2014-03-28

RAKAN MEDIA: GRAVESOUND


GRAVESOUND NETZINE dijalankan oleh saudara Naseer Ab. Qadeer a.k.a. Nath Maqâbir yang juga merupakan individu di sebalik projek solo Black Instru-Metal / Dark Ambient bergelar MAQÂBIR. GRAVESOUND yang dikendalikannya banyak bertumpu kepada penulisan dan penyiaran bahan-bahan Black Metal, Depressive, Ambient dan seumpamanya. Pendekata, muzik yang iramanya kelam, suram dan kejam!! GRAVESOUND juga mempunyai divisi promosi dikenali sebagai BLACK METAL UNDERGROUND PROMOTION. Terima kasih kepada Naseer Ab. Qadeer dan GRAVESOUND NETZINE di atas kerjasama sebagai Rakan Media dan kontribusi kepada EKSTRIM.

2014-03-27

01/06/2014 - HELL IS HERE 2014

TARIKH: 1 JUN 2014 | TEMPAT: COWBOY BAR ASIA CITY, KOTA KINABALU | MASA: 1PTG - 8 MLM | TIKET: RM40 (DOOR) / RM35 (PRESALE) / RM80 (COMBO: TIKET, T-SHIRT, CASS.TAPE) / BAND: SABBAT (Jepun) / BESTIAL HORDES / LOBOTOMY / IRONSKULL / NAZAK / EVIL THRONE / ANJURAN: SANDAKAN WAR DEMON

MUNTAH DARAH - "FROM BASTARD TO BASTARD" MCD 2014


Akhirnya, mini album "From Bastard To Bastard" dari MUNTAH DARAH dirilis dan dipasarkan oleh GRUNDAR PRODUCTION [Kat#: GP008]. Diasaskan di Beaufort (Sabah), MUNTAH DARAH adalah generasi baru berbakat besar dalam kategori Grindcore, di mana band-band seperti Napalm Death, Nasum, Terrorizer, Wormrot dan Damokis adalah antara rujukan mereka. MUNTAH DARAH terdahulu merilis sebuah demo berjudul "Pemimpin Durjana" pada 2011 dan sebuah Split CD "Operasi Bangkai" bersama BAHAJANG sekitar 2012.


MUNTAH DARAH "From Bastard To Bastard" MCD 2014 mengandungi 11 buah lagu baru serta penambahan 2 buah trek bonus:

01. Borneo Grind Hunter (intro)
02. Mentality Bastard
03. Oppa Grindcore Style
04. Joget Grindcore
05. Pantat Pemerintah
06. Protest
07. Antara Dara Dan Maruah
08. Penyembah Setan Yang Baik
09. Protokol Anjing
10. Pencuri Selipar
11. Say No!
Bonus:
12. Kurangkan Harga
13. Marco The Happy Man

MUNTAH DARAH "From Bastard To Bastard" MCD 2014 dipasarkan pada harga RM15 (pos berdaftar di seluruh Malaysia) / USD10 (registered airmail, the rest of the world). Segera dapatkan material terbaharu ini dari pihak GRUNDAR PRODUCTION.


INFORMASI:

HERRIOT - REALISASIKAN "THE FLAME OF DISCONTENT"


Anda yang mengikuti rapat perkembangan HERRIOT pasti pernah dimaklumkan dengan berita bahawa mereka bakal merilis sebuah mini album "The Flame Of Discontent" sekitar 2009 dahulu, namun ianya tidak menjadi realiti [Nota: Rujuk artikel Herriot returns!] dan HERRIOT sekali lagi menempuhi fasa hibernasi. Band yang terus setia dengan muzikal Melodic Death Metal ala Gothenburg ini telah merilis "Celestial Obelisk" EP 2000 dan "Transworld Chaos" album 2001.


Setelah beberapa tahun tertunda, 2014 mungkin menjadi saksi kelahiran "The Flame Of Discontent" menjadi kenyataan. Kini, terdiri daripada barisan beberapa wajah baru; Ari (gitar), Azim (gitar), Fariz (dram), Ikram (bass) dan Chen (vokal), HERRIOT dilaporkan sedang berusaha untuk merealisasikan "The Flame Of Discontent" yang juga mungkin dipinda formatnya dari sekadar sebuah mini album kepada sebuah album penuh.

INFORMASI:

2014-03-26

GRUNDAR DEATH FEST 2014 HOODED


PRESALE!!!
GM-HD 016 Grundar Death Fest 2014 hooded

Gildan Premium cotton
Tag: Grundar Merch
Plastisol ink
Size: M,L dan XL

Pembayaran hendaklah dilakukan selewatnya pada 5 April 2014:
RM80 (byhand)
RM85 (poslaju,semenanjung)
RM90 (poslaju,sabah/sarawak)

Harga selepas presale:
RM90 (byhand)
RM95 (poslaju,semenanjung)
RM100 (poslaju,sabah/sarawak)

Akaun info:
0121 0002669 201 - CIMB
1-01192-0016859-3 - RHB
atas nama Mohamed ZahirulFaiza B Zakaria

TORMENTOR - "THRASH ASSAULT" VERSI KASET


Thrash Metal Tenom TORMENTOR telah mendapat perhatian sebuah label underground yang berpengkalan di Thailand iaitu ROOTS ACTIVE PRODUCTIONS di mana "Thrash Assault" Demo 2013 telah dikeluarkan semula dalam format kaset. "Thrash Assault" sebelum ini hanya dikeluarkan secara independen (self-released) oleh pihak band dalam format CDR. "Thrash Assault" versi kaset keluaran ROOTS ACTIVE PRODUCTIONS ini tampil dengan hiasan kulit (artwork) yang berlainan, disertakan lirik dan terhad kepada 66 unit sahaja!


