2014-06-29

BROKEN NOISE RECORDS: KURASAKUASA "CONSPIRACY SHAPES LIFE" TAPE



28 Jun 2014 - Telah beredar rilisan dari KURASAKUASA berjudul "Conspiracy Shapes Life" dalam format pro-tape. 13 trek membunuh yang sedia membikin telinga anda berdarah! Tape ini dikeluarkan oleh BROKEN NOISE RECORDS dijual pada harga RM8 (tidak termasuk kos pengeposan. Hubungi: ladingsatu@gmail.com. "Conspiracy Shapes Life" sebelum ini dikeluarkan pada 10 April 2014 dalam format CD dirilis sendiri oleh KURASAKUASA. 

TRACKLIST:
01. Act Ass Fake
02. The Libelling
03. 3rd World Victimizations
04. Head Full Of Worms
05. Turmoil From Hell
06. Variables And Distortions
07. Stop
08. Unplugged Your Eyes
09. Mind Fucking Grind
10. Juggernauts
11. Unleash The Trashin'
12. Fraught Prophecy
13. I Deny, Your Lies


Selain daripada KURASAKUASA "Conspiracy Shapes Life" Tape, BROKEN NOISE RECORDS turut mengeluarkan AGONIZED "Consumed" Tape (RM8), NEW YORK AGAINST BELZEBU / SHITNOISE BASTARDS Split Tape (RM8), OATH / (((...))) Split Tape, SHITNOISE BASTARDS "No Life Here No Peace There" Digipak CDR (RM15) dan HELLEXIST "Age Of Death" 12" LP (RM60).

INFORMASI:

BERKAITAN:

EDITORIAL: RAMADHAN 1435H


Assalamualaikum. Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Bulan mulia, penghulu segala bulan. Bulan khusus untuk kita, umat muslim dan muslimat. Bulan keampunan yang penuh dengan keberkatan. Bulan di mana segala amalan dan ibadat berlipat ganda dan diberkati. 

Ramadhan 1435H. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dipanjangkan usia dan diberi peluang lagi untuk menikmati bulan yang penuh barokah ini sekali lagi. Mudahan kita semua dikurniakan kesihatan dan kemudahan yang sebaiknya agar kita dapat merebut segala kelebihan dan ganjaran di bulan yang mulia ini. Insya-Allah.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga mendapat keberkatan dan segala amalan di terima Allah S.W.T. EKSTRIM mendoakan kepada semua semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.


Ramli Sarip - Ramadhan

Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Pada-Nya jua

Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman
Masa nan silam

Ampunan-Mu ku harapkan
Tiada daya aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku

Suluhkanlah cahaya-Mu
Di malam yang penuh syahdu

2014-06-28

SANGWITOK ZINE - ISSUE #11 (2014)



Released on 27 June 2014 - Sangwitok Zine #11 - Brings you interviews with WITCHCRAP, VIRUS ZINE, PERPETUAL, TAMMAT AL-QUBRA, APOTEOZA, CAKERAWALA, KRIGERE WOLF, BIFROST, WITCHBURNER, MANEGRAM, ARCHAIC WINTER, MANZER, NEFTARAKA, MAZE OF TERROR, CALADMOR, HEAD KRUSHER, BLACK JADE, SHADOWCRAFT and special appearance of Bob Janggut Selayang. Plus metal infos around the underworld, audio/zine reviews and special section of The Chosen One. Get it now at only RM15 (Malaysia) or EURO/USD10 (World) per shit! Trade are always welcome. Ask for more at sangwitok@yahoo.com.


