRODUCTION



2014-08-25

29/08/2014 - TOM'S HOMECOMING PARTY!!

TARIKH: 29 OGOS 2014 | LOKASI: RUMAH API, AMPANG | MASA: 8MLM | TIKET: RM5 | BAND: SHITNOISE BASTARD (Shah Alam Noise Grind) / LANGGAR LARI (Bahau Fast Hardcore) / CRIMESCENE (Bear Brigade Power Violence) | ANJURAN: RUMAH API


INFORMASI:

2014-08-22

DAARCHLEA - PRA-PESANAN UNTUK "SUNS"


Sepertimana dilaporkan kira-kira sebulan yang lalu, DAARCHLEA yang mana pada masa itu berada di fasa terakhir persiapan mengeluar album penuh yang pertama berjudul "Suns" kini kian menghampiri tarikh keramat rilisnya album tersebut secara rasmi pada 27 Ogos 2014. DAARCHLEA telah membuka pra-pesanan (Online Pre-order) bagi sesiapa yang mahu segera mendapatkan album tersebut. Dua pakej ditawarkan, sebagaimana berikut:


SET A: 
"Suns" CD + Sticker
RM 30.00 
(harga termasuk pengeposan dalam Malaysia)

SET B:
"Suns" CD + Edisi Terhad "Suns" T-Shirt + Sticker 
RM 80.00
(harga termasuk pengeposan dalam Malaysia)

Hantarkan pesanan anda sekarang dengan mengisi butir-butir seperti berikut: 
Nama Penuh: 
Alamat: (alamat surat-menyurat) 
Nombor Telefon: 
E-mel: 
Item: (Set A atau Set B) 
Saiz (jika ada): (saiz t-shirt) 
Bilangan Item: (kuantiti) 


Hantar ke daarchleastore@gmail.com. DAARCHLEA akan kembali kepada anda untuk maklumat pembayaran atau sebarang pertanyaan (jika ada). Team Merch mereka akan menyampaikan semua pakej melalui Pos Laju pada Isnin, 25 Ogos 2014. Anda akan menerima pakej dalam tempoh dua (2) atau tiga (3) hari bekerja. Tarikh tutup pre-order online ini adalah pada Jumaat, 22 Ogos 2014

INFORMASI:

TERDAHULU:

2014-08-21

MISTIK - ADAKAN PERSEMBAHAN DI TANGERANG, INDONESIA


Lagenda black mitoslistik Pulau Mutiara, MISTIK dijadualkan beraksi buat pertama kali di tanah seberang Indonesia pada 21 September 2014. Mereka bakal turut serta mengadakan persembahan di sebuah festival metal/underground dinamakan TANGERANG GOLENTRANG, berlangsung di Tangerang, sebuah kota yang terletak di Provinsi Banten, Indonesia, 25km di sebelah barat kota Jakarta.


Penampilan MISTIK di Tangerang, Jakarta, Indonesia ini pasti menjadi medan terbaik buat mereka mengembangkan sayap di persekitaran nusantara apatah lagi band ini sedang giat mempromosikan rilisan CD pengeluaran semula "Airmata Sesalan" EP klasik mereka melalui DIABOLICURST PRODUCTIONS.

INFORMASI:

BERKAITAN:

HUMILIATION - PRA-PESANAN "BATTALION" DIBUKA!


Kosistensi melahirkan sebuah album penuh setiap tahun telah menjadi agenda penting dari kem HUMILIATION. Laskar bercelana celoreng ini dilaporkan bakal tampil dengan full-length 2014 berjudul "Battalion" dijadualkan rilis Oktober ini. 

"Battalion" adalah album penuh kelima dalam turutan diskografi HUMILIATION, dikeluarkan oleh DEEPSEND RECORDS, label USA yang sama bertanggungjawab merilis "Turbulence From The Deep" CD 2013. Pengisiannya dikatakan HUMILIATION kembali kepada akarumbi asal muzikal berinspirasikan BOLT THROWER berbanding "Turbulence..." yang agak dipengaruhi ASPHYX.

