2014-10-02

JUGRA - "HULIGAN!" EP 2014


JUGRA melalui kerjasama MTD PRODUCTION baru sahaja merilis sebuah EP dalam format Pro-CDR berjudul "Huligan!" [Kat#: MTDPROD28]. EP ini dilihat membawa tema dan mesej unik di mana ianya dedikasi khusus buat arena bolasepak tempatan. Sejumlah 4 buah lagu dipersembahkan melalui "Huligan!", sebagaimana senarai berikut:

1. Hari Perlawanan
2. Gergasi Merah Kuning
3. Huligan!
4. Malaya. Satukan Jiwamu


Dari aspek muzikal, JUGRA menerusi "Huligan!" EP 2014 ini menggalas rentak irama Oi! Rock diterapi unsur-unsur patriotisma yang tinggi. Rakaman "Huligan!" berlangsung di sebuah studio di Klang, Selangor melibatkan anggota ketika itu; Daeng Andika (bass & vokal), Daeng Hitam (gitar) dan Daeng Lumania (dram).


Cetakan "Huligan!" terhad kepada 88 salinan sahaja! Dapatkan EP ini sekarang yang beredar di pasaran pada harga RM20 (melalui pos) atau RM15 (melalui tangan - hanya untuk kawasan sekitar Petaling Jaya sahaja). Urusan pembelian sila hubungi Daeng Andika di facebook.com/pengiran.andika.9 atau SMS ke talian 0172374589. Pesanan juga boleh dibuat terus kepada label pengeluar, MTD PRODUCTION.

INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...