INFORMASI:

TERDAHULU:

28/03/2014 - FRIDAY REBEL GIGS feat. DISSECTOMY & WRECKÄR

TARIKH: 28 MAC 2014 (JUMAAT) | LOKASI: SOUNDMAKER STUDIO, NO.62, TKT.2 PENGKALAN WELD, PULAU PINANG | MASA: 10MLM | TIKET: RM10 | BAND: DISSECTOMY (Tyrannical Death Metal) / WRECKÄR (Punk/Vile Crust & Roll) | ANJURAN: SOUNDMAKER


INFORMASI:

2014-03-22

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.01/2014


Memaparkan berita-berita ringkas, terkini dan perkembangan semasa dari: DISSECTOMY, PSYCHOTIC SUFFERANCE, INSINNER, TOOLS OF THE TRADE, TENOMIZER, KOLBENFAUST, HELLEXIST, ATARAXIQUE, DISEKSA dan NUCLEAR STRIKES.

DISSECTOMY
Mereka merilis "Tribulation" EP pada tahun 2006. Selepas muncul dalam dua kompilasi; Buried Alive Vol.1 pada 2007 keluaran Porcupine Production (Malaysia) dan Razorback Records (USA) serta Penang Metal Tyrants Compilation terbitan Angka Kematian Production di tahun 2009, DISSECTOMY kemudiannya agak menyepi. Tahun 2014 rupanya bakal menyaksikan kebangkitan semula DISSECTOMY dengan line-up terkini terdiri daripada Leon (bass/vokal), Jakpa (gitar), Dark.E (gitar) dan Fariz (dram). Berita baik untuk semua! – DISSECTOMY kini berada dalam fasa rakaman bahagian vokal untuk rilisan album "New Tyranny Unsurpassed" yang bakal rilis tahun ini! Nantikan kekejaman Tyrannical Death Metal dari Pulau Pinang ini!


PSYCHOTIC SUFFERANCE
Rilisan terkini yang boleh diperolehi dari unit Noise Grind Seremban PSYCHOTIC SUFFERANCE adalah 3-way split berjudul "Destruyendo La Armonia" bersama MIERDA HUMANA (Peru) dan CULO (Chile). Split berformatkan CDR ini dikeluarkan oleh sebuah label di Chile iaitu NO BRAIN PRODUCTIONS terhad kepada 50 salinan sahaja!


INSINNER
Orthodox Death Metal dari bandaraya Johor Bahru, INSINNER telahpun meriliskan demo kedua mereka "The World That Decayed". Demo dalam bentuk pro-tape ini mempertaruhkan 4 buah lagu baru serta tambahan sebuah lagu cover. Kuantiti dikeluarkan amat terhad, diedarkan pada harga RM10 / USD5. Segera hubungi INSINNER menerusi emel: insin666@gmail.com.

TOOLS OF THE TRADE
Otai Grindcore TOOLS OF THE TRADE kini berada di landasan terakhir untuk merilis album terbaharu mereka "Proclamation" LP. Difahamkan semua lagu yang bakal dimuatkan telahpun menjalani proses mastering. Kerja-kerja rakaman telah dijalankan di KerbauWorks Studio di bawah selenggaraan Tom (The Bollocks). "Proclamation" akan dikeluarkan melalui kerjasama Strain Eyes Production, Cactus Records dan Kusottare Records. Dengarkan 2 trek promo; Convictions dan Catalysts yang diletakkan di laman bandcamp mereka.


TENOMIZER
Selain TORMENTOR, datang lagi sebuah band generasi baru beraliran Thrash Metal dari Tenom, Sabah dan yang ini digelar TENOMIZER. Terdiri daripada Japi (vokal/bass), Jerrah (gitar) dan Unyil (dram), mereka baru sahaja merilis "Big Disaster" Promo 2014 menghidangkan 3 buah lagu; Big Disaster, Crush it or Die dan Tenomizer. Promo CDR ini terhad hanya 50 unit dijual pada harga RM5 (edaran tangan) / RM6 (pos biasa) / RM8 (pos daftar/laju). Hubungi tenomizer@gmail.com atau Japi Tenomizer. Foto ehsan EASTERN VOICE PRODUCTION yang turut bertindak sebagai ejen distribusi rilisan ini.