Malaysian war mongers Humiliation have returned with their fifth album, Battalion and you should expect a beating of intense, old school death metal. While on last year's Turbulence From the Deep the band focused more on Asphyx death-doom worship to great success, Battalion eliminates all enemies with one swift brigade of aural hellfire. Once again Humilation have returned to their roots and Bolt Thrower are the beast to which you owe your sacrifice. Battalion is a vicious pounding of old school death with a production that sounds like it's pushing twenty-years old... and we mean that in the best possible way. - Deepsend Records


Pengeluaran "Battalion" CD 2014 ini cukup tepat pada masanya untuk dijadikan bekalan HUMILIATION yang akan tampil di pentas BLOODSHED FEST di Eindhoven, Belanda pada 17 Oktober 2014 seterusnya dalam rangka jelajah MILITARY FORCE TOUR 2014, 17 - 26 Oktober di benua Eropah. 

Menurut DEEPSEND RECORDS, pra-pesanan / tempahan untuk mendapatkan "Battalion" telahpun dibuka! Penghantaran kepada pelanggan (yang membeli melalui pra-pesanan) akan bermula pada 9 September. Manakala tarikh rilisan rasmi adalah pada 14 Oktober 2014. 

Price: USD 11 (USA) / USD16 (World)
shipping & handling costs included.

INFORMASI:

BERKAITAN:

01/11/2014 - AN EVENING WITH FRANK BLACKFIRE

TARIKH: 1 NOVEMBER 2014 | LOKASI: STOPZONE HALL, LARKIN IDAMAN, JOHOR BAHRU | MASA: 8MLM | TIKET: RM30 | ARTIS: FRANK BLACKFIRE AND FRIENDS | ANJURAN GRINDERSBALL




*FRANK BLACKFIRE - LEGENDARY GUITARIST OF SODOM AND KREATOR

INFORMASI:

11/10/2014 - ROCK IN SIBU

TARIKH: 11 OKTOBER 2014 | LOKASI: HAPPY VALLEY, PARAMOUNT HOTEL, SIBU, SARAWAK | MASA: 1:30 - 5:30PTG | TIKET: RM12 (+Free Button Badge) | ARTIS: JOE PV (PUREVIBRACION) / AMBUSHED / ANNA & THE SCENE / DANIEL ADING / ERECTUS / MY EYES SEE GHOST / ROCKSCHOOL / THE GREAT MUSANG | ANJURAN: MNPBORNEO (MENJREX NERTO PRODUCTION)


INFORMASI:

BASEMENT RECORDS: VAULT - WAR FUCKING WAR 12" LP [CETAKAN KEDUA]


BASEMENT RECORDS, label yang giat beroperasi di Port Dickson, Negeri Sembilan meneruskan sokongan padu mereka ke atas album kompilasi "War Fucking War" dari unit Thrash Metal Punk Kajang VAULT. Jika penghujung Julai 2014 diumumkan ulangcetak ke-3 rilisan, kali ini diperhebahkan pula pengeluaran format piringhitam 12" LP bagi ulangcetak kali ke-2. Untuk makluman, rilisan pertama adalah pada sekitar Oktober 2012.

"War Fucking War" menghimpunkan semua lagu VAULT dari rilisan "Raging Force" Demo 2006 (Final Punishment Records, Belanda) dan "Fuck Off and Die!!!" Demo 2009 (Dying Victims Productions, Jerman) serta ditambahnilai dengan perletakan dua lagu 'unreleased'; Victim of Pain dan War Fucking War yang sebenarnya dicadangkan untuk projek split 7" bersama APPÄRATUS (tidak dapat dikeluarkan kerana 2 lagu VAULT tersebut melebihi had durasi format 7").

