2014-11-01

BLOODY BAT PRODUCTION - REISSUE: HAFYUKAL "SUMANGAT TOK JANGGUT"


BLOODY BAT PRODUCTION yang sebelum ini mengeluarkan EPISODE "Menanti Kebangkitan" CDR lebih setahun yang lalu kembali dengan produk terbaharu berupa cetakan ulangan EP dari HAFYUKAL berjudul "Sumangat Tok Janggut" [BBP_002]. Keluaran semula EP 4-lagu ini turut menampilkan ilustrasi berlainan sebagai penghias kulit hadapan.


Bagi anda di luar sana yang terlepas mendapatkan edisi asal format CDR keluaran TROOPER ART REGIME DISTRO dan juga kaset terbitan METAL PORN PRODUCTION, ini adalah peluang baru untuk merasai sentuhan Culturalistica Folk Metal ciptaan HAFYUKAL.

01. Introduction
02. Amalan Pemandian Keris
03. Sumangat Tok Janggut
04. Perjalanan Saudara


BLOODY BAT PRODUCTION mengeluarkan rilisan ini terhad kepada 50 salinan sahaja dan dipasarkan pada harga RM10. Untuk sesiapa yang mahu memperolehi EP ini, sila hubungi e-mel bloodybatproduction@gmail.com atau terus di laman facebook berkenaan.

INFORMASI:

BERKAITAN:
HAFYUKAL - SUMANGAT TOK JANGGUT: VERSI CD
HAFYUKAL - SUMANGAT TOK JANGGUT (TAPE)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...