INFORMATION:

2014-06-25

PROMOSI: CENTRAL DISPOSAL - "CENTRAL DISPOSAL" CD 2014


Rejimen Thrash Kelang, CENTRAL DISPOSAL akhirnya menunaikan janji meriliskan album pertama mereka yang secara rasmi mula diedarkan pada 31 Mei 2014. Album ini memuatkan sejumlah 10 buah lagu (durasi keseluruhan 40:30 minit) sebagaimana senarai lagu berikut:

01. Wall of Fear - 5:27
02. Holocene Extinction - 4:40
03. Thrash or be Thrashed - 4:16
04. Toxic Death - 4:04
05. Thrashing Hour - 1:35
06. Hostile World - 4:03
07. Mind Wars - 2:33
08. Under Attack - 3:56
09. Liege of Inveracity - 4:32
10. Death Row - 5:17


Rakaman dan adunan telah dibuat di Hotsound, Kuala Lumpur pada April 2010, Julai 2010 dan April 2011 di bawah kendalian A.Zahid manakala proses mastering dibuat di Amerika Syarikat oleh Saff Mastering. Segera dapatkan CD ini yang mana diedarkan pada harga cuma RM20 (belum termasuk kos pengeposan). Hubungi facebook: Jeff Disposal untuk pembelian dan keterangan lanjut. Emel: mycentraldisposal@gmail.com

INFORMASI:

TERDAHULU:

BRONCO BUSTER - FREEDOM (SINGLE)


Single terbaru dari BRONCO BUSTER, band Grindcore dari Kuching, Sarawak. Band ini pada peringkat awal dikenali sebagai TRAITOR (ditubuhkan pada 2002) namun ditukar kepada nama yang digunakan sekarang pada 2012. Kini mereka terdiri daripada Thomas 'Bojet' Rowland (vokal), Hubert 'Timun' Ron (gitar & vokal), Bryan 'Kului' Roki (gitar), Kris Hansen (bass) dan Max 'Bondi' Biondi (dram). Emel: broncobustergrind@yahoo.com


Demos: 
2005 - Hated, Tortured, Destroyed

Singles:
2007 - More Flesh To Rip

Compilations:
2007 - Mutation From Devastation Compilation #2 by Morggorm Music
2010 - KIF #1. Keep It Forever
2011 - Blast From The Past by Mad3Sign.co
2012 - Borneo Grind Compilation
2013 - A Blasting of Malaysian Death x Grind Companion

Splits:
2012 - Death In The Veiled Frames
2013 - with Holidayxsuckers (Split tape)

EPs:
2012 - Mind Corruption
2013 - Grind The Strait

INFORMASI:

LANGSUYR - MALAM


MALAM : Unreleased & Raw Mix!

malam-malam ku yang ada-ada
setia bersama ku berdua
malamku berikan lah semua ...
kesenangan ku berkata-kata

malam-malam ku yang sama-sama
dingin ditemani cinta-cinta
malamku berikanlah segala
kemahuan ku untuk bersama

*
malam..ku disini hari-hari menunggu
hitamkan putih ku untuk sama bertemu

malamku kau berikanlah aku
kesenangan ku berkata-kata
malamku kau berikanlah aku
kemahuan ku untuk bersama

*
semalaman ku disini dibuai mimp-mimpi
enak berhalusinasi statik berlagu fantasi
hitam adalah pasti saat-saat dinanti
meraih manisanku di sini (disisi) hari-hari..

azmaniac+jadam (feat) * *

malamku kau serlahkan kesetiaan
bersama membawaku menyusur ke wulan
manis manisanku manis..manis mu mengasyikkan
melayangku merasainya..akan kebenaran!


INFORMASI:
facebook.com/langsuyr

AKAGRISH - THE EYE OV HELL T-SHIRT [KEMASKINI]


BOWEL ROT PRODUCTION telah mengeluarkan t-shirt rasmi AKAGRISH "The Eye Ov Hell" terhad kepada 50 helai sahaja. Pra-pesanan dan bayaran boleh dibuat sekarang (sehingga 15 Julai 2014) untuk memilih saiz samada S, M, L, XL, XXL ataupun XXXL berharga RM65 (edaran tangan) / RM70 (melalui pos). Bayaran melalui Maybank kepada Mohd Rajamil [Akaun: 110108239822]. Kepada yang berminat sila hubungi Lux Sang Pi Didmital atau Rajj Akagrish untuk keterangan lanjut. Whatsapp: 0146535185

INFORMASI:

BERKAITAN:

2014-06-23

UNHOLY RITES - PROMO 2014


UNHOLY RITES muncul sebagai unit Black/Thrash terbaharu dari Kuala Lumpur! Gerombolan ini telahpun mengeluarkan sebuah Promo CD mengandungi 3 buah lagu di mana muziknya pastinya menjadi kegemaran mereka-mereka yang meminati band-band seperti Deströyer 666, Nifelheim dan Desaster!