SIDE A
01. Raging Force
02. Bastard
03. Nuclear Aggressor
04. Black Leather Cult
05. Riot Bomb
06. Victim of Pain

SIDE B
07.F.O.A.D.
08. Onslaught of Death
09. Heavy Metal Attack
10. Metal of Death
11. Vengeance
12. War Fucking War

01 - 05: "Raging Force Demo" 2006
07 - 11: "Fuck Off and Die!!!" Demo 2009
06 & 12: previously unreleased


Perkara yang menarik mengenai cetakan kedua LP "War Fucking War" ini adalah penampilan senilukis (artwork) baru yang berbeza menggantikan hiasan kulit jaket edisi asal. Segera hubungi orderbasementrecords@gmail.com untuk mendapatkan rilisan ini. [Sumber: 5 Ogos 2014]

INFORMASI:

BERKAITAN:

2014-08-20

SIAL - LAGU BARU & RILISAN SPLIT

Belumpun lama diperhebahkan tentang rilisan-rilisan mereka; "Mati II" Demo [CD oleh SATANICA PRODUCTIONS dan kaset oleh ROOTS ACTIVE PRODUCTION] serta "Nyawa" EP melalui WINTERWOLF RECORDS, entiti Black Metal depresif/ambien tempatan SIAL kian mengorak langkah menghasilkan karyacipta terbaharu serta diberitakan bakal tampil dalam satu rilisan split!


PRA-DENGAR LAGU BARU: SUNYI
"Sunyi". Begitulah bunyinya judul lagu baru olahan terkini SIAL ini. Menurut Nyawa (vokalis), "Sunyi" sedikit-sebanyak membawa SIAL beberapa tapak ke hadapan, memperlihatkan lagi ciri-ciri depresif, ambien serta format post-blackmetal yang mereka ingin terapkan identiti muzikal mereka.


SPLIT: KEBAHAGIAAN SELEPAS MATI
"Kebahagiaan Selepas Mati" adalah judul rilisan split menampilkan SIAL bersama sebuah band dari Indonesia iaitu NICROTEK yang turut memiliki kecenderungan muzikal yang serupa. Split CD ini akan dikeluarkan pada 1 September 2014, terhad 66 salinan oleh kolaborasi MINDLESS PRODUCTION (Indonesia) dan MTD PRODUCTION (Malaysia).

SIAL baru-baru ini juga turut terbabit dalam kompilasi THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2 keluaran FAITHCRAFT PRODUCTIONS.

INFORMASI:

BERKAITAN:

PERPETUAL - GRIND OVER BORNEO TOUR 2014


Kegempitaan Harsh Grindcore janaan PERPETUAL bakal menggegarkan 5 buah bandar utama sekitar kepulauan Borneo, 6 - 16 September ini. Jelajah yang dinamakan GRIND OVER BORNEO TOUR 2014 ini dijangka menjadi medan terbaik buat PERPETUAL yang masih dalam rangka promosi "Grind Your Mind" CD yang mereka riliskan pada penghujung 2013 lalu. Tarikh dan lokasi yang diatur dalam siri jelajah tersebut adalah:

06/09/2014 - LAHAD DATU - SABAH

07/09/2014 - SANDAKAN - SABAH

13/09/2014 - KUCHING - SARAWAK

14/09/2014 - PONTIANAK - INDONESIA

16/09/2014 - KOTA KINABALU - SABAH


INFORMASI:

BLASPHMACHINE - FOREVER UNHOLY TOUR MMXIV


Jentera berat Black/Death Metal Kota Bharu, BLASPHMACHINE dijadualkan terlibat dalam satu siri jelajah dinamakan FOREVER UNHOLY TOUR MMXIV. Band yang pernah meriliskan promo/demo "Hell:Demo" sekitar 2012 akan turut disertai oleh EXHUMATION (Indonesia), SAVAGE DEITY (Thailand) dan SHAMBLES (Thailand) dalam siri jelajah tersebut di 3 destinasi persinggahan:

12/09/2014 - PULAU PINANG

13/09/2014 - KUALA LUMPUR

14/09/2014 - SINGAPURA
@ SCREAMS FROM THE MORGUE PART I

INFORMASI:




SCREAMS FROM THE MORGUE in league with PULVERISED RECORDS present to you six regional bands which are garnering a heavy reputation in the Metal Underground will be playing in Singapore on 14th September 2014 at Aliwal Arts Centre.