KOLBENFAUST
Unit gabungan anak muda Kuala Lumpur dan Kuching dinamakan KOLBENFAUST ini membawa konsep aduan elemen Metal dan Grindcore serta Hardcore dan Djent. Band ini ditubuhkan sekitar Mei 2010 dan selepas beberapa kali berubah ahli, KOLBENFAUST pada masa ini dianggotai oleh Dink (vokal), Greg (gitar), Jay Adam (gitar), Matt (bass) dan End (dram). Awal Mac 2014, mereka merilis / memperdengarkan sebuah lagu single "Tomb of the Lost Disciple" yang bakal dimuatkan dalam rilisan akan datang!


HELLEXIST*
Gerombolan Crust/Punk dari selatan tanahair HELLEXIST terus diberi sokongan kuat dari label BROKEN NOISE RECORDS bilamana rilisan mereka "Age Of Death" yang sebelum ini dikeluarkan dalam bentuk CD dan kaset kini disediakan pula dalam format piring hitam 12" LP. Bagi yang berminat, segera dapatkan material ini yang memuatkan 6 buah lagu Heavy Metal Crust / Hardcore Punk. Beredar pada harga RM60 / EURO12 – hantarkan pesanan ke emel: ladingsatu@gmail.com. Turut dimaklumkan, HELLEXIST yang dianggotai oleh Monster Killer (vokal), Night Evil (gitar), Zam Machine (gitar), Cabi Skullkrusher (bass) dan Dr. Ajen (dram) akan muncul di acara SLOPPY REVOLUTION VOL.5 pada 11 Mei 2014 di bandar Shizuoka, Jepun.


ATARAXIQUE
Progressive Metal dari Kuala Lumpur, ATARAXIQUE baru-baru ini melancarkan single pertama mereka berjudul "Pride" yang boleh didengari di laluan youtu.be/JM4CVx0fc2Q. Lagu ini mengambil masa selama hampir dua tahun untuk disiapkan. ATARAXIQUE yang ditubuhkan pada pertengahan 2012 terdahulu dikenali sebagai FORSAKE ME NOT, kini dibarisi oleh Prthiv (vokal), Gerard (gitar), Johan (gitar), Sharon (kibod), Howe (bass) dan Christian (dram). Single "Pride" ini adalah salah-satu lagu yang bakal termaktub dalam pengeluaran EP yang kini dalam kerja-kerja pembikinan. Nantikan!

DISEKSA*
Pemangkin kebisingan DISEKSA dari Kelang memutuskan untuk kembali menghidupkan enjin Raw Grindcore mereka setelah lebihkurang setahun berehat! Sepanjang tempoh diam, beberapa projek rilisan split terpaksa dibatalkan atas sebab kondisi yang tidak mengizinkan untuk mereka meneruskan atau menyiapkan projek-projek tersebut. Kini, dengan keanggotaan Scum (dram), Bitch (vokal) dan Paul Weed (gitar), DISEKSA dilaporkan telah menulis dan merekod 10 buah lagu baru. Diperdengarkan 3 lagu baru direkod dalam versi rehearsal sebagai promosi awal.


NUCLEAR STRIKES
Sebagaimana yang diketahui, NUCLEAR STRIKES kini bergerak dengan vokalis wanita baru Tasya Blade. Rancangan terdahulu untuk meriliskan single NUCLEAR STRIKES 2.0.1.3 dengan 2 lagu (Dunia Cinta Dusta dan Problema Cinta) nyanyian vokalis terdahulu Steel Ladyana terpaksa diletakkan dalam 'peti ais'. Rex Strike selaku gitaris utama band Heavy Metal / Hard Rock Kajang ini baharu sahaja mengumumkan yang NUCLEAR STRIKES bakal mengeluarkan sebuah single terbaru, sebuah rakaman lagu baru, khabarnya diadun dengan 80's Analog Sound.

Terima kasih kepada Trashnoiser dari Noise From Hell di atas sumbangan informasi bertanda (*) untuk penyediaan buletin di atas. Kepada pihak band / label / dsb yang ingin memuatkan maklumat terbaharu anda dalam dokumentasi BIL.02/2014 akan datang, sila emel kepada ekstrimzine@gmail.com atau mesej di facebook.com/piankvlt. Sebagaimana maklum, kita rakyat Malaysia masih dalam mood kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui. Seksyen Buletin kali ini diakhiri dengan sebuah puisi berjudul "Nama Tanpa Wajah", sebuah nukilan jiwa coretan Azeel Arize manakala soundtrack dan deklamasi oleh Fix Mohd (Rex Strike) dari kumpulan Nuclear Strikes. Dengarkan…

GRUNDAR PRODUCTION - BULETIN MAC 2014


Kejayaan penganjuran, lancarnya perjalanan dan sambutan luar jangka yang diterima terhadap GRUNDAR DEATH FEST 2014 telah mempertingkatkan lagi reputasi dan kredibiliti GRUNDAR PRODUCTION sebagai sebuah label yang terus ke hadapan bergerak maju memberi sokongan menaikkan martabat scene muzik death / brutal / grind tempatan. Prop, selaku pemilik label ini dalam satu kenyataan di laman facebook peribadi beliau dilaporkan berkata:

