2013-06-28

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.04/2013


MISTIK
Mistik akan kembali! Begitulah perkhabaran terkini yang diterima dari band Black Metal Pulau Pinang ini. Harapnya status ini menjanjikan pengembalian yang pasti. Satu ketika dahulu sekitar 2009 pernah dihebahkan Mistik akan mengeluarkan album sulung mereka yang bertajuk "Lauhur Mahfuz" namun berita tersebut hanya tinggal sebuah cerita, menyepi ditelan masa yang berlalu pergi. Hubungi Mistik untuk kesahihan situasi mereka di: pessakh@yahoo.com

LARRONG
Agi idup agi Death Metal! Larrong yang merupakan sebuah band Death Metal lama diasaskan di Matu, Sarawak bakal kembali dengan rilisan terbaharu berjudul "Ritual Decapitation". Senilukis untuk kulit hadapan rilisan tersebut telahpun disiarkan di laman facebook mereka. Larrong pada masa ini dianggotai oleh Sarn Burns (vokal), Aziz (gitar), Xudin (gitar), Hadi (bass) dan HellFiz (dram). Dapatkan maklumat lanjut berkaitan "Ritual Decapitation" di: mnpborneo@yahoo.com


BLOOD LEGION
Unit Death/Thrash Metal Kuala Lumpur, Blood Legion pada ketika ini dilaporkan sedang sibuk di studio dalam usaha menyiapkan lagu-lagu terbaru untuk rilisan-rilisan yang akan datang. Kali terakhir Blood Legion muncul dengan Promo 2012 dan penampilan sebuah lagu dalam kompilasi The Death Of Analog Psycho keluaran Faithcraft Productions. Blood Legion dianggotai oleh Grizzly Shan (vokal), Old Man Jai (gitar), The Law Pathman (bass) dan Wicker Chris (dram). Kemaskini mutakhir band ini boleh ditanya di: bloodlegion666@yahoo.com

NAMSAR
Band Thrash/Death Metal dari Kota Kinabalu, Sabah dikenali dengan nama Namsar memaklumkan bahawa mereka telah memiliki beberapa buah lagu baru yang bakal memecahkan gegendang telinga anda! Jangkakan sebuah rilisan baru dari mereka! Namsar didokongi oleh Alan (vokal/gitar), Jerry (dram) dan bantuan sessionis Viktor (bass/vokal latar). Hubungi Alan Mic di talian 016-8425295.


PENGUASA ANJING
Ini sebuah band beraliran Grindcore dari daerah Inanam/Penampang, Sabah. Terkini, Penguasa Anjing tampil dalam sebuah 3-way split "Kemusnahan Sejagat" bersama Tarantulah dan Strength Enemy. Difahamkan split CDR ini mengandungi keseluruhannya 15 buah lagu dijual pada harga RM5 sahaja. Penguasa Anjing yang digerakkan oleh Ben (vokal/gitar) dan Arnold (dram) juga pada awal tahun ini telah merilis sebuah Promo CD serta "Bangsat Durjana" EP 2013. Dapatkan material-material mereka melalui: mohdaidil.pangazou.pulianabdul@gmail.com

HARLOTNYMPH
Sebuah band Melodic Death Metal yang berasal dari Bongawan, Sabah. Tahun 2001 dikenali oleh rakan seperjuangan dengan nama Hazazel Maut. Kemudian mula bergiat aktif dengan nama baru, Harlotnymph pada 2003 dengan mengisi ruang-ruang gig di sekitar kawasan setempat. Harlotnymph dianggotai oleh Jamal (dram/vokal), Syax (gitar), Nill (gitar), Paul (bass) dan Gayour Oldbridge (sessionis dram). Harlotnymph dilaporkan telah berbincang sesama mereka untuk mengeluarkan sebuah EP dijadualkan rilis pada hujung 2013 nanti. 


CHELATION INTOXICATION
Chelation Intoxication adalah band yang menggalas Slamming Brutal Death Metal dari Jitra, Kedah. Muzikal mereka turut disuntik juga dengan elemen-elemen groovy/downbeat/gore bi bawah pengaruh band-band seperti atalepsy, Devourment, Kraanium, Vulvectomy dan seumpamanya. Mini album pertama mereka berjudul "Dismemberment XVIII" akan rilis pada Julai 2013 melalui Grundar Production. Band 4 anggota ini bakal menyiksa pendengaran anda tanpa belas kasihan!

BLACKSEED
Demo "Let's Thrasher Begin" akan diriliskan dalam dua format; CD dan Tape. Format CD akan dirilis oleh Trooper Art Regime Distro manakala Tape pula melalui Kimar Records. Menurut pihak Blackseed, format CD masih belum diketahui tarikh rilisnya kerana terdapat sedikit masalah teknikal. Tape pula dijangka berada di pasaran sekitar Julai 2013 ini. Jika anda meminati Thrash Metal, Blackseed adalah salah-satu pilihan untuk anda!!


SUCCUBUS
susulan kejayaan demo "Sadistic Rites of Evil", band Death/Thrash Metal Succubus diberitakan sedang sibuk di studio rakaman untuk penghasilan material baru mereka iaitu sebuah EP. Menurut Nafkhatul 'Incubus' Faza selaku vokalis grup ini, beliau baru sahaja selesai merakam bahagian vokal dan pada masa ini proses keseluruhan berada di peringkat kerja-kerja mixing dan mastering. Nantikan gempita Succubus selanjutnya!

METAL BLASTER
Metal Blaster secara dasarnya adalah sebuah webzine yang menyalurkan pelbagai informasi Metal Klasik! Ianya bertindak sebagai satu pusat maklumat atas talian khusus untuk muzik Heavy Metal. Laman ini bertujuan menyedia dan menyebar berita-berita metal, ulasan, temubual, info band, laporan konsert, foto dan sebagainya, dikemaskini hampir setiap hari khas untuk memenuhi keperluan peminat-peminat tegar muzik Metal. Selain dari sekadar sebuah webzine, Metal Blaster juga telah membentuk rangkaian dengan beberapa label, majalah dan radio station di peringkat antarabangsa di mana Metal Blaster bertindak sebagai ejen promosi dan penyampaian maklumat. 

NUCLEAR STRIKES - DUTA EASTERN BOBBER


NUCLEAR STRIKES baru-baru ini telah dilantik sebagai Duta kepada EASTERN BOBBER iaitu sebuah syarikat permotoran custom di Malaysia. Dengan perlantikan sebagai Duta, band yang cukup terkenal dengan pembawaan Heavy Metal / Hard Rock Klasik dari Kajang tersebut akan bertindak mempromosi dan memperaga motor-motor custom keluaran Eastern Bobber melalui sessi-sessi fotografi, persembahan, laman web dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada Nuclear Strikes.

http://www.facebook.com/eastern.bobber
http://nuclearstrikes.blogspot.com

2013-06-27

DELETED - HELL METAL CASSETTE EP


EVIL DEAD PRODUCTION mengumumkan rilisan terbaharu mereka iaitu DELETED - "Hell Metal" EP [Cat.No: EDP 018]. Rilisan ini adalah dalam format Pro-Tape terhad kepada 150 unit sahaja. "Hell Metal" mengandungi 4 buah lagu bestial hellish Black/Death, diedarkan pada harga RM12 (di tangan). Pakej ekslusif bersekali dengan patch turut diedarkan pada harga RM20 seunit, terhad kepada 30 unit sahaja. Ajukan pertanyaan berkaitan kos tambahan untuk penghantaran atau membuat pesanan ke emel: evildeadproduction@yahoo.com. Prebiu rilisan ini boleh dilihat di: http://youtu.be/cTgOFdCxmZ8.