Doors Open at 4:30PM.

1. EXHUMATION (Indonesia)
2. ORATOR (Bangladesh)
3. SAVAGE DEITY (Thailand)
4. GOATCHRIST666 (Thailand)
5. NUCLEAR WARFARE (Thailand)
6. BLASPHMACHINE (Malaysia)

Official SFTM merchandise will be handled by RAVAGE RECORDS.

Come down and support Underground Metal around our region, just $15 at the door BEFORE 6PM and $20 after 6PM. No hidden costs, no gimmicks. Experience a night of pure and evil death!

2014-08-19

06/09/2014 - VOICE OF BORNNEO

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2014 | LOKASI: BALLROOM KABIR RESTAURANT, LAHAD DATU, SABAH | TIKET: RM10 | BAND: PERPETUAL / AGONIZED / BOXTAK / REACTORIZER / ARMADOS | ANJURAN: BORNNEO STUDIO & BERANI MUNTAH RECORDS


16/09/2014 - GRIND OVER BORNEO MINI GIGS!!!

TARIKH: 16 SEPTEMBER 2014 | LOKASI: KOKUNS STUDIO, ASIA CITY, KOTA KINABALU | MASA: 7MLM | TIKET: BY DONATION | BAND: PERPETUAL / HAEMALOMA / MINDCARNAGE / AGONIZED / MUNTAH DARAH | ANJURAN: SABAH GRIND COMMUNITY & THE NOISE PRODUCTION


NOTA: Tiada nilai tertentu diletakkan pada harga tiket. Ia adalah By Donation, di mana bayaran kemasukan atas dasar ehsan pengunjung. Semua jumlah donation (wang yang terkumpul) akan disalurkan kepada tabung Aman Palestin.

13/09/2014 - SEPTEMBER MOON

TARIKH: 13 SEPTEMBER 2014 | LOKASI: INSIDER SPACE, TAMAN MALURI, KUALA LUMPUR | MASA: 3PTG | TIKET: RM25 | BAND: RAVENLORD / SAVAGE DEITY (Thailand) / BLASPHMACHINE / EXHUMATION (Indonesia) / SHAMBLES (Thailand) / PUAKERYSM / SUCCUBUS / VINIIR / DESECRATE | ANJURAN: FYING AXE PRODUCTIONS

THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2


Setelah dikatakan agak tertunda dari jadual pengeluaran yang disasarkan, kompilasi THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2 akhirnya mula dipasarkan pada 18 Ogos 2014. Siri kedua rilisan label FAITHCRAFT PRODUCTIONS ini menampilkan 17 buah band pelbagai genre, iaitu; GREY SKIES FALLEN (Usa), WARMACHINE (Malaysia), AU REVOIR (Malaysia), PANYCHIDA (Republik Czech), HERETICAL (Itali), NARAKA (Thailand), HIGH VOLTAGE (Indonesia), SIAL (Malaysia), PURGE THE ARBITRATOR (Malaysia), NEFTARAKA (Malaysia), CULTRISTIC (Malaysia), GOATLUSTING CHAOS (Malaysia), KOLBENFAUST (Malaysia), INFERNAL EXERCRATOR (Singapura), PSYCHOTIC SUFFERANCE (Malaysia) dan PURGATION (India).