Hidangan 3 buah lagu yang dihasilkan dalam bentuk rakaman yang raw tanpa proses mastering adalah sebagaimana berikut:

1. The Parasite Poisons
2. Satanic Gang Rape
3. Old Funeral


Bagi anda di luar sana yang ingin mengenali lebih dekat tentang UNHOLY RITES dan mahu mendapatkan rilisan Promo 2014 ini, sila hubungi Alypse Hatred.

Berita Sumbangan: Akhiroth Ov Heyrold

PSYCHOTIC SUFFERANCE - REHEARSAL TERBAHARU


Noisegrind Seremban PSYCHOTIC SUFFERANCE memperdengarkan lagu-lagu rehearsal terbaharu mereka; Siapa Pedulik, Kucing Gemok dan Cult Gadis Besi. Rakaman dibuat pada 16 April 2014 di Swindle Studio, Senawang menampilkan line-up Amir Fadli (gitar & vokal) dan Syaf Suhaimi (dram).


INFORMASI:

PSYCHOTIC ART ZINE - EDISI JUN 2014


PSYCHOTIC ART ZINE meneruskan kesinambungan perkaryaan mereka melalui penghasilan Edisi Jun 2014. Sebagaimana edisi-edisi lepas, fanzine berkonsepkan senilukis dan senitulis ini begitu ramai kontributor di mana kali ini sumbangan dari Maizatul Akhmar, Aisya Ibrahim Obsesi Lensa, Putut Pramudiko, Rifki Syarani Fachry, Man Dugong, Syafix Aziz, Sudin Albukaki, Fazleena Hishamudin, Fathullah Luqman Yusuff Infectious Maggots, Rahmat Haron, Nasron Jorji Yassin, Abul Auni Mohd Salleh dan Fieq.F. 


Edisi Jun ini merupakan isu #15 bagi keseluruhan pengeluaran PSYCHOTIC ART ZINE. Kulit luar yang terpampang di bahagian hadapan dan belakang adalah karya Saiful Nizam Kucing Pink. Anda yang berminat untuk mendapatkan zine ini, ianya boleh diperolehi pada harga RM7 (edaran di tangan) atau RM9 (melalui pesanan pos). Hubungi emel: sickscreen_p@yahoo.com atau twitter: #psychoticartzine

INFORMASI:

HELLISHLINTHAR - "RATAPAN IBLIS" DEMO 2014



Sebuah band berkonsepkan Mystical Occult dari Muar, HELLISHLINTHAR berada di bawah naungan GAH PRODUCTION meriliskan sebuah demo pada penghujung Jun 2014. Demo ini mengandungi 4 buah lagu keseluruhannya, sebagaimana senarai berikut:

1. Cruelty of Hellishlinthar
2. Wafat
3. Long Geyma
4. Ratapan Iblis

Dapatkan produk ini pada harga cuma RM10 (+RM3 Sabah/Sarawak) melalui pihak label di: facebook.com/Braderbuang

SIL KHANNAZ - CONCEPTION OF MADNESS LONG SLEEVE / T-SHIRT / CD


SIL KHANNAZ - CONCEPTION OF MADNESS
LONG SLEEVE: RM80 [SAIZ: M/L/XL]
T-SHIRT: RM60 [SAIZ: S/M/L/XL/XXL]
DIGIPAK CD: RM40
*semua harga termasuk poslaju!

HUBUNGI:
facebook.com/nebiulahm.shop
facebook.com/pages/Sil-Khannaz/44886560846

VEHEMETH - PARIT BUNTAR KEGELAPAN


VEHEMETH merupakan band beraliran Unholy Black Metal yang telah lama bertapak semenjak 1994/1995. Line-up yang tidak perlu diperkenalkan lagi terdiri dari Adi, Saza dan Adam iaitu bekas line-up MISTIK era EP "Airmata Sesalan". Setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia underground Malaysia di atas sebab kesibukan hal masing-masing, kini mereka dalam perjalanan kembali bersama hasil karya terpendam sekian lama bertajuk "Parit Buntar Kegelapan". Album ini akan diriliskan di bawah DIABOLICURST PRODUCTIONS. Nantikan keluaran terbaru dari DIABOLICURST PRODUCTIONS yang lebih kejam!