“Syukur, akhirnya Grundar Death Fest 2014 berjalan dengan lancar dan jayanya semalam (1 Mac 2014). Aku tak tau nak mulakan dari mana. Buat yang hadir aku ucapkan terima kasih banyak-banyak atas sokongannya. Hendak aku senaraikan nama kalian takut ada yang tertinggal pula nanti. Untuk semua band yang beraksi, terima kasih kerana sudi menyertai acara setahun sekali ini. Semoga berpuas hati dengan layanan crew GDF2014 untuk kalian. Banyak yang kami pelajari untuk edisi 2014 ini, terutama penginapan dan pengangkutan band (maklumlah majoriti adalah band yang datang jauh dari Johor) ini semua memberikan kami pengalaman yang baru untuk menguruskan band-band yang jauh, supaya mereka rasa selesa. Crowd yang hadir semuanya, kalian membuat acara tahun ini lebih ramai dari yang sudah. Aku tak perlu sertakan nama kalian disini kerana kalian tahu siapa diri kalian. Aku rasa cukup kot apa yang aku tulis ni. Apa pun kalian boleh terus melawati facebook page GDF dan website rasmi GDF dan foto-foto GDF2014 akan dikemaskini di dalam website rasmi GDF dalam masa yg terdekat. Kot-kot kalian terlihat wajah kalian di situ. Dengan izin-Nya GDF2015 pasti menyusul. Sekian, terima kasih sekali kepada yang hadir dan memberikan sokongan yang nyata.” – Prop

GRUNDAR DEATH FEST 2014 telah berlangsung pada Sabtu, 1 Mac 2014 di Stopzone Arena, Larkin Idaman, Johor Bahru menampilkan band-band seperti GRIND THE SAW, SUFFER REMAINS, CHELATION INTOXICATION, BAHAJANG, PURGE THE ARBITRATOR, GORESLUTS, ARGON, DYSGUSTED, TOOLS OF THE TRADE, UNVEILED, SUFFERGRIND (Indonesia) dan PERPETUAL. Layari - grundardeathfest.weebly.com/media1.html - untuk tatapan sebahagian daripada foto-foto yang sempat dirakam sepanjang GDF2014.

T-SHIRT GRUNDAR DEATH FEST 2014
Bagi mereka yang terlepas untuk memiliki t-shirt Grundar Death Fest 2014 pada hari berlangsung acara tersebut, anda masih berpeluang mendapatkan t-shirt tersebut melalui pesanan pos. T-shirt Grundar Death Fest 2014 diulang cetak demi memenuhi permintaan yang masih ada bagaimanapun  tawaran untuk membuat tempahan ini akan hanya dibuka sehingga 31 Mac 2014.


T-shirt adalah berkualiti Gildan Premium cotton (Tag: Grundar Merch) cetakan Plastisol Ink. Saiz disediakan: S,M,L,XL,XXL. Harga: RM50 (byhand) / RM56 (postlaju semenanjung) / RM60 (postlaju borneo). Tempahan berdasarkan bayaran sebelum 31 March 2014. Bayaran ke akaun: 0121 0002669 201 – CIMB / 1-01192-0016859-3 – RHB / atas nama Mohamed ZahirulFaiza bin Zakaria. Selepas pembayaran dibuat, sila mesej ke Facebook Prop atau SMS 0197754600 berkaitan nama anda, alamat penghantaran, saiz pilihan dan kuantiti t-shirt.

PERKEMBANGAN MUTAKHIR
CHELATION INTOXICATION sekarang hanya tinggal bertiga sahaja dan mereka akan meneruskan "Dismemberment (XVIII)" mini tour mereka bermula dari Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Setar dalam rangka dalam rangka mempromosikan Mini CD "Dismemberment (Xviii)" mereka. BAHAJANG, kimak grind dari Ipoh juga telah tinggal berempat sahaja. Rilisan mendatang mereka adalah split bersama GORESLUTS. MUNTAH DARAH "From Bastard To Bastard" akan rilis pada 30 Mac 2014 di acara Sound From The Grave di Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum itu MUNTAH DARAH juga akan menjadi opening act untuk Sete Star Sept (grind/noise dari Jepun) pada 20 Mac 2014 di Kota Kinabalu. PURGE THE ARBITRATOR terpaksa menarik diri dari show di Bangkok. Hanya GORESLUTS yang akan meneruskan show pada 17/5/2014 di Bangkok. PURGE THE ARBITRATOR akan terus tampil beraksi di Sabah Death Fest 2014 pada 5 April 2014. 


MUNTAH DARAH - From Bastard To Bastard MCD
Akan Datang!!! 30 Mac 2014. Muntah Darah "From Bastard To Bastard" MCD. This is Muntah Darah debut mini CD, contains 11 new track and 2 bonus track. Muntah Darah started show their teeth at Grundar Death Fest 2013, Sabah Death Fest 2013, "Necrosymphonies of Mother Whoring" tour, Borneo tour etc. Hailing from the north of borneo, these 4 pieces of young grindcore freaks really know how to make the crowd banging and moshing at the same time. Beware they are young, dangerous and talented. Straight old school grindcore assault from the new generation.