DELETED ditubuhkan pada 7 Julai 2007 dianggotai oleh Abandon Satanculas and 777 Warmagedon (vokal/bass), Dicit Deum Demogorgona Summum (gitar) dan Demonical Bonecrusher of Devastator Blastillery (dram). Muzikal mereka ke arah War Black/Death Metal di bawah pengaruh band-band seperti Bathory, Blasphemy, Sarcófago dan Abhorer. Terdahulu mereka telah merilis sebuah demotape berjudul "777" (2009). "Hell Metal" adalah rilisan kedua Deleted, sebuah EP yang menghidangkan 4 buah lagu termasuk sebuah lagu cover dari Sarcófago

TRACKLIST:
1. Hell Metal Of Doom
2. Goat Bless You!
3. 777 (Taken From Demo 2009)
4. Christ's Death (Sarcófago cover)

INFORMASI:
www.facebook.com/evildeadproductions
www.facebook.com/Deletedcult

MR METAL RECORDS MADRATTS PRODUCTION


MADRATTS PRODUCTION (001893195-U) adalah sebuah label muzik terbaharu ditubuhkan di Malaysia, di mana mastermind  di sebalik label ini adalah bekal personil syarikat rakaman WARNADA. Sebagaimana maklum, WARNADA adalah label tempatan terawal yang mengeluarkan album untuk kebanyakan band-band era 80an seperti MAY, Burnmark, Metallian dan sebagainya. Dilaporkan, Madratts Production melangkah ke hadapan memeterai pertalian dengan sebuah label Eropah iaitu DEFOX RECORDS yang berpengkalan di Itali. Dengan adanya usaha kerjasama ini, misi Madratts Production adalah untuk membawa artis dan band-band Rock/Metal Malaysia menandatangani kontrak dan pengeluaran album melalui label antarabangsa. 

Berikut adalah profil introduksi Madratts Production sebagaimana tertulis di dalam laman rasmi mereka: Madratts Production based in Malaysia (09.09.09). Madratts Production is an association and independent record label dedicated to promoting an extensive variety of international bands and artists. Madratts Production also offers full-service promotional solutions, strategic consulting and marketing services. Recording Label that search and create artist talent, publisher and event management. Mastermind in Madratts Production is a person who worked the strategic in a recording company, Warnada Records (R.I.P) in the 80's, Warnada was the first companies producing Heavy Metal band in the early 80's in Malaysia. Madratts Production also collaborate with DEFOX RECORD Europe, based in ITALY. Contact madrattslangkawi@yahoo.com

Buat masa ini hanya NUCLEAR STRIKES satunya artis yang bernaung di bawah Madratts Production. Mereka telah merilis sebuah EP berjudul "Megastrom Eyes" sekitar tahun 2011. Madratts Production dijadualkan merilis single "Nuclear Strikes 2.0.1.3" sekitar Julai 2013. Perhatian kepada Hard Rock/Metal tempatan: Ini adalah peluang untuk anda lebih maju kehadapan. Madratts Production telah membuka ruang untuk anda membina nama di peringkat yang lebih tinggi. Fikirkan dan gunakan peluang dan ruang terhidang ini sewajarnya!

Official Website 
http://madrattstheboss.blogspot.com
Official Facebook
http://www.facebook.com/madratts

2013-06-26

06/07/2013 - KIND OF FEEL 8TH YEARS ANNIVERSARY PERFORMANCE

Persembahan pentas yang julung-lulung kali diadakan untuk meraikan ulangtahun ke-8 KIND OF FEEL yang telah berkecimpung dalam arena muzik bebas Malaysia sejak 2005. Ini juga bertujuan untuk menyatukan kembali rakan-rakan seperjuagan dari Alfian Studio dan Anjung Cafe. Turut menampilkan: Yamin (bekas vokal, dari EP 'Realiti' 2009) dan Wan Ablasa. Tarikh: 6 Julai 2013, Sabtu. Jam: 8.30 malam. Tempat: Alfian Studio, Kompleks Dato Kailan, Kepala Batas (Tingkat 2, atas Karaoke MyLagu).


06/07/2013 - YOU ONLY LIVE ONCE #VOLUME 1


06/07/2013 - KUALA LUMPUR ZINE FEST 2013


More info at: klzf2013 [at] gmail.com
Contact person: TJ - 0173659598

DATE & TIME
Saturday, 6th July 2013 from 10.00 am to 6.00 PM
MIA ART CENTRE (formerly know as The Red Bungalow)
Jalan Ampang, Behind Pelita Nasi Kandar, KLCC

KONSERT "THUNDER IN THE EAST" DITUNDA

BERITA Oleh Nazghoul Azguadth Ahmad

Seharusnya empat gergasi rock Asia iaitu Loudness (Jepun), Search (Malaysia), Rusty Blade (Singapura) dan Slank (Indonesia) akan bergabung di atas satu pentas yang sama untuk menggegarkan industri rock tanahair di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini. Konsert yang diberi nama Thunder In The East 2013 ini bakal menjadi realiti buat para peminat muzik rock yang sekian lama menantikan empat band hebat ini beraksi di atas satu pentas yang sama. Namun segala impian tersebut mungkin terpaksa ditangguhkan buat sementara. Segalanya adalah berpunca daripada masalah jerebu yang melanda negara kita ketika ini.

Konsert yang dibawakan khas oleh Clockwork Events dengan kerjasama dari Puzzleworks dan Inderacorp Ventures Sdn Bhd terpaksa ditunda namun begitu “Thunder In The East” akan terus direalisasikan bagi memenuhi kehendak peminat rock tempatan yang dahagakan sebuah konsert bertenaga apatah lagi ianya seakan “The Big Four” yang menggabungkan kumpulan ternama antarabangsa iaitu Slayer, Metallica, Anthrax dan Megadeth. Kekuatan dan kelebihan setiap band ini adalah faktor menjadikan konsert ini sebagai konsert yang wajib ditonton sebagai membuktikan anda merupakan rockers sejati. 

“Pihak kami terpaksa akur dengan keadaan cuaca yang melanda negara kita ketika ini, apatah lagi ianya berada di dalam situasi yang cukup ‘tidak sihat’. Lagipun ianya melibatkan kesihatan pemuzik yang rata-rata sudah melangkaui usia ‘muda’ dan demi memastikan kesihatan peminat untuk berada di tahap yang baik”, ujar Shamir selaku jurucakap Clockwork Event.

“Sebelum ini Loudness juga ada menghubungi kami dan menyatakan kekesalan dengan situasi yang melanda Malaysia malah mereka juga cukup memahami perasaan peminat yang berkobar-kobar untuk menyaksikan persembahan mereka, namun kesihatan lebih penting dari segala-galanya”, tambah beliau sewaktu ditemui di sidang media yang diadakan di Wonderama, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya mewakili anggota Search cukup terharu di atas sokongan para peminat namun kita terpaksa terima Qada dan Qadar dari Allah kerana sesungguhnya DIA lebih mengetahui dan mungkin ada hikmahnya. Dikesempatan yang ada, kami akan berlatih dengan lebih giat lagi demi memenuhi citarasa peminat rock yang akan hadir ke konsert ini nanti”, ujar Amy

“Thunder In The East akan terus di adakan mengikut perancangan awal ianya hanya ditunda. Bagi peminat yang sudah memiliki tiket konsert anda tidak perlu risau kerana ianya masih boleh digunakan dan pihak kami akan memikirkan ‘sesuatu’ untuk diberikan kepada peminat yang sudah membeli tiket sebagai tanda ingatan kami terhadap mereka”, ujar Shamir lagi.

Harga tiket bermula dari RM888 (VVIP Platinum), RM398 (VIP Gold), RM258 (VIP Silver) dan RM138 (Tiket biasa). Tiket bagi dua kategori ini hanya dicetak terhad iaitu tiket VIP Platinum sebanyak 400 keping manakala VIP Gold sebanyak 1,000 keping. Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai konsert ini di www.clockwork.com.my atau di twitter @ThunderInEastMY; @clockwork _crew atau di Instagram @TITE2013.