INFORMASI:
facebook.com/pages/Diabolicurst-Production/555404547907652

2014-06-04

INFERNAL VOID - ALBUM PERTAMA "ANGERGROW"


INFERNAL VOID bukanlah sebuah nama baru di persada muzik Metal tanahair. Jentera Death-Thrash Metal asal Kampung Gajah, Ipoh ini telah berada di arena underground tempatan semenjak awal era 90'an lagi. Di peringkat awal karier mereka, INFERNAL VOID telah merilis dua buah demo iaitu "The Rise Of Life" (1994) dan "Screaming For Vengeance" (1999). Selepas itu agak kurang kedengaran tentang band ini kecuali penyertaan dalam beberapa pertunjukan pentas dan kontribusi mereka di kompilasi Tribute To Silent Death (2012).

Tanpa diduga, hibernasi INFERNAL VOID rupanya berisi! Kumpulan dianggotai oleh Tjhui (vokal), Po'ee (gitar), Alan (gitar), Pogie (bass) dan Pa'a (dram) ini mengejutkan dunia metal negara dengan kelahiran album penuh pertama mereka berjudul "Angergrow". Dicetak dalam format Pro-CD, album ini memuatkan 10 buah lagu berserta sebuah outro, termasuklah lagu penghargaan mereka kepada Silent Death. Senarai penuh lagu-lagu yang dihidangkan adalah sebagaimana berikut:

01. Imagine When U Died
02. Fabulous Disaster
03. Bihasakkah
04. Anger Grow
05. Final War
06. Scream
07. Sujjaul Aqra
08. Manifesto Of Hate
09. Under One Flag
10. Inner Power (Silent Death cover)
11. Outro


Bagi anda yang meminati muzik seperti Sepultura, Slayer dan Sodom, segeralah dapatkan "Angergrow" yang diedarkan pada harga cuma RM15 [tidak termasuk kos penghantaran melalui pos]. Hubungi pihak band di talian 0125190607 (Pa'a) / 0193710825 (Tjhui) atau pihak pengurusan mereka di 0124573781 (Puteri Alaniz Sulfida). Komunikasi di laman sosial adalah seperti berikut:

INFORMASI:

2014-06-02

ANTABOGA - MAYANG MISTIK II (SEMAYAM SIHIR)


ANTABOGA meneruskan langkah memperkasakan budaya Mystical Black Metal naungan mereka menerusi album penuh kedua berjudul "Mayang Mistik II (Semayam Sihir)". Dipasarkan secara rasmi pada 2 Jun 2014, album ini memuatkan 10 buah lagu (durasi keseluruhan 42 minit) sebagaimana senarai berikut: 

01. Pembukaan Upacara (intro)
02. Lengsi Wengi (versi baru)
03. Dukun (versi baru)
04. Semayam Sihir
05. Bangkit Membunuhmu
06. Tarian Keliwon
07. Aji Aji Seru Setan
(Musikal Alam Ghaib)
08. Upacara Kain Kuning
09. Berongan
10. Penutupan Seruan Mahkluk Halus (outro)



"Mayang Mistik II (Semayam Sihir)" pada asasnya adalah umpama sambungan kepada rilisan album pertama "Mayang Mistik” keluaran Mei 2013 dahulu di mana ANTABOGA mengekalkan dan memperkembangkan lagi muzikal dan lirikan yang berunsurkan amalan sihir di nusantara. Terdapat juga dua buah lagu dari album pertama diolah dan dirakam semula dalam versi yang baharu. Turut dimaklumkan, trek terakhir dalam karya ini menampilkan rakaman sebenar mantera penghantaran pulang makhluk halus. 

ANTABOGA secara umum melahirkan kepuasan terhadap penghasilan album ini yang mana dikatakan lebih baik dari aspek kualiti bunyinya berbanding album terdahulu walaupun diakui masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan pada masa akan datang.