DYSGUSTED - Fetish Of The Sickening MCD
Akan Datang!!! Dysgusted "Fetish Of The Sickening" MCD. Hailing from Kuala Terengganu. The first promo entitled "Molestation Into Violence" was released in 2003. Dysgusted took a long hibernation until the end of 2010, they make a come back with a few shows and a tour with Grundar bands in 2013. Killer and twisted guitar solo plus the blasting beat will fulfill your lust of Brutal Death Metal. Influenced by US death metal band like Deeds of Flesh, Disgorge, Cannibal Corpse, Dying Fetus etc.

NEW SIGNINGS!!!
GRUNDAR PRODUCTION terus mengorak langkah bilamana menandatangani beberapa buah band untuk rilisan-rilisan mereka yang akan datang. Band-band tersebut bukanlah calang-calang, malah ada antaranya telah lama mencipta nama di persada muzik berat tanahair. Band-band terbaharu berada di bawah GRUNDAR PRODUCTION adalah: UNVEILED, GORESLUTS, PURGE THE ARBITRATOR, EXCRETED TORTURE dan ARGON.


2014-03-21

QALAQAS BLACK ART PRODUCTION - PRESENTS: COLDBLOOD "20 YEARS OF DEATH METAL IN COLD BLOOD"


QALAQAS BLACK ART PRODUCTION, sebuah underground label (juga webzine) dari Pulau Pinang yang agak low profile gerakan mereka telah mengeluarkan material dari band Brazil iaitu COLDBLOOD dalam format pro-tape berjudul "20 Years Of Death Metal In Cold Blood". Peminat metal di Malaysia boleh mendapatkan tape bermuatan 20 buah lagu ini pada harga RM25. Hubungi: qalaqasblackart@yahoo.com atau Salmizal Saad Othman.

On your finger count. Qalaqas Black ART Productions presenting COLDBLOOD "20 Years of Death Metal In Cold Blood". Brace your soul for a journey through the hymns of darkness, fast and aggressive from Brazil satanic Death Metal influenced by great names in the style of the 80s and 90s, combined with a profane and anti-christian thematic. Full pure hymns of hatred and darkness from 20 tracks, (alteration) *90 minutes running time inside this pro tape. limited to 100 copies only. get you copy now. RM25 (Malaysia) EUR6 (world) *excluding postage.

INFORMASI:

2014-03-20

AL FARABI BAND - EMPAYER MIM


AL FARABI BAND telah mengeluar dan melancarkan single terbaharu mereka berjudul "Empayer Mim". Nazri Alias selaku pemain gitar dan ketua kumpulan ini berkata: "Empayer Mim bermaksud suatu formula yang membawa berita besar. Ianya sebuah single terbaru dari kami yang pastinya akan terus membakar jiwa anda!".


Secara berasingan, "Empayer Mim" Single 2014 ini diedarkan pada harga hanya RM10. Pihak AL FARABI BAND turut mengadakan pakej istimewa dikenali sebagai Pakej E-Mim, terbahagi kepada dua set di mana mengandungi sehelai t-shirt, poster 20"x30" dan album single ini.

SET A: RM50 (lengan pendek)
SET B: RM55 (lengan panjang)
*Harga termasuk kos penghantaran
*Penghantaran pertama pada 24/03/2014

Sebagaimana yang diketahui, AL FARABI BAND pada Oktober 2013 lalu telah mengeluarkan sebuah album berjudul "World New Ethnic" dan ianya masih diedarkan pada harga berasingan RM25. Anda yang berminat boleh membayar pada harga promosi cuma RM30 (termasuk postaj) untuk album "World New Ethnic" + single "Empayer Mim". Satu harga untuk dua karya panas AL FARABI BAND!


AL FARABI BAND juga bakal mengadakan persembahan khas sempena pelancaran "Empayer Mim". Saksikan aksi mereka secara langsung pada Isnin, 31 Mac 2014 di Studio Al Farabi Band bermula jam 9:00 malam. Ruang hanya terhad kepada 50 orang sahaja, oleh itu hubungi mereka sekarang (tempahan ditutup pada 29/03/2014) untuk menempah tempat anda.

INFORMASI:

2014-03-19

CHOSEN - "PRAY AND OBEY" MASIH DIJUAL!


Di atas permintaan ramai, album sulung CHOSEN "Pray And Obey" (dikeluarkan tahun 2000) masih ada lebih kurang 50 keping sahaja lagi dan sedia untuk dijual. Kepada yang berminat dan ingin mendapatkan CD ini, sila hubungi pihak CHOSEN untuk segala urusan pembelian. 

HARGA RM50
Kos Penghantaran:
+RM5 Semenanjung
+RM10 Sabah & Sarawak

SILA HUBUNGI:

17/05/2014 - KUCHING BLACK MASS RITUAL

TARIKH: 17 MEI 2014 (SABTU) | LOKASI: FLYING ROCK MUSIC STUDIO, KUCHING | MASA: 2PTG | TIKET: RM10 | BAND: NIHIL KHAOS / IMMOLATE / SEBAYAN / DEMON WAR / KAMBING SAKTI / KERUNTUK / KEBES | ANJURAN: DARK KLIWON ENTERTAINMENT


SIL KHANNAS - RILIS SEMULA "ASSASSIN LED BY BLASPHEMY" DEMO 1992


Sebagaimana yang dijanjikan pada penghujung tahun lalu, SIL KHANNAZ yang pada asalnya dieja sebagai SIL KHANNAS menunaikan janji mereka mengumumkan pengeluaran demotape 1992 "Assassin Led By Blasphemy" dalam bentuk pakej eksklusif iaitu kaset (semestinya kali ini berformatkan pro-tape) bersekali dengan t-shirt rilisan berkenaan. Semua ini boleh anda miliki pada harga hanya RM60 termasuk poslaju.