THUNDER IN THE EAST 2013
www.facebook.com/ThunderInTheEast2013

ENTRI TERDAHULU/BERKAITAN:
2013-06-05: BULETIN METAL MALAYSIA BIL.03/2013
2013-05-31: IDEOLOGI SENI SEARCH
2013-05-16: 30/06/2013 - THUNDER IN THE EAST 2013 (UPDATED)
2013-05-13: 30/06/2013 - THUNDER IN THE EAST 2013

2013-06-25

29/06/2013 - KONSERT BANTUAN AMAL MINI GIG

TARIKH: 29 JUN 2013 | TEMPAT: RAFIE KAFE, SIBU, SARAWAK | MASA: 7:30 MLM | BAND JEMPUTAN: FOUNDING FATHER / FUN GUY FREAK / PROJECT AWAN / SWAN ANGEL | ANJURAN: A.M.N JAMMING STUDIO


OBJEKTIF: BANTUAN AMAL UNTUK MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG DATU LAMA SIBU. ROCKERS CARE!!

www.facebook.com/pages/AMN-JAMMING-STUDIO/224793527534651
www.facebook.com/pages/Rafie-Cafe/301767393167417

SIL KHANNAZ - CALLER RINGTONES


Dapatkan Caller Ringtones lagu-lagu klasik Sil Khannaz. Cara Muat-turun Caller Ringtones anda:

UNTUK MAXIS:
Taip *131*Kod Pilihan# tekan call

UNTUK CELCOM: 
Taip *888*Kod Pilihan# tekan call

UNTUK DIGI: 
Taip CTKod Pilihan dan SMS ke 2000

UNTUK UMOBILE: 
Taip *118# dan call. Pilih *Kod Pilihan* dan *Subscribe*
atau Taip CT469998 dan hantarkan ke 28118

http://www.facebook.com/pages/Sil-Khannaz/44886560846

BERITA Oleh Lan Bye dan Nazghoul Azguadth Ahmad

29/06/2013 - HOMECOMING PARTY

TARIKH: 29 JUN 2013 (SABTU) | TEMPAT: RUMAH API, AMPANG, KUALA LUMPUR | MASA: 5 PTG | TIKET: RM15 | PERSEMBAHAN: APPÄRATUS / ATOMICDEATH / BLOOD LEGION / TOOLS OF THE TRADE / PKG / JALAN SEHALA


NOTA: Setelah hampir sebulan menjalani EURO TOUR dengan jayanya, band APPÄRATUS dan ATOMICDEATH meraikan kepulangan mereka ke tanahair mengadakan persembahan khas di Rumah Api, Ampang sambil disokong 4 buah grup yang lain. Homecoming Party ini juga menjadi pentas buat pelancaran rasmi split tape PKG/JALAN SEHALA. 

BERITA Oleh Wan Hazril 

2013-06-24

PSYCHOTIC SUFFERANCE - NO BARRIERS FOR NOISECORE


MUNGKIN ramai yang tidak ambil peduli akan keaktifan PSYCHOTIC SUFFERANCE dalam scene Grind/Noisecore. Dianggotai oleh Anep (vokal), Amir (gitar + noise), George Biai (gitar) dan Omar Haizar (dram), band berasal Seremban, Negeri Sembilan ini telah bergiat cergas begitu lama iaitu semenjak 1998 dan merilis puluhan (malah mungkin ratusan) Demo Tape/CDR, EP, 7”, split dan kompilasi dalam diskografi mereka. 


TERBAHARU, Psychotic Sufferance melaporkan yang mereka telah menyertai sebuah kompilasi atau lebih tepatnya split kaset 12 band (80 minit) padat dengan kebingitan Noisecore dari pelbagai negara. Kompilasi yang dirilis oleh  Zombi Attack Records (Perancis) ini menampilkan Deche Charge (Canada) , Coming From My Penis (USA), Adolf Shitter (France) , MHTO (France), Noizaabeest (Italy), Breakfast On Jupiter (Melmac), Garfield's Meat (Bulgaria), Malad (Ukraine) , Fuck Me Fuck My Noize (Thailand) , Faekal Omsorg (Denmark), Psychotic Sufferance (Malaysia) dan Garabato (Colombia).

TRACKLIST Psychotic Sufferance dalam “No Barriers For Noisecore” diletakkan pada SIDE A, mengetengahkan 7 buah lagu, seperti susunan berikut:
06. Modern Menace Mind 1
07. Modern Menace Mind 2
08. Hangman Noose 1
09. Hangman Noose 2
10. Morality Correct Are Sucks!
11. Severe Post-Trauma 1
12. Severe Post-Trauma 2

INFORMASI:
www.facebook.com/pages/PSYCHOTIC-SUFFERANCE/135981805742
www.myspace.com/psychoticsufferance
www.reverbnation.com/psychoticsufferance
www.facebook.com/pages/Zombi-Attack-Records/176326119124792

EDITORIAL: KELABU DALAM JEREBU

LEMBAH KELANG mula dilanda jerebu sejak Sabtu 22 Jun 2013, kian teruk pada Ahad 23 Jun 2013 dan bertambah parah pada hari ini 24 Jun 2013. Hari ini anak-anak diberi cuti dan mereka bergembira kerana tidak perlu ke sekolah. Ketika editorial ini ditulis pada jam 5:00 petang, situasi di luar rumah masih kelabu dalam jerebu. Mata terasa pedih. Pernafasan pula agak terganggu dalam keadaan udara yang tidak sihat ini. Aku kutip dan titipkan di sini beberapa perkara menarik tentang Kelabu Dalam Jerebu...


HUMOR #1: Entah mana datangnya cerita, jerebu yang melanda sebahagian besar negara kita ini berpunca dari pertempuran ULTRAMAN - RAKSAKSA. Hebat sungguh imaginasi kalian. Hahahaa!!...


HUMOR #2: Adiwira SUPERMAN pula dikatakan mengalami sesak nafas ataupun lelah kerana terbang bebas di ruang udara yang berjerebu tanpa mengendahkan amaran mengurangkan aktiviti di luar rumah. Hehehee!!...


FENOMENA: Penggunaan facemask melanda negara!! Sana-sini orang bercakap, mencari dan memakai facemask. Ada yang diberi / diedarkan secara percuma. Malangnya ada juga pihak yang mengambil kesempatan menjual facemask ini pada harga yang tidak masuk akal.


SINIS: Hah! Ini satu sindiran sinis buat gadis-gadis moden berpakaian seksi. "Tengok la pompuan sekarang ni, tutup hidung mulut takut jerebu... tak tutup bawah tu tak takut plak pada Allah Yang Satu!". Pedih...


METALLICA: Warga Metal sudah heboh tentang kedatangan Metallica beraksi di Singapura pada 24 Jun 2013 nanti. Ramai yang mengeluh kenapa tidak ke Malaysia? Ramai yang mula simpan niat mengumpul dana untuk turut serta menjadi saksi kepada aksi langsung Metallica di Changi Exhibition Centre nanti. Aku??? NOOOO LAH... Aku tak berminat. Lebih baik menabung untuk Family Tour ke Vietnam bulan November nanti, hehehe!! Aku agak 'kureng' dengan Metallica semenjak kelahiran 'the black album' mereka. Metallica pada aku hanya terbaik semasa 4 album terawal mereka; "Kill 'Em All", "Ride the Lightning", "Master of Puppets" dan "...and Justice for All". Itu sahaja excited aku pada Metallica. Bagi yang teruja dengan Metallica - Live in Singapore, ini maklumat untuk anda:


JUGRA - SUMPAH ANAK WATAN


JUGRA adalah sebuah grup muzik NSBM + RAC dari Selangor, Tanah Melayu diasaskan pada lewat 2012 dan muncul dengan sebuah Promo CD berjudul PROMO 01 yang dihadkan cetakannya sebanyak 30 keping sahaja. Promo tersebut diedarkan secara percuma kepada label dan zine sahaja. Promo 01 terkandung 2 buah lagu diberi judul "Daulat Jugra" & "Kebangkitan Bangsa" dan turut diselitkan sebuah intro. 

