2013-10-16

NUCLEAR STRIKES - FAN CLUB & T-SHIRT


NUCLEAR STRIKES kian menggandakan usaha memperluaskan empayar Heavy Metal mereka di negara-negara tetangga melalui pembentukan dan pelancaran OFFICIAL FAN CLUB di Indonesia (Garuda Strikes) dan Singapura (Lion Strikes). Menurut pihak NUCLEAR STRIKES, hedua-dua Fan Club ini bertujuan untuk mengembangkan lagi saluran muzik Heavy Metal dari Malaysia ke negara-negara jiran. Difahamkan Fan Club ini ditadbir dan diselaraskan oleh anak-anak tempatan dan beberapa orang kuat di dalam industri muzik Rock / Heavy Metal di negara-negara berkenaan. 

OFFICIAL FAN CLUB INDONESIA:

OFFICIAL FAN CLUB SINGAPURA:

Mengikut kata Rex Strike gitaris utama kumpulan NUCLEAR STRIKES, kedua-dua Fan Club di Indonesia dan Singapura ini adalah satu permulaan dan dijangka akan ada lagi beberapa buah negara turut akan mempunyai fan club sendiri untuk menyokong perjalanan seni Heavy Metal kumpulan berasal Kajang tersebut. Sebelum ini, NUCLEAR STRIKES telah mempunyai sebuah fan club induk yang mana bertapak di: www.facebook.com/groups/nuclearstrikes/

Selain daripada penubuhan fan club, NUCLEAR STRIKES juga diberitakan telah mendapat kerjasama dari sebuah label pengeluar merchandise yang berpengkalan di Australia iaitu LABEL STATE bagi tujuan pengeluaran t-shirt untuk pasaran seluruh dunia. Setakat ini 4 design telah dikeluarkan dan mula dijual secara online!


Sekiranya anda di luar sana berminat untuk mendapatkan t-shirt NUCLEAR STRIKES keluaran LABEL STATE, sila ke laluan labelstate.com untuk maklumat-maklumat lanjut!

Selainnya, sila layari:
Official Website - nuclearstrikes.webs.com
Official Facebook - www.facebook.com/nuclearstrikes
Official Twitter - twitter.com/nuclear_strikes
Official News Blog - nuclearstrikes.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...