"Assassin Led By Blasphemy" mengandungi 4 buah lagu pra-pembikinan album pertama mereka "Conception Of Madness". Dirakam di Amerah Studio, Kompleks Pertama, Kuala Lumpur pada 24-25 Disember 1991, senarai lagu dalam demo ini adalah seperti berikut:

1. Legion Of Damned
2. Beyond My Darkest Moment
3. Eternal Obsession
4. Sinner Burning

Berkaitan t-shirt, ianya berkualiti Fruits Of The Loom dan disediakan dalam saiz pilihan S/M/L/XL/2XL/3XL. Perhatian: Pengeluaran kaset + t-shirt ini EKSKLUSIF dan TERHAD kepada 100 unit sahaja! Cuma RM60 termasuk poslaju. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!

SEGERA HUBUNGI:
www.facebook.com/messages/ramzee.jokhannaz

2014-03-18

01/06/2014 - TOTAL WAR II

TARIKH: 1 JUN 2014 (AHAD) | LOKASI: BLACK BOX, PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS, KUALA LUMPUR | MASA: 3PTG | TIKET: RM45 | BAND: DEFILED (Jepun) / PSYCHOPATHY (Thailand) / HUMILIATION / SIL KHANNAZ / KOFFIN KANSER / MISTIK / THE PILGRIMS / TOOLS OF THE TRADE | ANJURAN: NEBIULA PRODUCTION





TIKET PRESALE: RM40 | EARLY BIRDS: RM40 + FREE SHIRT (LIMITED 50 PCS)

INFORMASI:

27/03/2014 - GRIND, NOISE AND DESTROY

TARIKH: 27 MAC 2014 | LOKASI: AZIMAT STUDIO, SG.PETANI | MASA: 7MLM | TIKET: RM10 | BAND: SETE STAR SEPT (Jepun) / TERROR OF DYNAMITE ATTACK (Indonesia) / TERSANJUNG XIII (Indonesia) / 13DAS / ALTERATION BROKEN SYSTEM | ANJURAN: KRATOM CITY HARDCORE


26/04/2014 - XPDC - LIVE IN CONCERT


KONSERT MEGA XPDC | Kumpulan XPDC akan mengadakan konsert mega mereka di Litar Sepang Antarabangsa secara besar-besaran. Pastinya anda semua menantikan konsert ini setelah sekian lama "Raja Fun Fair" ini tidak mengadakan konsert dan semestinya konsert ini adalah khas untuk anda semua peminat tegar XPDC.

Kumpulan lagenda ini menjemput anda semua untuk turun hadir ke konsert mega ini sebagai tanda sokongan anda kepada XPDC setelah lebih 20 tahun berada dalam industri muzik. Jom ramai-ramai kasi gegar konsert mega XPDC!

Tempat: Litar Antarabangsa Sepang
Tarikh: 26 April 2014 (Sabtu)
Masa: 8mlm
Tiket: RM48 Presale / RM68 Doorsale

Tiket akan mula dijual bermula 19/04/2014. Untuk pembelian tiket boleh dilakukan secara online di www.myticket.my atau pembelian secara offline di Rock Corner ataupun tempahan hotline +603-80808700. Cepat dapatkan tiket sebelum habis dijual!

Untuk informasi lanjut boleh hubungi pihak penganjur Return Of Rock - R.O.R di ror.event@gmail.com / http://www.facebook.com/messages/RORevent atau hubungi talian 017-3889555.

INFORMASI:

23/03/2014 - METAL ATTACK

TARIKH: 23 MAC 2014 | LOKASI: UPRISING MUSIC LOUNGE, SETAPAK | MASA: 3PTG | TIKET: RM10 | BAND: BEHIND THE DEATH / DEUMUSETH / INSANHAK / A RUTHLESS CLEANSING / REHEARSE / KOLBENFAUST / DOWN OF THE ETHIC / BATHED IN PLACENTA / ATARAXIQUE / HEGYRA | ANJURAN: UPRISING MUSIC SOCIETY


INFORMASI:

MANTAK - HELLFERNAL BLASPHEMIES T-SHIRT


MANTAK | "Hellfernal Blasphemies" Exclusive T-shirt | Available from S to XXL sizes | PRE-ORDER ACCEPTED NOW! | Released by New York's WARHEMIC PRODUCTIONS | Contact warhemic@hotmail.com for further details!

INFORMATION:

MANTAK - DIABOLICAL PSYCHOLUST (DEATHKLUSIVE WHITE T-SHIRT)


MANTAK | "Diabolical Psycholust" Official White T-shirt | Available from S to XXL sizes | PRE-ORDER ACCEPTED NOW! | Released by New York's WARHEMIC PRODUCTIONS | Contact warhemic@hotmail.com for further details!