Rilisan akan datang dari Jugra adalah rilisan split bersama sebuah band NSBM dari negara Jerman iaitu Racial Purity. Trek "Sumpah Anak Watan" sepertimana yang diperdengarkan dalam prebiu ini diambil dari split tersebut yang dijangka muncul sekitar pertengahan tahun 2013 ini oleh sebuah label radikal dari negera Perancis. Nantikan kemunculannya!

SUMPAH ANAK WATAN atau The Patriot's Oath dalam Bahasa Inggeris adalah bertemakan patriotik. 

INFORMASI:
http://www.jugra13.webs.com
http://youtu.be/mMyj1ZmmHhU

2-DALAM-1: INTRUSION OF DARK JOURNEY & DARK LIVE COLLECTION


Untuk seksyen MUAT-TURUN pada kali ini, EKSTRIM mengetengah dua buah kompilasi yang kini boleh dianggap antara khazanah penting scene Metal Malaysia. Dua buah kompilasi (yang asal fizikalnya berformatkan kaset) yang saya maksudkan adalah Instrusion Of Dark Journey dan Dark Live Collection, kedua-duanya keluaran DARK JOURNEY RECORDS sekitar 1993 dahulu. 

INTRUSION OF DARK JOURNEY
01. DEMISOR - Oljud Knulla
02. PROFANE CREATION - On The Grave We Wept
03. INCUBATED WORMS - Sadistic Torture
04. NEBIRAS - In The Horde Of The Lightbearer
05. ARADIA - Dream To The Northern
06. BAZZAH - The Eye Of Thousand Shadows Abyssic
07. MISANTHROPE - Unholy Invocation Moonspell Of Winged Goat
08. KITANAI CHI - Scattered Emotion

DARK LIVE COLLECTION
01. BRAIN DEAD - The 7th Winds
02. BRAIN DEAD - Spirit Of Heloisa
03. CATARRH - Emptiness Laughter
04. CATARRH - Sense Of Stimulation
05. TORMENTOR - Death Unleashed
06. SILENT DEATH - Devouring Judas
07. SILENT DEATH - Spellbound
08. NEBIRAS - Blessed Be Thy
09. NEBIRAS - Region Of 4th Elements
10. NEMESIS - Life Form
*Track Silent Death ‘Spellbound’ disatukan dalam ‘Devouring Judas’

MUAT-TURUN:
http://uploaded.net/file/23hqdji2

Sumbangan: Zam Øthman

HAFYUKAL - SEMANGAT MELAYU DALAM METAL


SCENE Metal tempatan akhir-akhir ini begitu meriah dengan kebangkitan dan kemunculan kumpulan-kumpulan pemuzik yang serius memperkasa dan memartabatkan semangat kemelayuan dalam irama Metal bawaan mereka. Situasi ini dilihat sebagai kelangsungan dan kesinambungan jenama Eastern Metal yang telahpun bermula sekitar pertengahan 90an lagi. Untuk hari ini, HAFYUKAL adalah salah-satu unit yang mewarisi legasi Semangat Melayu dalam Metal. EKSTRIM berbicara bersama Panglima Kandak selaku teraju utama Hafyukal dalam usaha mencungkil misi dan visi kumpulan 3 anggota ini.

HAFYUKAL - Sumangat Tok Janggut (2013)

“HAFYUKAL mula tertubuhnya apabila saudara Panglima Dewata berhajat untuk menubuhkan sebuah kugiran yang berlandaskan kepada semangat sejarah melayu lama, menuntut kemerdekaan dan penentangan penjajah.. lalu mempelawa Panglima Kandak dan Panglima Sireh untuk memperlengkapkan sebuah kugiran yang di panggil Hafyukal. Kesemuanya berasal dari Selangor”, kata Panglima Kandak yang berperanan sebagai vokalis dan pemain bass dalam band ini. Sebagaimana yang diceritakan, selain Panglima Kandak, Hafyukal turut dianggotai oleh Panglima Dewata (gitar) dan Panglima Sireh (dram).

HAFYUKAL / HARLOTNYMPH - Pertempuran Daeng (2013)

MENURUT Panglima Kandak, Hafyukal menggelar muzik mereka sebagai ‘Culturalistica Malay Folk Metal’ di mana terdapat campuran unsur-unsur Death, Heavy dan Folk Metal dalam muzikal ciptaan mereka. Dimaklumkan juga lirik lagu Hafyukal ditulis oleh Panglima Sireh dan diolah semula oleh Panglima Kandak.

HAFYUKAL - Amalan Pemandian Keris (2012)

“Seperti yang diperkatakan tadi, lirik Hafyukal lebih cenderung ke arah semangat sejarah melayu lama, menuntut kemerdekaan, penentangan penjajah, di alam mati, kehidupan dan lain-lain lagi. Kebanyakkan penulisan lirik daripada cerita dari orang-orang lama, rujukan dan imaginasi sendiri yang mana tidak lari dari sesebuah situasi yang sebenar”, ujar Panglima Kandak memperjelaskan terma muzikal dan lirikal yang diperjuangkan oleh Hafyukal ini.

DISKOGRAFI
1. HAFYUKAL - “Amalan Pemandian Keris” Promo 2012 - 33 salinan dicetak - CDr
rilisan sendiri - hanya untuk kenalan rapat sahaja- sudah habis
2. HAFYUKAL / HARLOTNYMPH - “Pertempuran Daeng” 2 way split - CDr
rilis oleh Roh Jahat Prod. Indonesia
3. HAFYUKAL - “Sumangat Tok Janggut” - 100 salinan dicetak - kaset
rilis oleh Metal Porn Prod. Malaysia

“Rilisan yang terkini adalah Hafyukal - Sumangat Tok Janggut yang dikeluarkan oleh Metal Porn Production. Cetakan terhad hanya 100 kaset dicetak. Juga boleh mendapatkan split Hafyukal bersama Harlotnymph ‘Pertempuran Daeng’ dari label Roh Jahat Production (Indonesia). Beberapa lagu yang sama tetapi mastering dan mixing yang berbeza antara kaset dan split”, maklum Panglima Kandak berkaitan rilisan-rilisan terbaharu dari Hafyukal. “Untuk pembelian kaset kami boleh menghubungi Munif atau Metal Porn Production, cari di facebook: Metal Porn Production dan split kami boleh menghubungi Titik Yuniarti Bd atau Roh Jahat Production, cari di facebook: Roh Jahat Production”, tambah beliau lagi. 

Untuk makluman pembaca sepertimana yang dinyatakan oleh Panglima Kandak, Hafyukal hanyalah sebuah studio band. Ini bermakna Hafyukal ujud hanyalah untuk penghasilan muzik dan pengeluaran material rakaman dan anda tidak mungkin dapat melihat aksi mereka secara langsung di pentas. “Lagu-lagu baru masih lagi dalam perancangan atau kerangka. Semoga kalian semua dapat mengikuti dan mendapatkan setiap keluaran Hafyukal yang akan datang. Terima kasih”, ringkas Panglima Kandak memberitahu tentang penghasilan material baru dan perancangan masa depan mereka.

“Terima kasih kepada saudara Pian, Ekstrim Webzine, Metal Porn Production (Munif), Roh Jahat Production (Titik Yuniarti bd) kerana mempercayai kami dalam setiap rilisan. Dan kata terakhir dari kami, semoga peliharalah agama, bangsa dan tanah air”, ucap Panglima Kandak mengakhiri perbualan bersama EKSTRIM. 


HAFYUKAL boleh dihubungi melalui emel hafyukal@gmail.com ataupun layari facebook mereka di: www.facebook.com/Hafyukal



CHOSEN - MENANTI KELAHIRAN ALBUM KEDUA

Anda masih ingat dengan kumpulan CHOSEN? Mereka mengamalkan muzikal yang dipanggil Progressive Heavy Metal, ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1998 dan satu-satunya rilisan mereka sebelum ini adalah sebuah album pertama dengan judul “Pray and Obey” diterbitkan pada tahun 2000 dahulu. 