Akibat kegagalan kerjasama yang pada awalnya dirancang bersama NUSANTARAJIM PRODUCTION, kaset kompilasi THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2 hanya dikeluarkan pada kuantiti sebanyak 150 unit sahaja! Harga seunit adalah RM16 (termasuk pos) / USD10. Pihak label menerima bayaran secara PayPal, Maybank2U dan RHB. Hubungi: faithcraftproductions@yahoo.com / Facebook: Raimi Barbarossa [pemilik label]

INFORMASI:

BERKAITAN:

ZOGHNITY - "CULT OV SATAN" T-SHIRT


Unholy Black Metal dari Tawau, Sabah bergelar ZOGHNITY telah mengumumkan t-shirt pertama keluaran mereka mengambil sempena rilisan Promo CD/Tape band sekitar April 2014 lalu. 'Cult Ov Satan' adalah lagu yang diletakkan pada trek pertama pada promo mengandungi dua buah lagu tersebut. T-shirt ini menampilkan logo rasmi terbaru ZOGHNITY manakala di bahagian belakang tertulis:

Create the empire
From hatred and lust
Against the God hymns
Until dawn is breeze

Diikuti tagline yang menjadi tunjang kemegahan band ini: TAWAU UNHOLY BLACK METAL. T-shirt ini diedarkan pada harga RM35 (edaran di tangan) atau +RM10 (poslaju ke Semenanjung) / +RM5 (Sabah & Sarawak). Pra-pesanan untuk sesiapa yang mahu mendapatkan t-shirt ini telahpun dibuka (dan akan ditutup pada 10 September 2014). Hubungi mana-mana ahli ZOGHNITY atau laman facebook band untuk menempah saiz yang diinginkan. 

HUBUNGI:

2014-08-13

30/08/2014 - MERDEKA - HEADBANGERS ALIVE / HAIL TO MALAYSIA

TARIKH: 30 OGOS 2014 | LOKASI: INSIDER SPACE, 158-4-1 KOMPLEKS MALURI, JALAN JEJAKA, 55100 KUALA LUMPUR | MASA: 5PTG | TIKET: RM30 | BAND: SIL KHANNAZ / SUFFERCATION / LOBOTOMY / HEREAFTER / SUCCUBUS / VISITANT / ALLIANCE | ANJURAN: NEBIULA PRODUCTION



Nota: SIL KHANNAZ akan menampilkan gabungan istimewa line-up "Gerbang Kayangan" (1997) terdiri daripada Lan Bye (dram), CD (gitar), Jaie (vokal), Daie (gitar) dan Hashim (bass).

INFORMASI:

2014-08-12

23/08/2014 - MUSECA RAYA GIG 2014

TARIKH: 23 OGOS 2014 | LOKASI: MUSECA STUDIO, DUNGUN, TERENGGANU | MASA: 3PTG | TIKET: RM8 | BAND: DISTASTE / SUFFER REMAIN / EMBERIFF / ON YOUR SIDE / THE DEMOCRATIC / NOSFERIEL / SAPPRAH / SAHAYA / SELIMOUT LITOUK / NIURA (Itali) / KEEP THE FAITH (Indonesia) | ANJURAN: MUSECA STUDIO


INFORMASI:
019-9445733 - SYUK

2014-08-09

31/08/2014 - THUNDER EMPEROR "I REFUSE I RESIST" EP LAUNCH

TARIKH: 31 OGOS 2014 | LOKASI: PENNYLANE STUDIO, SUNWAY MENTARI, PETALING JAYA | MASA: 3PTG | TIKET: RM15 (+ CD PERCUMA) | BAND: THUNDER EMPEROR / CAFERGOT / PUNAHRANAH / REHEARSE / VENTORIOR


INFORMASI:

2014-08-08

TARANTULAH / PENGUASA ANJING / PKSGRIND - 3..2..1..DESTROY!!


TARANTULAH (Moderate Metal Punk KL) dan PENGUASA ANJING (Grind/Punk Sabah) bergabung bersama PERANGKAI KEMBANG SEROJA atau PKSGRIND (Crustgrind dari Jakarta, Indonesia) dalam satu rilisan 3-way split berjudul "3..2..1..Destroy!!" keluaran HEADHUNTER RECORDS. Split CDR ini mula beredar pada 5 Ogos 2014, berharga cuma RM3 (tidak termasuk kos penghantaran). Hubungi Benny Pangazou (pemilik label) untuk pesanan!