Kepada yang berminat untuk mendapatkan ANTABOGA "Mayang Mistik II (Semayam Sihir)" CD 2014 ini, ianya boleh anda miliki pada harga cuma RM30 (edaran tangan) / RM35 (melalui pos). Bertindak segera kerana dicetak terhad kepada 50 salinan sahaja!

INFORMASI:

AKAGRISH - THE EYE OV HELL T-SHIRT


BOWEL ROT PRODUCTION, sebuah label yang bergiat cergas dalam aktiviti pengeluaran t-shirt dijadualkan merilis t-shirt untuk band Death Metal Sabah AKAGRISH dalam masa terdekat ini. T-shirt "The Eye Ov Hell" yang mana mengambil sempena pengeluaran album pertama band tersebut bakal disediakan dalam saiz pilihan dari S hingga XXXL (bersaiz USA) dan terhad kepada 50 helai sahaja! Hubungi penggerak label ini Lux Sang Pi Didmital untuk keterangan lanjut!

INFORMASI:
facebook.com/pages/Bowel-Rot-Production/709164435793481

21/06/2014 - DISTORSI MALAYA

TARIKH: 21 JUN 2014 (SABTU) | LOKASI: STOPZONE ARENA, LARKIN, JOHOR BAHRU | MASA: 3PTG | TIKET: RM25 (Entrance Only) / RM30 (Tickets + KRATON's "Borok Pitu" album) | BAND: KRATON (Singapore) / WYNKEN DELIRIUM (Malaysia) / AGE OF SINFONIA (Singapore) / DEMORFORESSUS (Malaysia) / OSSUARY (Singapore) / BLOODY SITUATIONS (Malaysia) / CHUGGA RITUAL (Singapore) | ANJURAN: REBELFM | SOKONGAN: 


DISTORSI MALAYA!
Launching of Kraton's compilation album, Borok Pitu!
Featuring:
KRATON - Javanese Symphonic Metal (Singapore)
WYNKEN DELIRIUM - Nusantara Sludge Metal (Malaysia)
AGE OF SINFONIA - Symphonic Metal (Singapore)
DEMORFORESSUS - Tribal Metal (Malaysia)
OSSUARY - Metal (Singapore)
BLOODY SITUATIONS - Death Metal (Malaysia)
CHUGGA RITUAL - Thrash Metal (Singapore)

INFORMASI:

SIL KHANNAZ - CONCEPTION OF MADNESS PATCH



SIL KHANNAZ "CONCEPTION OF MADNESS" WOVEN PATCH LIMITED EDITION 100 PIECES ONLY! RM20 + RM3 POSTAGE INSIDE MALAYSIA / $10 WORLDWIDE INCLUDING PAYPAL FEE & REGISTERED MAIL. OFFICIAL LICENSED: KARUNGUNI / ALSO AVAILABLE AT: NEWROHSIS ONLINE STORE.

CONTACTS:

2014-06-01

NIHILIST VOLCANIC TERROR - "TORMENT IN HELL - REHEARSAL IN HELL 666 (TOTAL PAIN & DEATH!!!)" REHEARSAL CDR


Bestial Black/Death Sabah bergelar NIHILIST VOLCANIC TERROR atau biasa juga sekadar dinamakan NVT mengeluarkan sebuah rilisan berjudul “Torment in Hell - Rehearsal in Hell 666 (Total Pain & Death!!!). Rilisan rehearsal dalam format Pro-CDR ini mengandungi 5 buah lagu, termasuklah sebuah saduran lagu asal INQUISITION.

Tracklist:
1. Blasphemy In Narraka
2. Last Song Of Eternity
3. Apocalyptic Gang Fuse Isolator
4. Spontaneous Destruct
5. Crush The Jews Prophet (Inquisition cover)


“Torment in Hell...” adalah rakaman sessi rehearsal NVT yang ketika itu dalam persiapan untuk persembahan di gig HELL IS HERE. Diriliskan pada 1 Jun 2014, CD ini terhad kepada 50 salinan dan diedarkan pada harga RM7 (melalui tangan) / RM12 (pos berdaftar). Hubungi Andy Sick di facebook.com/janetnatasja.eja untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...