Setelah hampir 13 tahun berlalu, CHOSEN dilaporkan bakal kembali dengan pengeluaran album kedua yang masih belum ditetapkan judulnya. Berdasarkan kenyataan di laman facebook mereka, album ini secara tentatif diberi judul “Better Late Than Ever” dikatakan bakal memuatkan sebuah karya masterpiece dengan durasi melebihi setengah jam bertajuk ‘Journey To Fit In’

Menurut pihak pengurusan CHOSEN, proses penerbitan album ini kini pada peringkat terakhir dan dijadualkan bakal dipasarkan pada pertengahan Julai 2013 nanti iaitu sekitar bulan Ramadhan. Melalui album ini, CHOSEN menjanjikan penghasilan bunyi, susunan lagu dan penyampaian lirikal yang jauh lebih baik dari apa yang telah mereka tawarkan dari album pertama dahulu. 

Difahamkan urusan jualan dan pembelian album ini akan hanya dilakukan melalui facebook page CHOSEN sahaja. Berikut adalah senarai lagu yang bakal dihidangkan melalui album yang dimaksudkan:

01. Nisan - 8:07
i. Prelude
ii. Overture
iii. Outro
02. Marabbuka - 9:37
03. Part II: Pemergian Abadi
04. Repent - 7:14
05. Journey To Fit In - 32:04
Part - I
Part - II
Part - III
Part - IV
Part - V
Part - VI
Part - VII
Part - VIII
Part - IX
Part - X
Part - XI
Part - XII
06. Part - XIII
07. In Between - 5:37

Untuk makluman, line-up CHOSEN pada masa ini terdiri daripada Rahish (gitar), Sneq (kibod), Ejam (bass), Atong (dram), Amgreg (vokal & karakter) dan Eeman (vokal nada tinggi & melodi). Mulai sekarang ikuti perkembangan lanjut kelahiran album kedua CHOSEN ini. Teruskan menyokong muzik tanahair kita! 

http://www.facebook.com/PrayAndObey

2013-06-23

29/06/2013 - ROCK HIJRAH

TARIKH: 29 JUN 2013 (SABTU) | TEMPAT: LAMAN SANTAI ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR | MASA: 8.30 - 11.30 MALAM | ROCK KAPAK: JUMP-P / CHAPTERS / BLOODSHED / SATIRA | ROCK GENERASI BARU: AX ROCK / LEGAR / HEXA | ANJURAN: SMY EVENT & PROMO | SOKONGAN: ROCK SELAMBA ENTERTAINMENT & SEVENTH SOUND PRODUCTION | TIKET: PERCUMA


INFORMASI:
http://www.facebook.com/events/507188319355162/
http://www.facebook.com/JumpPFanClub
http://www.facebook.com/dewi.thrash - PR SMY EVENT & PROMO
SOKONGAN:
http://www.facebook.com/RockSelambaEntertaiment
http://www.facebook.com/seventhsound


2013-06-21

BATTLE HYMN - RILIS "INFERNO" PROMO 2013


PROMO pertama dari kumpulan War Black Metal BATLLE HYMN kini secara rasminya telah diterbitkan dan mula diedarkan. Promo berjudul "Inferno" ini memuatkan 2 buah lagu berirama Black Metal Perang Brutal serta sebuah intro. Genera muzikal BATTLE HYMN dikatakan memiliki inspirasi dari band-band seperti Marduk, Dark Funeral, Infernal War dan Thunderbolt. Bagi yang berminat, sila dapatkan segera promo ini kerana ianya terhad kepada 30 keping dan diedarkan pada harga cuma RM5.00 sahaja! Hubungi binramlie@yahoo.com atau antichristwar666@yahoo.com / 012-6099542 untuk memilikinya. 

Saksikan persembahan pentas BATTLE HYMN pada 7/7/2013 di gig Darah & Maruah Trooper Tomorrow bertempat di Waterplace club, Heritage Row untuk melihat sendiri ketangkasan black metal perang brutal mereka!!

BERITA Oleh PENGIRAN ANDIKA

OMEN - WHERE RAVENS FOREVER FLY (OFFICIAL REHEARSAL 2009)

Berdasarkan kronologi OMEN, “Where Ravens Forever Fly” adalah keluaran Rehearsal rasmi yang pertama selepas tiga Unofficial Rehearsal; “The Journey Begins...”, “In The Unholy Rituals” dan “The Black Sign (Soon To Be Manifested)”. “Where Ravens Forever Fly” diterbitkan pada 7 Oktober 2009 secara digital dan fizikal oleh Hellcult Propaganda. Di tahun 2010, ia diedar di benua Amerika oleh The Dread Lair Distribution. Mengikut deskripsi, Trek #1 adalah sebuah intro yang khusus untuk rilisan 3” CDR berjudul “Dark Infernal Revelation” terbitan Svartgalgh Records (Belanda). Trek #2 dan #3 adalah versi Adv.Track 2009 dari rilisan “The Black Sign (Soon To Be Manifested)” cumanya Trek #3 adalah edisi mentah tanpa dimulai efek bunyian loceng dan guruh. Trek #4 adalah sebuah trek Ambient yang kemudiannya dimasukkan kedalam “Manifestation Of The Black Sign” Demo 2009 dan ia sebenarnya adalah sumbangan seorang sahabat bernama Alex dari projek Ethereal Soundtrack (Australia). Trek #5 sebagai bonus adalah sebuah cover lagu Langsuyr dirakam semasa satu rehearsal pada 20 Mac 2009. Mengimbas kembali kenangan lama, EKSTRIM meletakkan versi digital di sini untuk dikongsi bersama anda. Perhatian: Ianya MP3 128kbps. Muat-turun jika mahu, abaikan andai ragu!!

01. Preliminary: Where Ravens Forever Fly - 1:00
02. Into Diabolical Ancientness - 4:00
03. Wrath Of The Black Witchery - 3:55
04. ...And Darkness Revealed Infernally - 2:35
05. My Oath For Thee (Rehearsal 20.03.2009) [bonus] - 2:29

MUAT-TURUN
http://www.mediafire.com/?ew88bdezaccxzfy [HELL002.rar]

SUMBER / INFORMASI
http://hellcultpropaganda.blogspot.com
http://www.facebook.com/omenkelantan

2013-06-20

MALAYANEUM: PERINTIS METAL MALAYSIA - RATOR 1987-1993

NOTA EKSTRIM: Penulisan ini diambil dari laman MALAYANEUM, sebuah portal Muzik Metal/Rock Malaysia yang mana kali terakhir dikemaskini pada Ahad Julai 16, 2006. Rencana menarik ini adalah sebuah penceritaan mengenai RATOR, salah sebuah band Metal Underground terawal di negara ini malah penulis asal (tidak diketahui namanya) mengangkat RATOR sebagai “Perintis Metal Malaysia”. Pengkisahan ini adalah berkaitan RATOR dan sedikit sebanyak menyentuh gerakan underground tempatan bagi tempoh 1987-1993. EKSTRIM menyiarkan kembali artikel ini bagi tujuan perkongsian dan penyampaian maklumat. Baca dan komen jika perlu!!!


Rator adalah sebuah kumpulan underground yang cukup aktif dalam pergerakan underground di awal 80an. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh empat orang pemuda di Selangor yang dahagakan muzik Thrash Metal! Anggota asal kumpulan ini ialah Shah Jahan [vokal], Roslee Hasan [gitar], Ogy [bass], dan Hamid [dram]. Mereka bermula ketika mereka berempat masih lagi di sekolah menengah. Di peringkat awal Rator membawakan lagu-lagu cover dari SYJ, Venom, Bathory, Sodom dan Celtic Frost.