TARANTULAH
01. War Brutality
02. Apa Erti Kita Kawan
03. Demokrasi Itu Dusta
04. Provokasi Hati Mati
05. Hellbanger
06. Mati Hidup Semula
PENGUASA ANJING
07. Woof Woof (intro)
08. Pedang Bermata Dua/Part 2
09. Kami Bukan Jakun
10. Musnah
11. Stop Abuse Me
12. Duit Itu Tuhan Palsu
13. Penguasa Anjing
PKSGRIND
14. Sampah Berguna
15. Hijau (Puppen cover)
16. Police Brutality (Bekas cover)
17. Kontol Hidup Mu
18. Matilah Kau
19. Kerjakan Sendiri


INFORMASI:

CHARITY GIG FOR PALESTINE & SYRIA: 27 & 28 SEPTEMBER 2014

TARIKH: 27 & 28 SEPTEMBER 2014 | LOKASI: INSIDER SPACE, KOMPLEKS MALURI, CHERAS, KUALA LUMPUR | MASA: 2:30PTG | TIKET: RM15 | ANJURAN: RAWK ONE ARMY | NOTA: 100% KUTIPAN DIDERMAKAN / DENGAN KERJASAMA AMAN PALESTINE & GREEN PROJECT SYRIA


27 SEPTEMBER 2014
HERRIOT / VOCIFERATION ETERNITY / KUGIRAN D' TEPI PANTAI / ARM IN ARM / PUAKERYSM / RISING TERROR / MU-ARU / SELF DEFENSE / BRAWK / EXOTHERMIX / STRIKEOUT / TU7UH / TRAGICA / OFFNOTE / KOMPASS / SLAPJAW / ENTHRONE FALLS / ARAZZ

28 SEPTEMBER 2014
THE PILGRIMS / BLINDTRIBE / INCARNATION / BABA ANDY / SPIRAL KINETIK CIRCUS / ORION / NOP / SKINBASHER / CENTRAL DISPOSAL / FARASU / CRYO INFERNO / THE XTROTOYZ / BARMY SYSTEM / LYING KISSES / ROCKTONE / LAST STAND KIDS / SHAM KAMIKAZE



Khaos MetalWear Official "Charity Gig for Palestine & Syria" T-shirt | Code: KMW 0003 | By Hand: RM30 collect or buy at venue *RM10 will donate to Aman Palestine | By Post: add RM5 postage for Peninsular Malaysia / add rm10 postage for Sabah / Sarawak | Quality/Sizes: Gildan Premium Cotton sizes S. M. L. XL. 2XL. 3XL | Payment: For order please bank in at - Maybank Magenta Screen Printing - 562357114644 and inbox Nahax Ov Farasu your details (size & address) if by post | Nota: *sila buat pembayaran sebelum 20hb September 2014 / *untuk by hand sila collect di venue / *untuk by post akan mula di-pos selepas 21hb September 2014

INFORMASI:
facebook.com/groups/1458909241031835
facebook.com/events/803529259671495

12/09/2014 - FRIDAY NIGHT REBEL GIG: EXTREME BLASPHEMY EDITION

TARIKH: 12 SEPTEMBER 2014 | LOKASI: SOUNDMAKER STUDIO, WELD QUAY, PULAU PINANG | MASA: 8MLM | TIKET: RM20 | BAND: SAVAGE DEITY (Thailand) / sHAMBLES (Thailand) / EXHUMATION (Indonesia) / BLASPHMACHINE (Malaysia) / NONSERVIAM (Malaysia) | ANJURAN: [QBP.MUSICK.CUM] / DEAD BEAT SHOP / SLAUGHTERHOUSE RECORDS (USA) / SOUNDMAKER STUDIO


