2012-11-16

17/11/2012 - EASTERN WARHAMMER III

TERENGGANU TRUE METAL HORDES proudly present: EASTERN WARHAMMER III. Featuring: HEREAFTER / DARKREGIME / BLASPHMACHINE / PSYCHOTIC SUFFERANCE / NOSFERIEL / SAPPRAH / DYSGUSTED / SUFFER REMAIN / INFRACTION / SAHAYA. DATE: 17 November 2012 | VENUE: Musseca Studio, Dungun, Terengganu | TIME: 3pm till collapse!! | TICKET: RM15


VAULT - WAR FUCKING WAR [PRO-TAPE]


November 15, 2012 – Kerjasama antara BASEMENT RECORDS (Port Dickson, N.Sembilan) dan HAMMERBLOW RECORDS (Kajang, Selangor) telah menghasilkan pengeluaran VAULT "War Fucking War" dalam format PRO-TAPE (pita audio cetakan profesional). Rilisan tersebut sebelum ini terlebih dahulu disediakan dalam format piringhitam 12" LP. 

VAULT brings old school thrash metal rage with punk spirits! Coming from Kajang, Malaysia; this release is a compilation of several previous release by the band and 2 unreleased tracks which were supposed to be released on 2008 split with d-beat/crust act APPÄRATUS but the running time was too long to fit on the 7". Head bang!


"War Fucking War" menghimpunkan semua lagu VAULT dari rilisan "Raging Force" Demo 2006 (Final Punishment Records, Belanda) dan "Fuck Off and Die!!!" Demo 2009 (Dying Victims Productions, Jerman) serta ditambahnilai dengan perletakan dua lagu 'unreleased'; Victim of Pain dan War Fucking War yang sebenarnya dicadangkan untuk projek split 7" bersama APPÄRATUS (tidak dapat dikeluarkan kerana 2 lagu VAULT tersebut melebihi had durasi format 7").




Edisi Pro-Tape "War Fucking War" terhad kepada 200 salinan sahaja dan disediakan dalam 3 warna kulit yang berbeza, iaitu: BIRU (berharga RM10) serta HIJAU dan KUNING (masing-masing berharga RM8). Hubungi e-mel orderbasementrecords@gmail.com untuk mendapatkan rilisan ini!

INFORMASI:

TERDAHULU:

2012-11-15

AJAL - JAHANNARAKAH (CD 2012)


Susulan dari kejayaan demo "Ajal Tiba Bila Seruan Menjelma", AJAL kembali dengan sebuah album penuh berjudul "Jahannarakah" keluaran bersama MTD Production dan Eastern Voice Production. AJAL yang cukup dikenali dengan konsep Raw Eastern Black Metal mereka mengetengahkan 7 buah lagu dalam rilisan ini, termasuklah sebuah intro. "Jahannarakah" terhad kepada 666 salinan sahaja dan diedarkan pada harga RM15 (+RM5 untuk kos penghantaran). 

Tracklist:
1. Jampi Makhluk Halus (Intro) - 1:50
2. Messiah Palsu - 3:08
3. Perjuangan Jihad - 4:14
4. Janannarakah - 4:15
5. Sujaul Aqra - 4:17
6. Amukan Keris Pusaka - 3:59
7. Suara dari Kubur - 2:47


Sesiapa yang berminat mendapatkan CD ini, sila berhubung di:
http://www.facebook.com/MTDProduction
http://www.facebook.com/eastern.voice.production

Atau berkomunikasi terus dengan band berkenaan, AJAL di:
http://www.facebook.com/Ajal666

2012-11-13

PUTREFIED REMAINS - "IN GLOOMY DARKNESS MOURNING" SINGLE 2012



11/11/2012 – Gabungan NekroShaman (vokal), NecroMorbidfire (gitar), Thalexi Mastha' (gitar), Jie Mutilator (bass) dan Warhammer (dram) di bawah nama PUTREFIED REMAINS menyusul dengan rilisan "In Gloomy Darkness Mourning" Single 2012 setelah baru sahaja merilis "EERIE - Spread The Hate" EP penghujung Jun 2012 lalu. "In Gloomy Darkness Mourning" Single 2012 diriliskan dalam format Pro-Tape terhad 200 salinan melalui label tempatan MORBID INVASION RECORDS [Kat#: MI-MC011]. Lagu-lagu dimuatkan dalam single ini, iaitu:

1. In Gloomy Darkness Mourning
2. Alma Mater (Moonspell cover)
3. Horror in Gothic Genre's Grave (Obsecration cover)
Bonus: 
4. My Diabolical Ancient Entity
5. The Curse by Pagan Spells
6. The Darkling Thrush


Menurut pihak PUTREFIED REMAINS, “Jika anda perolehi kaset  ini, kami cadangkan anda mainkannya pada kadar volume seberapa tinggi yang boleh untuk mendapatkan kepuasan dari sound yang Putrefied Remains keluarkan. Ianya tidak laju, tidak juga ganas malah bukanlah jenis muzik yang teknikal tetapi penuh dengan kebencian dan kemarahan! Selain lagu baru In Gloomy Darkness Mourning, single ini turut memuatkan 2 lagu cover iaitu dari MOONSPELL (dengan penampilan istimewa untuk bahagian clean vocal oleh rakan lama kami Azimuth Land yang kini bersama DIED dan INFERNAL VOID serta cover dari OBSECRATION (Greek finest Death Metal). Sebagai tambahan, tape ini juga memuatkan kembali 3 lagu terawal kami (dari EP 2012) menjadikannya secara keseluruhan 6 buah lagu berdurasi lebihkurang 33 minit".


Khas buat penggemar Black/Death Metal dipengaruhi VARATHRON dan ROTTING CHRIST, "In Gloomy Darkness Mourning" Single 2012 dari PUTREFIED REMAINS ini boleh diperolehi dari MORBID INVASION RECORDS pada harga RM10 (Malaysia) / USD6 (Worldwide), segera hubungi emel: silencer_696@yahoo.com atau talian: 012-6290797

INFORMASI:

TERDAHULU:

2012-11-06

BLASPHMACHINE - HELL : DEMO (2012)


3 November 2012 adalah tarikh rasmi rilisnya "Hell : Demo", material pertama dari band Black-Death Metal asal Kelantan, BLASPHMACHINE. Demo ini dikeluarkan dalam format cassette tape 120 salinan (salinan asal hanya 30 salinan) secara independen oleh pihak band. "Hell : Demo" menghidangkan 3 buah lagu (selama 11:20 minit durasi keseluruhan) seperti senarai berikut:

1. Bless the Fall - 4:37
2. Heathen Fire - 3:11
3. Breathing Blasphemy - 3:32

Kepada penggemar irama Black-Death Metal bolehlah dapatkan tape "Hell : Demo" dari BLASPHMACHINE dengan cari menghubungi blasphmachine@gmail.com atau rimiazarin@yahoo.com.

2012-11-05

HUMILIATION - EUROPEAN TRESPASSING TOUR 2012


HUMILIATION bakal mengadakan satu siri Jelajah Eropah untuk tempoh hampir dua minggu pada Disember 2012 nanti. Maklumat lanjut, sila hubungi: humiliationband@gmail.com / www.humiliation.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...