Di awal 1988 apabila mereka meninggalkan alam persekolahan, kumpulan ini menjadi lebih aktif dan berlatih bersama-sama kumpulan underground veteran yang lain seperti Punisher dan Nemesis. Rator berkongsi tempat latihan yang sama iaitu di Hellion, Medan Mara. Mereka cuma menggunakan apa yang terdaya untuk mereka untuk bermain muzik. Mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menggerakkan Rator. Rator pada waktu itu sama juga seperti juga kebanyakan kumpulan Thrash Metal tempatan yang lain seperti Nemesis, Punisher, Slapdeath, Merciless Death dan lain-lain lagi yang memainkan lagu cover sahaja. Peninggalan Ogy sebagai bassis telah diambil alih oleh Shah Jahan dan posisinya berperanan sebagai bassis/vokal. Pengunduran Ogy kemudiannya telah menubuhkan Voices bersama Bart Rulshah [Bart Rulshah kemudiannya menubuhkan Carburetor Dung dan Tormentor]. Voices kemudiannya bersama-sama Picagari [sebuah lagi kumpulan lagenda dalam arena underground tempatan] mengadakan konsert di Sungai Wang pada lewat 80an. Selepas itu Voices berpecah... 

Seterusnya di tahun 1989, Hamid pula mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh Lee Space yang merupakan bekas pemain dram kumpulan Thrash Metal, Exorcist. Malangnya, tidak lama selepas itu Lee Space pula memutuskan untuk meninggalkan Rator. Roslee Hasan selaku gitaris pada waktu itu mula memperkotakan janjinya untuk bermain di posisi dram. Oleh itu Rator ditunjangi oleh Shah Jahan [vokal/bass] dan Roslee Hasan [gitar/dram]. 

Ketibaan tahun 1989, Rator semakin mengganas dengan aktiviti mereka. Mula bermain di gig dengan rancaknya. Gig pertama mereka ialah di Galactica Club bersama-sama Black Fire, Necrofist dan beberapa kumpulan Thrash Metal yang lain. Bermula dengan titik permulaan ini, Rator mula bermain di Expo Taman Dato` Harun, Fun Fair di Serdang dan kelab-kelab seperti Metallica Lounge, Paradise Club, Semua House Rock Roller serta pertandingan-pertandingan slow rock yang sengaja dimasuki. Pertandingan tersebut mempertandingkan kumpulan rock tempatan yang mendendangkan lagu-lagu rock bertema cinta. Lagu-lagu yang diwajibkan untuk pertandingan tersebut ialah lagu-lagu dari Wings, Search, dan M.A.Y. Ini bertentangan sekali dengan imej dan muzik yang Rator mainkan! Rator langsung tidak membawakan lagu-lagu seperti yang diwajibkan sebaliknya 'memperkosa' kemurnian majlis tersebut dengan membawakan lagu-lagu Thrash Metal yang mereka gilai seperti dari Slayer, Sarcofago, Sodom dan bermacam lagi. 'Pencabulan kejam' yang mereka lakukan telah mengakibatkan semua orang terperanjat dengan persembahan dan muzik yang Rator bawakan. Rator tidak akan sekali-kali membawakan lagu cinta seperti yang disyaratkan kerana inilah antara usaha mereka untuk mempopulasikan irama Thrash Metal, di mana ketika itu irama muzik rock tanahair sedang tenat dengan lagu-lagu yang meleleh-leleh. 

Dari satu pertandingan ke satu pertandingan mereka cerobohi dan mereka pernah dihalau di dalam sebuah pertandingan disebabkan imej dan muzik mereka. Peminat dan penggiat muzik rock pada masa itu tidak dapat menerima bentuk muzik yang Rator bawakan. Rator pernah dicemuh pada ketika itu tetapi semua itu bukan penghalang bagi mereka. Setiap gig yang dimainkan oleh Rator akan menggunakan khidmat Lee Space untuk 'membanting' lagu-lagu yang dibawakan. Di era 80 an Rator pernah berakdi bersama lagenda underground tempatan seperti FTG, Nemesis [bekas kumpulan Aru Koffin Kanser], Silent Death. Punisher, Hijrah [kini The Pilgrims], Picagari, Slapdeath, Necrofist dan beberapa perintis lain. 

Rator merakamkan demo pertama mereka yang berjudul 'Evil Symphony' di tahun 1989 dan dirakamkan di studio Hellion, Medan Mara. Empat lagu dirakamkan 'Antichrist War', 'Death Metal Warrior', 'Spell from Fire' dan 'On Sin' yang dilagukan berbentuk Brutal Death Metal, atau lebih tepat lagu kalau dikelaskan sebagai Old School Death Metal!

Lagu mereka dipengaruhi oleh Sodom, Sarcofago, Venom, Bathory, Slayer dan Celtic Frost. Imej pula dengan pengaruh spikes, muka diconteng, rantai dan jaket kulit menjejaki imej kumpulan Sarcofago serta penampilan seperti imej lama Venom, Sodom dan Celtic Frost serta kumpulan lagenda Brazil seperti Mutilator, Sextrash dan Vulcano amat ketara! Dengan kelahiran demo ini, Rator menggugat muzik metal tanahair yang satu ketika dulu dihimpuni oleh lagu-lagu Slow Rock. 'Evil Symphony' juga menjadi pembakar semangat kumpulan underground yang wujud ketika itu seperti Black Fire, Silent Death, Picagari, Sil Khannaz dan ini telah 'menjangkitkan' pejuang-pejuang veteran seperti Sil Khannaz, Hijrah dan Brain Dead untuk menghasilkan demo. 

Demo 'Evil Symphony' dirakamkan dengan line up Shah Jahan [bass/vokal], Roslee Hasan [gitar/dram] yang ada ketika itu bermain dram untuk beberapa lagu. Mereka telah dibantu oleh beberapa anggota FTG. Bassist FTG iaitu Mie bertanggungjawab menerbitkan demo ini. Demo tersebut dirakamkan dalam keadaan yang tergesa-gesa dan mereka tidak sempat berlatih dengan secukupnya untuk persediaan demo ini. Sound untuk demo tersebut kurang bermutu tetapi ini bukanlah satu batu penghalang buat mereka malah batu loncatan untuk Rator disanjungi di seluruh dunia.

Hanya berbekalkan demo 'Evil Symphony' Rator mula memporak-perandakan pergerakan underground di seluruh dunia pada lewat 80an. Ulasan, temuramah dan cerita mengenai Rator tersiar dalam majalah-majalah primitif underground yang terkenal seperti Master of Brutality [Holland], Morbid [Sweden], Mutilation [Jepun], Slimy Sucker [Sweden], Mutilador [Mexico], Slayer [Norway] dan banyak lagi. 

Selain itu Rator banyak menyertai kompilasi kaset di seluruh dunia dan bermula dengan pergerakan inilah banyak media-media barat mula membuka mata mereka terhadap Malaysia, di mana sebelum ini kumpulan-kumpulan underground death metal dari Singapura seperti Nuctemeron, Abhorer, Dread telah memedihkan pandangan pihak barat lantas memaksa mereka membuka mata terhadap kumpulan-kumpulan di Singapura melalui demo-demo mereka. Persamaan stail muzik antara Rator dan Abhorer tidak dapat digusarkan. Jika Abhorer ialah jawapan terhadap pergerakan scene underground di Singapura, Rator pula adalah jawapan untuk Malaysia!! 

Kebanyakan orang-orang barat yang mengkagumi Rator menasihatkan mereka supaya merakamkan sesuatu yang lebih berkualiti untuk mereka bergerak dengan lebih kejam lagi. Demo 'Evil Symphony' juga disanjung oleh kumpulan-kumpulan black metal dunia yang cukup terkenal pada hari ini seperti Rotting Christ dan Beherit! Apa yang menariknya mereka menyatakan yang Rator adalah salah satu sumber inspirasi mereka.

