2012-05-18

MUZIK BOX PRODUCTION: LARRONG / ZHORBOOTHUS - KEBANGKITAN [SPLIT]



Hari ini - 18 Mei 2012 - melalui label berkaliber dari Johor Bahru, MUZIK BOX PRODUCTION telah terbit dan mula dipasarkan sebuah album split membabitkan LARRONG (Sarawak, Malaysia) dan ZHORBOOTHUS (Medan, Indonesia). Lagu-lagu yang dimuatkan adalah:

ZHORBOOTHUS:
01. Mutat Gadab !!!
02. Slave of Desire
03. Autoerotic Strangulation
04. Spermature Hate
05. Kodok Brewok Muntah Darah
06. Sadism Masochism
07. Bxluxb
08. Vaginal Juicer
09. Seruen Setum

LARRONG:
10. Nuclear Armageddon
11. The Tortured Land
12. Cult of Death
13. Narratik
14. Shaman's Séance
15. Dakan Perana Tana
16. A Relic of Saktism
17. A Relic of Saktism (live)
18. The Eastern Shaman (live)

CD dikeluarkan terhad 500 unit sahaja. Jika anda berminat untuk merasaikan nikmat irama tulen Death Metal, harus segera dapatkan split "Kebangkitan" ini dari mana-mana pihak seperti berikut:

facebook.com/Larrong-204622566219138
facebook.com/ZORBOOTHUS1993
facebook.com/fadzilmuzikbox.terkutok

2012-05-13

KHARABANAZAK - SCIMITAR KAFIRUN JAKHANAM (2012)


KHARABANAZAK adalah sebuah angkatan Black Metal dari selatan tanahair. Secara ringkas, material pertama mereka adalah rilisan split tape berjudul "Symphony Of The Evening Breeze" bersama ATROCIOUS keluaran Evil Art sekitar 1997. Kemudian, KHARABANAZAK tampil dengan sebuah kaset album (tanpa judul) keluaran Sacred Production pada tahun 1999. KHARABANAZAK juga pernah menyumbangkan lagu dalam tribut "In Remembrance For Brain Dead" (Apokalip Releases, 1999) dan kompilasi "Sengatan Selatan" (Muzik Box Production, 2002). Selepas itu, nama KHARABANAZAK kian tenggelam dan dilaporkan bubar.


WAKAF PRODUCTION, sebuah label dari Kuala Lipis (Pahang) yang dikelolakan oleh saudara Syaf (gitaris AL-AZAZHIL) baru-baru ini telah mengeluarkan produk KHARABANAZAK berjudul "Scimitar Kafirun Jakhanam " dalam format Pro-CDR. Kandungan CDR berstatus Demo ini adalah ekstraksi 4 buah lagu yang terdahulunya dimuatkan dalam split tape "Symphony Of The Evening Breeze", sepertimana senarai berikut:

01. Days Of Corpse
02. Scimitar Kafirun Jakhanam
03. Cremation Of The Beherit
04. Yojana Waisya

Gambar: Keluaran asal, Evil Art 1997

"Scimitar Kafirun Jakhanam" Demo CDR 2012 adalah satu pengeluaran yang seharusnya dimiliki setiap pencinta muzik Black Metal tempatan, terutamanya buat mereka yang menyokong perjalanan karier KHARABANAZAK. Dapatkanlah dari pihak WAKAF PRODUCTION pada harga cuma RM10 (tambah RM5 untuk pengeposan). Hubungi: syaf1411@yahoo.com atau facebook.com/WakafProduction.

2012-05-06

NAVRATHOS - POSSESSED FROM THE BLACK FOREST



Di bawah naungan Raw Black Metal ala Darkthrone, Burzum, Gorgoroth dan Nargaroth, NAVRATHOS datang lagi dengan Demo/EP kedua berjudul "Possessed From The Black Forest". NAVRATHOS dibarisi oleh Hargora (vokal), Borthagon (gitar), Vitodast (bass) dan Vargkrat (dram) bertapak di Nilai, Negeri Sembilan. 

01. Possessed of Forest
02. Six Hundred Sixty Six
03. Spreading Satanism
04. Pig Devotee
05. Rising Antichrist
06. The Beginning of Evil Souls

"Possessed From The Black Forest" EP 2012 menampilkan 6 buah lagu baru yang dikatakan mentah (raw), kotor dan jahat bunyiannya! Harga: RM15. Kuantiti: Terhad 150 salinan sahaja! Dapatkan segera!!!


HUBUNGI:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...