INFORMASI:
facebook.com/events/1497790650457847

27/09/2014 - HORNTHRONE

TARIKH: 27 SEPTEMBER 2014 | LOKASI: ALT+ HQ, FAHRENHEIT 88, BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR | MASA: 4PTG | TIKET: PRE-SALE RM20 / DOOR RM30 | BAND: DAARCHLEA / MASSACRE CONSPIRACY / ARTEFACTS / SAMMAEL ABRAHAM / NOTHING UNDERNEATH | ANJURAN: THASMOOSH / MIGHTY HARBOUR




INFORMASI:
facebook.com/events/782457428441102

2014-08-05

SIAL - "MATI II" DEMO 2014 [VERSI KASET]


Kumpulan yang agak berahsia identiti mereka, SIAL mendapat kepercayaan sebuah label underground dari Thailand iaitu ROOTS ACTIVE PRODUCTION untuk diriliskan pula "Mati II" Demo 2014 dalam format kaset. Dikeluarkan pada 4 Ogos 2014, format kaset ini memberi tambahan alternatif kepada koleski demo tersebut yang mana turut dikeluarkan dalam format pro-CDR oleh SATANICA PRODUCTIONS dari New Zealand.


"Mati II" Demo 2014 versi kaset ini agak terhad pengeluarannya di mana hanya 33 salinan (hand-numbered) dicetak. Sekiranya anda seorang item collector, berminat dan mahu menyokong scene Depressive Black Metal / Ambient buatan tempatan, segeralah hubungi emel rootsactive@gmail.com sebelum rilisan ini kehabisan stok!

Senarai Lagu:
01. Intro
02. Mati
03. Tangisan Gelap
04. Bunuh Diri
05. R.I.H
06. Transilvanian Hunger (cover)

INFORMASI:

BERKAITAN:

SIAL - "NYAWA" EP 2014


Keberadaan SIAL dalam peta Metal Malaysia belum pun berusia setahun jagung namun band berhaluan Depressive/Ambient Black Metal ini dilihat kian aktif mengatur langkah mengembangkan sayap-sayap kreativiti mereka. Setelah baru sahaja mengetengahkan "Mati II" Demo, SIAL tampil lagi dengan rilisan EP bermuatan 7 buah lagu.

EP yang menggunapakai "Nyawa" sebagai judul ini dikeluarkan oleh sebuah label asal Jerman iaitu WINTERWOLF RECORDS dan menariknya direalisasikan dalam kemasan DVD case! Secara keseluruhan, durasi EP ini adalah 18 minit 53 saat di mana senarai lagu adalah sebagaimana berikut:

01. Busuk Hati - 3:36
02. Nyawa - 2:15
03. Iblis (Instrumental) - 2:02
04. Transilvanian Hunger (Darkthrone cover) - 3:11
05. Bunian Chemara - 0:50
06. R.I.H - 2:41
07. Bunuh Diri - 4:18


Menurut SIAL, trek ke-6 dan ke-7 dalam EP "Nyawa" ini diambil dari demo "Mati II" mereka. Berbanding demo "Mati II" yang mana banyak mengetengahkan bunyian gitar yang kasar serta pendekatan suara yang perit, EP "Nyawa" mempertaruhkan sedikit kelainan, lebih cenderung kepada genre dungeon/ambient serta muzik yang kedengaran lebih lembut dan mudah dihadam.

INFORMASI:

2014-08-04

SIAL - "MATI II" DEMO 2014 [PRO-CDR]


Untuk anda yang mencintai muzik Depressive Black Metal, SIAL menawarkan sebuah rilisan Demo berjudul "Mati II" dikeluarkan oleh SATANICA PRODUCTIONS, sebuah label dari New Zealand. 


Demo dalam format pro-CDR ini secara rasmi diriliskan pada 10 Jun 2014, membariskan 6 buah trek keseluruhannya, termasuk intro dan sebuah saduran lagu asal Darkthrone. Senarai penuh lagu-lagu yang dimuatkan adalah:

01. Intro
02. Mati
03. Tangisan Gelap
04. Bunuh Diri
05. R.I.H
06. Transilvanian Hunger


"Mati II" juga dijadualkan rilis dalam format kaset melalui label Thailand ROOTS ACTIVE PRODUCTIONS.