Kesadisan Rator juga telah membuatkan pemilik Spine Farm Records dari Finland untuk menawarkan 7"Ep buat peringkat permulaan tetapi atas dasar-dasar tertentu kontrak itu dibiarkan begitu saja. Selain Spine Farm Records, Rator juga pernah ditawarkan oleh syarikat rakaman lain. Cengkaman Rator diperkukuhkan lagi dengan adanya pengikut-pengikutnya yang tersendiri. Mereka menubuhkan kelab peminat bernama 'Army of Fans'. Pengikut-pengikut Rator sangat ditakuti oleh peminat-peminat lagu Slow Rock kerana penampilan mereka seperti juga Rator, mengenakan warna hitam di muka, rambut yang bergerbang dan memakai baju-baju yang tertera nama Rator! Mereka memberikan sokongan yang tiada retak kepada Rator. Di ketika itu juga semua aktiviti dan surat menyurat diuruskan oleh Abd Aziz, editor majalah Vortex From the East 'zine dan juga merupakan vokalis untuk kumpulan death metal, Necrofist! Abd Aziz adalah orang yang bertanggungjawap mewarnai nama Rator. Kebencian terhadap Rator bukan sahaja datang dari kumpulan-kumpulan Rock, ada di antara peminat muzik Thrash Metal pada ketika itu yang merasa janggal dan kurang senang dengan penampilan Rator yang agresif! Ada yang pernah bertelingkah dan 'berperang lidah' dengan Rator dan pengikut-pengikutnya. 

Dekad baru memulakan sesinya, permulaan tahun 1990 Rator masih rancak dan aktif dalam pergerakan underground tempatan. Di sebalik keaktifan mereka, Rator sering dilanda masalah peribadi yang tidak pernah kesudahan. Akhirnya pergeseran masalah-masalah yang ditimbulkan tidak dapat dielakkan lagi, lantas Rator berpecah pada lewat tahun 1990 meninggalkan satu takuk sejarah underground di Malaysia sampai bila-bila. Rator berpecah tetapi nama mereka tidak berkubur begitu sahaja. 

Dengan perpecahan Rator, kumpulan-kumpulan tempatan yang lain bangkit dengan segarnya mencipta nama seperti FTG, Sil Khannaz, Silent Death, Suffocation dan banyak lagi. Bekas anggota-anggota Rator seperti Ogy telah menubuhkan Carburetor Dung pada tahun 1990 bersama Bart Rulshah [Tormentor], Che Mat [Silent Death] dan CD Khanzab [Sil Khannaz]. Kemudian kumpulan ini berpecah dan Ogy menubuhkan sebuah kumpulan Grindcore/Death Metal bergelar Mutilation! Mutilation menghasilkan demo mereka pada tahun 1991 bertajuk 'Massacre On Bodies'! 

Pemain dram Rator pula selepas berkhidmat dengan Exorcist/Rator terus menjadi pemain deram untuk demo pertama Sil Khannas [sekarang Sil Khannaz] 'Doctrine to Hell' pada tahun 1990. Sil Khannas merupakan kumpulan kedua selepas Rator yang merakam demo di studio Hellion. Selepas 'menggasak' untuk demo pertama Sil Khannas, Lee Space kemudiannya menganggotai kumpulan rock sensasi dan glamor iaitu XPDC. Penyertaan Lee Space ke dalam XPDC menimbulkan rasa tidak puas hati pengikut-pengikut underground dan seterusnya dicemuh kerana merempuh ke arena mainstream! Lee Space bersama XPDC hanya buat sementara waktu sahaja. Kejanggalan Lee Space bersama XPDC dapat diperhatikan dalam gambar-gambar XPDC ketika itu. Lee Space berimejkan seorang pemuzik Thrash Metal, manakala semua anggota XPDC berimejkan glam rock. Kesemua anggota-anggota XPDC 'hairan bin ajaib' dan terpinga-pinga dengan corak permainan Lee Space yang sangat' kejam' mengendalikan pukulan dram. Mungkin disebabkan muzik yang Lee Space mainkan terlalu ganas buat mereka pada ketika itu merupakan sebuah kumpulan glam rock yang sedang meningkat naik. Bersama XPDC, Lee Space sempat mengkotakan sebuah album 'Darjah Satu' pada tahun 1990. Perhitungan dibuat dan akhirnya Lee Space kembali ke pangkuan arena underground. Beliau mula memukul dram untuk kumpulan Death Metal, Tormentor dan menjadi pemain drum undangan dalam kumpulan grind/death metal iaitu Slum Scum di dalam album pertama mereka 'Menace to Insanity'. Di ketika ini [1992-94] Lee Space adalah pemain dram yang terulung di Malaysia selain Olie [Silent Death] dan Lan Bye [Infectious Maggots/Sil Khannaz]. Stamina, kepantasan dan kebuasannya 'menghentam' dram sangat dikagumi. 

Dua orang anggota asal Rator iaitu Shah Jahan dan Roslee Hassan selepas perpecahan membina haluan sendiri melalui karier masing-masing. Shah Jahan telah mendapat sebuah pekerjaan dalam bidang lukisan. Kulit mini album Nebiras [dahulunya Necrofist] 'As The Sky Turns Black' adalah hasil karya Shah Jahan pada awal tahun 1993. Roslee Hassan pula cuba untuk kembali ke dalam bidang muzik melalui projek solo yang dirancangkan oleh beliau tetapi terkandas begitu sahaja. 

Rator hidup kembali pada tahun 1993 setelah lama terdampar di pinggiran arena underground tempatan. Ditubuhkan semula oleh Shah Jahan [bass/vokal], Roslee Hassan [dram] dan Ogy [gitar]. Kedatangan mereka semula diraikan, mereka beraksi di dalam sebuah gig di tahun 1993 bersama-sama Langsuir, Social Infection, Inhuman, Parasite dan Modar! Dengan penubuhan semula Rator, sebuah label underground tempatan [Dark Journey Records] bercadang untuk menandatangani kontrak dengan Rator untuk mengeluarkan album pertama mereka. Malangnya di penghujung tahun 1993, Rator buat kali kedua menjerut kariernya! Mereka berpecah dan gig mereka bersama Langsuir, Social Infection, Inhuman, Parasite dan Modar adalah gig terakhir buat Rator. Rator terus berkubur selamanya tetapi nisannya tertulis lagendanya yang tersendiri di dalam muzik Metal tempatan. Mereka terlebih dahulu mengganas dalam persada muzik underground tanahair sebelum FTG, Silent Death, Sil Khannaz, Braindead, Infectious Maggots, Pilgrims dan lain-lain malah sebelum ketibaan Cromok di celah-celah keributan irama berat. Mereka merupakan kumpulan irama berat terawal di Malaysia yang mencipta lagu sendiri di era 80an selain Blackfire, P.R.O.V. [kumpulan dari Terengganu yang mengeluarkan demo pada 1989] dan Slapdeath! Di ketika Rator sedang aktif nasib yang sama menghukum mereka seperti yang dialami oleh kumpulan veteran Thrash Metal tanahair yang lain. Mereka dikritik kerana perbezaan naluri muzik yang mereka bawakan dengan kebiasaan lagu-lagu slow rock. 

Rator, perintis irama berat, pelopor arena underground, pejuang muzik ekstrim dan maharaja Metal Malaysia.

Rator - [ 1987 - 1993 ]


Teks / Foto / Sumber: MALAYANEUM.TRIPOD.COM

EDITORIAL: EKSTRIM @ NETWORKEDBLOGS.COM


Dalam usaha mempertingkatkan sensasi (hahahaa!) dan prestasi EKSTRIM menyalurkan informasi dan memperhebatkan komunikasi, EKSTRIM telah berdaftar di NetworkedBlogs. Anda boleh dari masa kesemasa mengikuti dan memperolehi kemaskini EKSTRIM di: www.networkedblogs.com/blog/ekstrim. Anda yang memiliki akaun facebook dengan ini dijemput untuk mengikuti EKSTRIM dengan memberikan klik anda pada butang "Follow this blog" di bawah ini:


Sekian, Terima kasih di atas sokongan anda!

RECIDIVIST - SEBATI DALAM DEATHMETAL SEJATI


RECIDIVIST telah ditubuhkan lewat tahun 2000 di Shah Alam, Selangor. Pada peringkat awal, mereka yang memulakan band ini sering berhimpun jamming dan praktis bersama sehinggalah Recidivist menemui arah muzik mereka yang mana cenderung kepada rentak tulen old school Death-Thrash, dipengaruhi oleh band-band seperti Unleashed, Six Feet Under, Obituary, Benediction, Sepultura, Warpath (Jerman). Roh band ini menjurus kepada semangat persahabatan dalam Muzik Metal dan ekspresi bakat secara profesional (bukan ditubuhkan semata-mata untuk beraksi dalam gig).