INFORMATION:

2014-03-17

04/04/2014 - NONSERVIAM - ALBUM LAUNCH SHOW (PULAU PINANG)

TARIKH: 4 APRIL 2014 | LOKASI: SOUNDMAKER STUDIO, PULAU PINANG | MASA: 10MLM | TIKET: RM10 | BAND: NONSERVIAM / DEUMUSETH | DESKRIPSI: Penang's session of the "A Spectral Ascension" album launch, as part of Soundmaker Studio's 'Friday Rebel Gigs'. Joining NonserviaM in arms for this assault, will be KL's Extreme Experimental Metal veterans Deumuseth.


INFORMASI:

PSYCHOTIC ART ZINE - EDISI APRIL 2014 UNDER CONSTRUCTION


Psychotic Art Zine - Edisi April 2014 is under heavy construction. Artworks and poems contribution is needed. Please email your contribution to: sickscreen_p@yahoo.com. Cover are being done Jason EVIL Covelli (Human Burial Records). Dateline of submission are at the end of March. Keep your stuff coming!

INFORMATION

22/03/2014 - BUNYI BELIA FEST 2014

[DIBATALKAN] TARIKH: 22 MAC 2014 (SABTU) | LOKASI: DEWAN KBS (TEPIAN GELANGGANG) KUANTAN | MASA: 12TGH - 12 MLM | TIKET: RM5 | BAND: LITTLEMALAYABAND / MOLESTED SATYRIASIS / OFF NOTE / AS I BURN / MAGIC / MOLOTOV / GIPSY / TORCH / MATTRA / SCOM / WISDOM / MAGNETIC / VERMISITE / DEPTH ANALYSIS / SLIMOUTLITOUK / BURST OF THE MESSKID / SONIC STAR RADIO JAMM / TASYIM / THE SIRCUSE / THE FINKS | ANJURAN: RAYLAX STUDIO ENTERTAINMENT / MAJLIS BELIA DAERAH KUANTAN


EASTERN VOICE PRODUCTION - EVPCST18: INFERNAL EXECRATOR - AD INFINITUM SATANIC ADHERENT



EVPCST18: INFERNAL EXECRATOR - AD INFINITUM SATANIC ADHERENT (full length). Pro Tape Format. 9 Tracks (incl. 1 bonus track (Impiety cover) special for Asian pressing). Including an A4 Poster. Limited to 150 copy. Release date: 26 March 2014. Also available on cd format (digipak) soon!! Contact if interested! Youtube for sample songs: http://youtu.be/8XzebeLiC9U

Price: RM25 / SGD13 / USD10 / EURO7 (inclusive postage)

KREATOR - KUALA LUMPUR 2014 OFFICIAL TOUR T-SHIRT


Kreator Official Kuala Lumpur Tour 2014 dibuka sekarang untuk pre-order! RM55 sahaja atau RM60 dgn poslaju, tag Fruit Of The Loom. Plastisol print quality. bagi sesiapa yang berminat, place your booking secepat mungkin sebelum kehabisan stock. Anda hanya perlu:

1- buat bayaran di nombor akaun seperti yang tertera di poster.
2- inbox Syaari bin Aziz untuk tunjuk bukti resit atau whatsapp nombor di poster.
3- sertakan sekali saiz dan alamat.

order akan ditutup selepas cukup booking untuk 100 helai. what are you waiting for, Kuala Lumpur!

2014-03-12

SUFFERCATION - "22 YEARS DAY OF DARKNESS" T-SHIRT & PATCH


Bagi menyambut 22 tahun album pertama SUFFERCATION "Day Of Darkness", sebuah label berpusat di Jakarta, Indonesia iaitu MORBID NOISE diberi kepercayaan untuk mengeluarkan merchandise berupa t-shirt dan disekalikan dengan patch berkaitan. 

SUFFERCATION - 22 Years Day Of Darkness 
(Bundling T-Shirt + Woven Patches 20cm x 6cm) 

Released: 31 March 2014
Malaysian Death Metal Legend

LIMITED EDITION!
Size: S, M, L, XL, XXL, XXXL

Malaysia
Price: RM65 (not incl. postage)
Add extra RM5 for XXL and XXXL
Serious order: contact: +60 125 451 461

Indonesia
Price: Rp.135.000 (not include postage)
Add extra Rp.10.000 for XXL and XXXL
Serious order: contact: +62 8777 020 5252

BOOK YOUR ORDER NOW!!!

INFORMASI:

SUFFERCATION - "ANCIENT VISIONS DISAPPEAR THEN RISE CRYPTIC EXISTENCE" T-SHIRT


Susulan pengeluaran album "Ancient Visions Disappear Then Rise Cryptic Existence" (rilisan semula album kedua "Cryptic Existence"), SUFFERCATION turut mengeluarkan t-shirt eksklusif untuk rilisan tersebut. Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, untuk 100 pesanan/pembelian pertama CD akan menerima baucer diskaun pembelian t-shirt istimewa tersebut. Terbaharu, SUFFERCATION memaklumkan, tanpa terlebih dahulu mendapatkan baucer yang dimaksudkan, anda boleh terus mendapatkan t-shirt tersebut.

