2014-01-16

JUGRA - ALBUM SULUNG AKAN DATANG!!

JUGRA merupakan kumpulan muzik pertama di negara ini yang telah menggabungkan irama Oi! Skinhead dan Metal di dalam lagu. Lebih tepat, ia adalah kombinasi RAC dan NSBM, kemudiannya digelar sebagai Patriotik Metal. JUGRA dilaporkan dalam persiapan untuk melahirkan album sulung mereka yang dijangka dikeluarkan pada pertengahan tahun 2014 ini.

"Kesemua trek telah selesai dirakamkan dan kini sedang dalam proses mixing / mastering dan produksi kilang. Dapatkan CD ini apabila muncul kelak untuk ketahui sendiri keunikan yang ditonjolkan JUGRA", maklum Daeng Andika selaku pemain gitar dan vokalis. JUGRA turut dianggotai oleh Daeng Kepalang (bass/vokal) dan Daeng Lumania (dram).


Bakal diriliskan oleh HERITAGE NUSANTARA PRODUKTION, album sulung ini memuatkan 8 buah lagu berirama RAC + NSBM acuan JUGRA, sebagaimana senarai berikut:

01. Daulat Jugra
02. Darah & Maruah
03. Kebangkitan Bangsa
04. Bangkit Malaya...
05. ...Dan Rampas Kembali Kedaulatan Kita
06. Patriotik Metal
07. Sumpah Anak Watan
08. K.M.M

PREQUEL ALBUM SULUNG JUGRA
Video ini merupakan prequel promosi album sulung JUGRA yang akan muncul sekitar pertengahan 2014 ini. Trek yang disiarkan di video ini adalah untuk tujuan promosi sahaja. Oleh itu kualiti bunyinya di tahap asal (bukan yang di-mix). Untuk kepuasan audio sebenar album JUGRA, dapatkan yang asli kelak di pasaran!


"Ini adalah RAC bertemu NSBM. Irama patriotik yang asli dan identikal. JUGRA memainkan apa sahaja yang kami rasakan kami suka. Tanpa sebarang kompromi! Asalkan pendengar dan pejuang bangsa dapat memahami apa yang kami cuba sampaikan. Mudah-mudahan!", ujar Daeng Andika memperkemaskan maksud muzikal mereka. Lagu-lagu JUGRA turut mengandungi bahagian-bahagian yang menepati kemahuan pendengar Rock Kapak, Power Metal hatta Black Metal pantas.

Nantikan kemunculan album sulung JUGRA. Kumpulan PATRIOTIK METAL pertama di Tanah Melayu! Asli dan tulen.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...