Warmachine selaku vokalis dan gitaris utama dalam Recidivist ringkas menjelaskan bagaimana tertubuhnya band ini dan matlamat di sebaliknya: “Ia wujud di Shah Alam Selangor semasa menuntut di UITM. Recidivist bermula pada tahun 2000 dengan line-up terdiri daripada Gani Arafat Kapcai, Remi Atomicdeath, Onn-Reci. Matlamat ialah anti poser metal band, kapitalis dalam metal, korupsi, politik kotor, penindasan sesama manusia. Lebih mudah dalam hal world wide chaos. Band ini muncul semasa isu black metal... masa tu banyak Mat Metal menyepi seketika. Hahaa. Tu semua propaganda politik kotor”.

::: MALAYSIAN PURE DEATHMETAL SINCE 2000 :::

“Line-up dulu masih ada cuma Warmachine mempunyai kerjaya sebagai Construction Engineer yang memaksa beliau dalam keadaan merantau. Line-up Recidivist pada masa ini adalah terdiri daripada Warmachine (vokal/gitar), Offender (bass), Detenator (dram) dan Destroyer (gitar)”, kata Warmachine atau nama sebenarnya Nasrun. 

Tatkala diajukan persoalan mengenai muzikal Recidivist, Warmachine menjawab: “Pure Death/Thrash Metal. Band ini berkonsepkan human social life in world wide chaos. Penekanan ke arah anti penindasan terhadap hidupan dunia. Kami menolak fahaman setan dan anti agama dan pro anti zionist... Tetapi tidak benci pada bangsa Yahudi”. “Lirik ikut hal semasa. Tiada isu yang dah lapuk. Hehee... Global Chaos dan Human Right Issues. Hehee... Puja setan dann anti-agama jauh sekali. Recidivist ini band Islam”, tegas beliau dalam aspek lirikal pula.

“Lagu-lagu kami direka mengikut isu semasa dunia. Elak daripada klon 200% daripada band barat. Influen sahaja kami ambil daripada Warparth (Gr), Grave, Six Fet Under, Obituary, Unleashed. Kami tak mau mjadi band klon seperti yang terdapat pada setengah band lokal kita. Setiap rekoding kami sound berbeza. Lagu Recidivist semua line-up buat. Lagu berkualiti mesti ikhlas dari hati... jangan meniru bulat.seperti kereta Proton Inspira... cuma tukar logo Mitsu je. Malu beb... nak 1000 daya taknak macam-macam kata... pose lah tu. Nak cari publisiti mudah. Jangan jadi metal kalau nak mudah”, kata Warmachine lagi yang lebih mesra dipanggil Onn di kalangan rakan-rakannya. 

DISKOGRAFI:
2002 – “Persistent Offender” Demo CDr [independen]
2005 – “Peaceful Of Doom” EP CDr [independen]
2004 – “Persistent Offender” Tape [Symphonic Blast]
2010 – “Prefabricated Machine” Single CDr [independen]
2013 – “Prefabricated Machine” (8track) Mini Album CD [Angka Kematian Production]
2013 – “Poser Mutation” (9track) Mini Album CD/Tape [Angka Kematian Production]


“Kuantiti - Kalau nak bagi metal kita maju, orgnizer gig jangan suka panggil band yang takde material dan elakkan memanjai band yang hanya ada 3-4 lagu rekod dengan main gig kerap. Ini untuk mentarbiah band lokal rajin rekod banyak lagu. Ini boleh memusnahkan band. Bagaikan terlalu memanjakan anak hingga menjadi Anak Ku Sazali. Hahaaa..” pendapat Warmachine terhadap isu kuantiti atau kualiti dalam produksi metal underground. “Kualiti - Rekod studio pro. Buat track by track. Janganlah ambil sound rekod jamming... byk studio murah sekarang. Line-up jangan kemut duit, kalu tak baik amik kepala kote boh juboq sendiri... mcm buat band kote dan juboq”, tambah beliau menyuarakan pandangannya lagi.

EKSTRIM pada ketika PROFIL ini sedang dibuat telah dimaklumkan bahawa Recidivist dalam proses untuk keluaran terbaharu berjudul “Poser Mutation”. Bila ditanya berkenaan rilisan tersebut, Warmachine sekadar menjawab: “Hehee, ianya dalam proses. Nanti dah siap output baru akan diumum oleh Angka Kematian Production”. Beliau juga meluahkan pendiriannya terhadap kepentingan persembahan live / gig: “Sekarang banyak band dah jadi songsang. Main gig lama-lama... baru buat 2-3 lagu. Ayuh ini kali lah kasi ubah. Insya-Allah ada hari yang sesuai kami main. Hehee”.

Di akhir perbualan, Warmachine yang mengakui tiada band atau projek-projek lain selain daripada Recidivist turut menyatakan: “Apa-apa mengenai material baru dari Recidivist akan hanya dapat dijawab selepas CD atau Tape Poser Mutation berada di pasaran. Hidup kita mesti jujur, jangan dok jadi poser dalam diri sendiri. Jangan selalu amik kote boh juboq sendiri. Sayang diri dan hormat orang lain dulu. Ikhlas cakap band Recidivist ni cabuk dan cikai Semua reja sebagai chat kang ja. Ada benda penin, refer Nasrun 0122609373. Orang kampung makan petai ateh dapuq kayu. Hahahaaa!”. 

2013-06-19

TUSSOCK - DEVASTATION OF NUCLEAR PROLIFERATION (2011)

MUAT-TURUN | TUSSOCK originally formed by Acad in late 1999 with two other members, Hafiz and Bujal in Muar, Johor. These Muarian crustgrinder later on invited Fadzee/Ganga (VIOLENCE) to joined the band. In 2001, TUSSOCK participating a compilations project and with the absent of Bujal (bass) due to his commitment to his new job in Shah Alam, Selangor. They vomiting 4 tracks for JOHOR HARDCORE COMPILATION (BROKEN NOISE). Line-up 2001: Acad (vocal), Hafiz (drums), Fadzee/Ganga (guitar). TUSSOCK were invited to entering studio in 2002 to record an EP. The EP will be released by GRUNDAR PRODUCTIONS owned by Prop (ARGON/PARKINSON) and Fadzee with Acad decided to recruit new comrade and Sopex (SACR) to fit in. But two week after before the recording begin, Hafiz leave the band without giving any reason. Luckily they found Fauzi (NARSAMUM/DAMOKIS) that willing to help thru the recording process. 2003, Out Of Rhyme EP was released. Line-up 2003: Acad (vocal), Fauzi (drums), Fadzee/Ganga (guitar), Sopek (guitar). TUSSOCK journey not so well. After two years the EP was released, Acad the last and only former member quitting the band and a year go by TUSSOCK was put to his sleep. The return..2010, Fadzee/Ganga decided to reformed the band back with help with Bob (NAVRATHOS), Moha (EYES POPPING OUT), Akmal (VIOLENCE). As a result 15 tracks of Sarcastic violence of hate crust grindcore ready to blown your mind!!!

Tussock - Devastation Of Nuclear Proliferation
Full-length Demo, Self-Released, 2011

01. Have You ?!
02. Macheni, This Is Grindcore
03. Devastation Of Nuclear Proliferation
04. This Is What I Thought About Government
05. Authority
06. Politician Scum
07. There Is No Fucking Alient
08. Definasi Emo Dan Grind
09. Hash Feelings Hash Extreme
10. So Effective
11. Grindlove
12. Where The Truth
13. Scenester Hierarchy Fuck Off
14. We Are Poser
15. Not The End

DOWNLOAD:
http://www.4shared.com/rar/ER87ChZa/tussock_-_devastation_of_nucle.html

INFORMATION:
http://tussock666.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...