INFORMASI:

BERKAITAN:

FAITHCRAFT PRODUCTIONS - FP012: BELLIGERENT INTENT "ETERNITY OF HELL AND TORMENT"


FP012: BELLIGERENT INTENT "Eternity of Hell and Torment" LIMITED EDITION CASSETTE

Crushing black/death metal album from Melbourne now pressed on tape in limited 200 copies. For all maniacs into KRISIUN, VITAL REMAINS, IMMOLATION this is a mandatory release for your cassette collection. Get this for RM10 +RM6 (postage for peninsular Malaysia), +RM8 (for Borneo) or USD 10 (rest of world). 

Maybank Account No: 112223207413 - Raimi
*SMS address to: 016-4745931 or 019-2281979
Paypal: dethcrowned@yahoo.com

Fakta: 
● Pengasas BELLIGERENT INTENT, Darren telah meninggal dunia.
● Craig Priestly (penyanyi & bass) pernah dipenjara kerana membakar gereja.
● BELLIGERENT INTENT pernah bermain 2 kali di Malaysia, di Kota Kinabalu dan Subang Jaya. Selain di Hammersonic, Jakarta dan Solo, di Indonesia, Thailand dan Vietnam.
● Mengaku mereka bermain lebih laju dari KRISUIN dan VITAL REMAINS.
● Mendapat reaksi mengejutkan setelah kontroversi yang melibatkan perang mulut bersama Shyaithan IMPIETY dan Guh Lu GORGOROTH kerana masalah rip-off dan tikam belakang.
● Dilabel kumpulan muzik racist (perkauman) kerana attitude skinhead, tetapi dinafikan sekerasnya oleh mereka kerana mereka pernah mempunyai pemain gitar berbangsa Cina-Indonesia dari kumpulan DRACONIS INFERNUM dan mengatakan itu propaganda IMPIETY untuk menjatuhkan mereka.
● BELLIGERENT INTENT menegaskan mereka Anti semua agama kerana itu intipati penubuhan kumpulan mereka. Mereka juga lantang memperjuangan sentiment anti-Islam namun menyatakan tidak kisah jika ada peminat muslim yang meminati muzik mereka atas prinsip persaudaraan metal.
● Pemain dram mereka bermain untuk 4 kumpulan secara serius, BELLIGERENT INTENT, CEMETERY URN, TWISTED FATE dan DRACONIS INFERNUM.

Foto & Teks oleh: Raimi Barbarossa

INFORMASI:

TARANTULAH - "WAR BRUTALITY" (BRAZIL VERSION)


Diskografi TARANTULAH diperluaskan melalui pengeluaran demo kedua "War Brutality" versi Brazil oleh sebuah label dari negara tersebut, DENTE PÔDI RECORDS. Diriliskan pada 30 Julai 2014, versi berformatkan pro-CDR [Kod: DPR#0020] ini terhad kepada hanya 30 salinan sahaja.

Menurut band beraliran Moderate Metal Punk ini, rilisan ini masih mengekalkan jumlah dan senarai lagu yang sama sepertimana keluaran SISA TOXSICK PRODUCTION (Malaysia) dan EVIL PUNK RECORDS (Belarus) cuma berbeza versi audionya dan kulit hadapan yang berlainan.

Barangsiapa yang berminat untuk memiliki "War Brutality" versi Brazil ini, sila emel: joaofelipedl@hotmail.com atau facebook: João Felipe


Akan datang, TARANTULAH dijangka tampil dalam satu rilisan 3-way split bersama PENGUASA ANJING (Sabah) dan PKSGRIND (Indonesia) berjudul "3..2..1..Destroy!!" keluaran HEADHUNTER RECORDS. 

INFORMASI:

BERKAITAN:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...