T-shirt + CD - RM90 (untuk 100 pembeli pertama)
T-shirt sahaja - RM60

HUBUNGI:

23/04/2014 - KREATOR - LIVE IN KUALA LUMPUR 2014

TARIKH: 23 APRIL 2014 (RABU) | LOKASI: SCANDALS CLUB KUALA LUMPUR (Lot 926 Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur) | MASA: 7MLM | TIKET: Presales RM120 | Door RM150 | ANJURAN: DEMIGOD PRODUCTION / SUPER PSYCHO CYBER SONIC




INFORMASI:

KUKUBESI - "DEATH METAL" T-SHIRT


KUKUBESI telah mengeluarkan t-shirt memaparkan logo band dan teks "DEATH METAL". T-shirt ini mula dilancarkan pada gig Extreme Noise Terror bertarikh 9 Februari 2014 lepas. Keluarannya terhad hanya 30 helai sahaja saiz dari M - XXL. Kepada sesiapa yang berminat dengan t-shirt band KUKUBESI ini boleh beli dari MUZIK BOX PRODUCTION atau boleh juga memesan terus dari KUKUBESI di mana t-shirt ini diedarkan pada harga RM35 + RM3 (pos berdaftar).


Nota: Teks "DEATH METAL" dicetak dalam warna putih.

HUBUNGI:

KUKUBESI - LINE-UP 2014


KUKUBESI, angkatan Death Metal Kulaijaya Johor Bahru, telah mengumumkan tentang penarikan diri gitaris asal mereka Naly yang mana tidak lagi dapat bersama dalam band atas sebab komitmen kerjaya. "Kami sangat-sangat berterima kasih kepada Naly kerana telah bersama di dalam band ini beberapa tahun. Banyak kenangan manis yang ditinggalkan bersama kami!", kata salah seorang anggota band ini. Naly adalah anggota asal barisan 4 pemuzik yang memulakan penubuhan KUKUBESI pada awal tahun 2010 dahulu.

Bersama Naly, KUKUBESI sempat mengeluarkan sebuah demo berjudul "Dictator Symbolic" berkandungan 2 lagu + intro & outro pada awal Oktober 2013. Kekosongan posisi yang ditinggalkan Naly akhirnya diganti oleh saudara Arm sebagai pemain gitar kedua pada lewat Januari 2014 meneruskan perjuangan KUKUBESI yang baru sahaja muncul berkongsi pentas bersama EXTREME NOISE TERROR (Live in Johor Bahru) pada 9 Februari 2014 dan terlibat dalam METALVAGANZA MINI TOUR bertarikh 8 Mac di Stopzone, Larkin. 


Berkaitan kekeliruan di mana ramai yang bertanya adakah KUKUBESI ini band TANDUS yang telah ditukar nama TANDUS kepada KUKUBESI? Pihak band menjelaskan: "Ok begini.. Line-up di dalam KUKUBESI dan TANDUS memang orang yang sama. Yang tiada cuma Acun (bass) dan Ical(vokal). Band Tandus masih ada, cuma mereka tidak aktif buat masa sekarang ini", kata Onesoulkiller memberikan jawaban. 

Difahamkan KUKUBESI pada masa ini selain giat menerima jemputan menyertai gig di sekitar Johor Bahru dan seluruh negara, mereka juga sedang bersiap untuk menyediakan material baru dan mengeluarkan sebuah EP sekitar tahun ini juga. Berinspirasikan band-band seperti Death, Resurrection dan Morbid Angel, KUKUBESI kini secara rasmi didukungi oleh:

Xul Axrai - Vokal
Atoi Nightscreamer - Gitar
Arm - Gitar
Ain Raptor - Bass
Onesoulkiller - Dram

INFORMASI:

2014-03-11

SCOTT THRASHED - THRASH OUT AND FAST!!


SCOTT THRASHED adalah band berpaksikan Crossover Thrash dari Sabah, dianggotai oleh Shari (gitar) dan Scott (vokal dll). Mereka mengeluarkan sebuah EP dalam format kaset berjudul "Thrash Out And Fast!!". EP ini mengandungi 15 buah lagu dikeluarkan oleh DEATHMUTT RECORDS [Katalog#: DMR057]


Thrashgrind Sabah yang tengah menjadi-jadi sekarang!! SCOTT THRASHED siap membungkus 15 track crossover thrash dorang dalam THRASH OUT AND FAST tape!! 2 power man untuk band ni.. Mmg susah nak dapat sound macam D.R.I ni.. Ada teknikal gitar yang nyilu juga yang menampakkan thrash dorang.. Hahaha.. Ada berani?? – Xkozoi Mozoix

SCOTT THRASHED "Thrash Out And Fast!!" EP dikeluarkan pada Disember 2013 dan diedarkan pada harga RM6. DEATHMUTT RECORDS juga turut mengeluarkan t-shirt bersempena rilisan EP ini, berkualiti Premium Gildan, saiz M - XL, berharga RM35. Hubungi: deathmuttrecords@yahoo.com

INFORMASI:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...